Wednesday, 24 June 2015

Akibat Tak Fasih Bahasa Melayu ‘air kencing’ Jadi Isu

ITULAH akibatnya bila kurang faham dan tidak fasih berbahasa Melayu.
 
Guru kata “jangan minum air kencing kamu pula”.

Tapi, sama ada kurang dengar apa yang guru kata atau memang tidak fasih berbahasa Melayu, kenyataan guru itu berubah menjadi “sekiranya tidak mempunyai air, maka boleh minum air paip ataupun air kencing sendiri”.

Lalu, tidak semena-mena ‘air kencing’ meletup menjadi isu besar hanya kerana seorang guru Melayu yang membuat kenyataan yang diputar belit kerana tidak faham dan tidak fasih bahasa Melayu.

Begitu mudah sekarang ini menyebar sesuatu berita yang tidak sahih dan tidak tepat apa lagi jika berkaitan dengan isu kaum dan agama. Viralkan di dalam facebook, twitter, instagram atau dalam mana-mana media maya apa saja kenyataan yang boleh menjadi berita besar.



Apa lagi portal-portal berita liberal dan sekular sendiri sudah hilang kredibiliti untuk menyemak kesahihan surat tanpa tanda tangan atau nama penulis yang kononnya ditulis oleh seorang bapa kepada murid yang tidak faham bahasa Melayu.

Saya juga terfikir untuk menulis sekeping surat tanpa meletakkan nama atau tanda tangan saya yang menuduh seorang guru Cina melarang pelajarnya berpuasa. Kemudian saya akan membuat kiriman dalam facebook menggunakan akaun palsu dan meminta rakan-rakan saya menyebarkan surat itu di alam maya.

Kecohkan satu negara jika surat itu menjadi bahan berita dengan tajuk “Guru Cina halang pelajar Islam puasa”? Ditambah pula apabila media menghubungi Jabatan Pelajaran, polis dan Jabatan Agama Islam untuk mendapatkan ulasan.

Isu tidak fasih berbahasa Melayu ini bukan berlaku sekarang, malah Ismaweb.net pernah beberapa kali menulis mengenai pentingnya wakil rakyat bukan Melayu menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Jika gagal menguasai bahasa Melayu dengan baik, maka jadilah kekecohan seperti di sebuah sekolah di Sungai Petani itu. Guru larang minum air kencing sendiri, dia kata guru suruh minum air kencing sendiri.
 
Anggota EXCO Pendidikan Kedah, Tajul Urus Mat Zain dan pihak polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa guru itu berkata pelajar boleh minum di luar kelas dan berseloroh meminta minum air paip “tapi jangan minum air kencing kamu pula” dalam tandas.

“Ucapan dan pesanan ini telah disalah faham oleh segelintir murid dan menjadi isu,” kata Tajul Urus.
Kadang-kadang kita tersenyum apabila teringat kata-kata pendakwah terkenal Ustaz Ridhuan Tee Abdullah yang menyindir ultra kiasu yang gagal berbahasa Melayu dengan baik.

“Haiyaa…ini maciam pun ada, manyak susah wooo. Bulung-bulung pun telebang di angkasee…”. Ungkapan daripada tulisan Ridhuan Tee.



http://www.ismaweb.net/2015/06/akibat-tak-fasih-bahasa-melayu-air-kencing-jadi-isu/

2 comments:

  1. guru kena saman balik.. itu saja pengajarannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tuan, itu saja jalan yang terbaik untuk puak-puak failed BM kat Malaysia ni!

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.