Friday, 26 June 2015

Petisyen Terhadap Malaysiakini Mula Mendapat Perhatian

BERMULA sebagai media alternatif bagi memecah gelombang dan pengaruh media arus perdana yang dikuasai kerajaan, portal berita Malaysiakini telah disedari oleh pembacanya sebagai media yang mengangkat agenda bertentangan dengan Islam.


SEBARKAN PETISYEN INI. RAKYAT MALAYSIA BANTAH ISLAMOFOBIA MALAYSIAKINI. (Klik gambar untuk ke petisyen)
SEBARKAN PETISYEN INI. RAKYAT MALAYSIA BANTAH ISLAMOFOBIA MALAYSIAKINI. (Klik gambar untuk ke petisyen)

Terkini, sekumpulan pembacanya yang sayang kepada agama Islam, melancarkan petisyen bantahan dan menamakan kempen itu sebagai ‘Rakyat Malaysia menentang Islamophobia Malaysiakini’.

Kempen ini dianggap wajar dan tepat pada waktunya, agar Malaysiakini lebih berhati-hati dalam menyiarkan artikel berkaitan Islam dan umatnya.

Bukan hendak menyekat kebebasan media, tetapi faham-fahamlah. Tidak cukup dengan kritikan membenci kerajaan, mereka menyuntik menggunakan jarum halus menghina Islam. Habis semua institusi agama Islam yang dibangunkan kerajaan turut menjadi sasaran.

Mereka sengaja memilih angle berita yang memburukkan imej Islam, umatnya dan institusi-institusi berkaitan. Itu sahaja kerja mereka.

Di  sini disertakan kenyataan yang dimuatnaik di pautan kempen petisyen bantahan. Ayuh sebarkan kempen ini demi kesucian dan maruah Islam di bumi tercinta!
Mufti Perak dihina
Mufti Perak dihina

“Pada 16 Jun 2015, portal berita Malaysiakini telah mengeluarkan satu himpunan pendapat pembaca mereka dalam kolum ‘Yoursay’ dengan pilihan tajuk yang sangat menghinakan iaitu ‘HAVING SEX ON CAMEL NEEDS GYMNASTIC SKILL, NO?’

Bagi pihak masyarakat Islam di Malaysia, kami melahirkan perasaan kecewa dan kesal yang tidak terhingga dengan tajuk dan ruangan tersebut.

Dengan menerbitkan ruangan tersebut, Malaysiakini telah gagal menghormati sensitiviti masyarakat Muslim dan Islam sendiri sebagai agama Persekutuan, yang dianuti oleh majoriti rakyat Malaysia di kalangan bangsa Melayu.

Pendapat-pendapat yang disuarakan di dalam kolumn ‘Yoursay’ langsung tidak menggambarkan suatu teguran membina, malah ia merupakan suatu gurauan terlampau, memperolok-olokkan, dan mempersendakan Hadith Rasulullah SAW, yang merupakan suatu yang mulia bagi umat Islam. Sudah jelas ia merupakan suatu percubaan terancang oleh Malaysiakini untuk memperlekehkan Islam di negara ini dan tidak melambangkan pandangan majoriti rakyat negara ini.

Sungguh amat memalukan apabila Malaysiakini sanggup menjatuhkan maruah dengan bentuk kewartawanan yang langsung tidak profesional, sangat biadap dan hanya layak untuk di tong sampahkan bagi menarik minat para pembaca dengan harapan untuk meningkatkan kedudukannya.

Ia juga menggambarkan ketidakmampuan editor Malaysiakini untuk memahami dan mendalami jiwa bangsa Melayu dan masyarakat Islam dalam negara ini. Ia mendedahkan keterlibatan sidang pengarang Malaysiakini secara tidak langsung dalam arus serangan ini dan kemalasan mereka yang terlalu ketara.

Malaysiakini dengan sengaja dan tanpa memperdulikan kesucian Islam dan sensitiviti umat Islam membiarkan Hadith dipermainkan dan diperlekehkan sewenang-wenangnya tanpa perasaan malu sedikitpun.

Institusi agama Islam dan Pejabat Mufti Perak yang begitu disegani dan dihormati oleh masyrakat Islam juga telah tidak terlepas daripada dipersendakan oleh Malaysiakini apabila cuba menjatuhkan maruah yang berbahagia Mufti yang hanya sekadar memberikan penjelasan tentang hukum-hukum yang jelas disebutkan dalam Al Quran dan Hadith.

Malaysiakini merupakan portal berita yang sangat terkenal dengan sikap kerasnya terhadap apa jua yang berkaitan Islam dan Muslim. Cara laporan Malaysiakini dan isu-isu yang menjadi pilihannya memang bersesuaian dengan pendirian politik dan ideologinya.

Ini semua menyerlahkan perasaan anti-Islamnya yang terpendam dan hubungannya dengan pihak-pihak yang menentang Islam. Berita-berita bernilai sampah yang diterbitkan menggambarkan sikap Malaysiakini yang tidak berhati perut dan tiada perasaan terhadap masyarakat Islam di Malaysia.

Ia juga diketahui umum bahawa kebanyakan artikel Malaysiakini lebih cenderung kepada serangan peribadi (character assassination) dan secara konsisten menyerang Islam yang berselindung di sebalik slogan dan retorik kebebasan bersuara dan berpendapat yang terlampau memualkan.

Artikel yang berbentuk anti-Islam dan serangan demi serangan serta provokasi demi provokasi mengingatkan kita kepada kebebasan untuk menghina dan memalukan, ciri yang semua orang maklum begitu sinonim dengan majalah Perancis Charlie Hebdo – tetapi berlatarbelakangkan Malaysia!

Justeru, berdasarkan reaksi yang lantang terhadap artikel Malaysiakini berkenaan, kami mewakili umat Islam Malaysia menuntut agar Malaysiakini segera menarik balik penyiaran kolum ‘HAVING SEX ON CAMEL NEEDS GYMNASTIC SKILL, NO?’ dan memohon maaf kepada umat Islam secara terbuka melalui setiap saluran media yang ada.”



http://www.ismaweb.net/2015/06/akhirnya-pembaca-malaysiakini-sudah-tidak-tahan-lagi/

2 comments:

  1. Kembalikan ISA

    tp selagi PM pengecut berada di atas selagi itulah puak kafir akan bermaharajalela

    sbb tak pernah kena apa2 tindakan dibuat oleh kerjaan
    hina lah islam sehinanya najib n d geng buat pekak je

    so bising lah cemana pon kita di sini
    mereka (kafir n d geng) akan sentiasa bising dan provoke

    kita cuma mampu bising2 n tgk saja ka

    hati ni dah terlalu sakit


    ReplyDelete
    Replies
    1. Undang-undang sedia ada sudah mencukupi sebenarnya. Masalahnya sesetengah dikalangan kita sering saja bersikap tidak apa.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.