Saturday, 27 June 2015

Aurat Wanita-SIS Ikut Hawa Nafsu

Pandangan kumpulan feminisme Sisters In Islam (SIS) bahawa rambut wanita bukan aurat hanya lebih kepada perjuangan bertunjangkan hawa nafsu semata-mata.
 
Pegawai Penyelidik Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Muhammad Firdaus Zalani, berkata isu rambut wanita sebagai aurat adalah suatu perkara yang sudah jelas sejak berzaman dan banyak dalil ayat Al-Quran dan hadis menyentuh perkara ini.

Bahkan hadis yang menjelaskannya serta kesemua ulama muktabar meletakkan isu ini sebagai persepakatan (ijmak) umat Islam sejak daripada zaman dahulu hinggalah ke hari ini tanpa ada yang mengingkarinya.

“Bukalah mana-mana kitab ulama silam jelas menunjukkan persepakatan mereka bahawa menutup rambut adalah wajib.

“Perselisihan yang berlaku hanya dalam sekitar muka, tapak tangan dan kaki, selain daripada itu mereka bersepakat akan pengharamannya.

“Yang jelas, sumber hukum aurat rambut meliputi ketiga-tiga sumber pensyariatan iaitu Al-Quran, As-Sunnah dan Ijma’,” katanya.

SIS isu aurat 2

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan penyelidik SIS Afiq M Noor yang menggunakan hujah Syeikh Albani dan Syeikh Thariq Iwadullah untuk membuktikan hijab adalah perkara ijtihadiyah dan tiada nas qatie padanya.

Bidas Ustaz Firdaus, tindakan SIS menggunakan hujah kedua syeikh itu adalah suatu tindakan yang langsung tidak jujur dalam menceduk pandangan ulama.

Beliau berkata, kedua ulama ini membincangkan hadis berkaitan pada perspektif perkara yang memang sedia menjadi khilaf di kalangan ulama, iaitu aurat muka dan tapak tangan, bukan berkenaan aurat rambu kerana aurat rambut adalah suatu perkara yang sudah jelas tanpa pertikaian.

“Albani ada menegaskan perkara tersebut. Tindakan mereka ini adalah satu tindakan yang langsung tidak menghormati ulama serta sebagai satu usaha menjatuhkan kredibiliti ulama itu,” katanya.

Ustaz Firdaus turut menyindir SIS kerana bersungguh berhujah menggunakan kalam ulama dalam isu aurat tetapi dalam isu-isu lain mereka tidak bersungguh-sungguh menegakkan syiar Islam.

“Kalaulah benar mereka pendukung Al-Quran seperti yang ditunjukkan dalam kes ini, maka dalam kes hudud merekalah yang paling hadapan menyokongnya kerana kesemua hukuman hudud disebut jelas lagi terang di dalam Al-Quran.

“Juga kalaulah mereka benar pendukung Al-Quran tidak mungkin mereka akan pertikai hak pewarisan isteri, anak perempuan dan lain-lain kerana Al-Quran menyebut dalam masalah ini jelas satu persatu,” ujarnya.

Justeru katanya, untuk memahami Islam rujuklah pada mereka yang benar-benar perjuangkan Islam serta bercita-cita meletakkan Islam di tempat yang tertinggi sekali.

“Bukan merujuk pada mereka yang kumat -kamit menggunakan hujah-hujah agama sedangkan apa yang mereka perjuangkan adalah berdasarkan kehendak nafsu mereka sendiri. Mereka bercita-cita menumbangkan syariat dengan hujah-hujah syarak itu sendiri.

“Tindakan ini tidak ubah seperti tindakan Bani Israel yang beriman sebahagian daripada kitab Taurat apabila ia selari dengan kehendak mereka serta merahsiakan sebahagian lain akibat tidak selari dengan kehendak hawa nafsu. Waspadalah dengan mereka,” katanya lagi.



http://www.ismaweb.net/2015/06/aurat-wanita-sis-berhujah-ikut-hawa-nafsu/

4 comments:

  1. Ini lah bila gomen buat pekak n bisu je isu pasal islam

    mana dia ustaz2 handalan yg vocal sevocalnya marina ni

    ustaz kita mana, mufti kita mana, suka2 hati sja puak2 ni buat statement

    apa nak jd

    ReplyDelete
    Replies
    1. tin kosong biasanya bunyi sangat bising...

      Delete
  2. Ooooo plz! SIS = Sistern In Islam ?, nop. SIS is Sister In Sins!

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.