Tuesday, 16 June 2015

DAP Anti Islam-Ustaz Nasharuddin Mat Isa

Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa berkata, beliau sudah lama membuat gesaan supaya PAS menilai semula hubungan dengan parti cauvinis DAP.
 
Nasharuddin berkata, gesaan itu dibuatnya sejak empat tahun lalu, selepas menghidu ada sesuatu yang tidak kena dengan sikap DAP.

“Pada hari ini, telah jelas terbukti bagaimana secara terbuka DAP menyerang kepimpinan Pas dan presiden.

“Bagi mereka bukan hanya sekadar anti-Pas, mereka juga anti-Islam,” katanya seperti dilapor sebuah akhbar hari ini.

Sambil menyokong usul Dewan Ulamak PAS agar hubungan kerjasama parti itu diputuskan dengan DAP, Nasharudin berkata, beliau sangat mengharap ianya direalisasikan segera.

Mengulas cadangan penubuhan parti baharu oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Nasharuddin berkata ia hanya akan memecah-belahkan orang Melayu Islam, kerana mewujudkan banyak pilihan dalam pilihan raya akan datang.

Apatah lagi katanya, PasMa turut menggunakan nama Islam sebagai daya tarikan kepada rakyat untuk mendekati mereka.

Namun, langkah terbaik untuk berhadapan situasi ini kata Nasharudin adalah dengan kerjasama UMNO-PAS itu sendiri.

“Atas dasar demokrasi, sememangnya kita tidak dapat menghalang mana-mana kumpulan untuk menubuhkan parti baharu tetapi ini adalah masa terbaik bagi UMNO dan PAS untuk duduk berbincang mengenai maslahah yang lebih umum dan bukan berpaksikan masalah peribadi atau isu kumpulan-kumpulan tertentu,” katanya.



http://www.ismaweb.net/2015/06/saya-dah-cakap-lama-dah-dap-anti-islam-kata-nasharuddin/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.