Monday, 29 June 2015

Abu Chia Menulis...5

‘Impian Malaysia’ Bentuk Tipu Baru ‘Malaysian Malaysia’

DAP kata dia parti untuk semua kaum. Dalam DAP tidak ada Cina. Tidak ada India. Tidak ada Melayu. Semua rakyat Malaysia kata DAP. Tapi kita pelik juga dalam DAP cuba menyakinkan kita semua bahawa ianya bukan parti berasakan perkaumanan seperti sesetengah parti politik lain. Parti tersebut semakin sibuk membawa masuk ahli-ahli parti Melayu sejak kebelakangan ini.

Bagaimana ini mungkin terjadi?

Jika semua rakyat Malaysia sebenarnya, apa perlu menjaja satu Malaysia contohnya, tentang kemasukan Pak Samad sebagai titik tolak kepada parti cauvinis tersebut telah diterima orang-orang Melayu?

Jimmy Wong 'Penjelma Sino Kadazan Extraordinaire' bersama Lim 'Cina Akan Jumpa MH370' Lip Eng & Lim Kit Siang 'Bapa Impian Malaysia'


Hal yang sama juga dibuat oleh Lim Guan Eng suatu ketika dulu kerana asyik menjaja Zairil Khir Johari sebagai seorang Melayu yang telah masuk DAP. Kenapa perlu bersikap demikian pun jika parti anda sememangnya buta warna? 

Jika parti anda buta warna juga mungkin Lim Kit Siang, atau Penang Institute mahu berkomentari tentang Jimmy Wong, ahli DAP yang berbangsa Cina yang telah menipu sebagai keturunan Bumiputera Sabah dari susur galor Sino Kadazan?

Zairil Khir Johari kenapa ahli-ahli DAP taksub sangat nak jadi Melayu dan Bumiputera ni?


Kegilaan Zaid Ibrahim!

Abu pun tak tahu nak cakap apa dengan si fulan seorang ni. Semakin hari semakin meroyan jadinya. Baru-baru ini beliau menuduh pula rakyat Malaysia yang seperti mendapat keyakinan baru dan rata-rata menjadi semakin istiqomah dengan agama mereka sebagai sebuah gerakan yang bakal menjadikan umat Melayu menjadi seperti kumpulan Taliban di Afghanistan.

Abu mengucap panjang. Nampaknya loyar yang nyata gagal dalam kesemua avenue politik yang diceburi beliau sama ada yang dalam kerajaan, pembangkang atau pun kerangka politik ‘Kita’ yang pernah cuba dijaja beliau dulu.

Pengeboman di Bala Baluk

Tahukah Zaid Ibrahim bahawa di Afghanistan saja kampung dan masjid diserang dengan bom seberat 2000 pound hanya kerana ianya dikatakan kubu Taliban?!

Mungkin Zaid Ibrahim patut dengar cerita oleh Guy Smallman seorang jurugambar yang melihat dengan mata sendiri bahawa sebuah masjid di Bala Baluk dan kawasan sekitarnya ranap macam padang jarak padang terkukur setelah diserang oleh askar Amerika Syarikat yang menjajah Afghanistan hanya kerana mendapat maklumat perisikan yang salah. Habis berkecai bersepah mayat-mayat umat Islam di sana yang akhirnya terpaksa dikuburkan dalam liang-lahad yang besar sebab tidak dikenali lagi, siapa-siapa?

Apakah ‘bekas peguam PTPTN’ ini mahu Amerika Syarikat mengebom kita semua dengan 2000 pound bom pula?


Majlis Peguam Buta Perpaduan Nasional?

Abu pelik apabila sekumpulan susuk-susuk terpelajar yang sering berteriak tentang peri-pentingnya keharmonian dan perpaduan nasional tidak boleh nampak usaha baik yang telah disuarakan oleh Mary Yap yang hanya cuba menyeru masyarakat bukan Islam untuk bersolidariti bersama dengan umat Islam ketika mereka sedang menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadan yang disambut setahun sekali.

Abu rasa apa yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1 adalah satu seruan yang terpuji dan patut dipuji semua rakyat Malaysia. Tetapi perkara yang sebaliknya berlaku. Kenyataannya diputar belit sesetengah puak yang pakar dalam hal ehwal putar belit sebagai satu langkah yang tidak baik kerana tidak bersifat toleran terhadap bukan Islam.

Sesetengah rasis extremis Cina memperlekehkan kemampuan Mary Yap untuk berbahasa Mandarin sebagai bakal membuatkan beliau gagal untuk 'menjaga' SRJKC yang mana beliau menjawab bahawa beliau adalah Menteri Pendidikan untuk semua dan bukan bangsa Cina sahaja

Isunya bukan sama ada bukan Islam tidak boleh makan dan minum ketika umat Islam sedang berpuasa. Isunya cuma alangkah baik jika bukan Islam boleh bersikap empati terhadap umat Islam ketika Ramadan terutamanya anak-anak sekolah yang masih bertatih berpuasa yang mudah ‘terganggu’. Itu saja sebenarnya. 

Terima Kasih Datuk Mary Yap.

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.