Monday, 22 June 2015

Abu Chia Menulis...4

Zairil & 'Siege Mentality'

Bulan-bulan puasa ni Abu malas lah nak marah-marah orang. Nak tegur-tegur orang. Tapi kadang-kadang tu bila sesuatu perkara yang tidak betul tu kita diamkan, ada orang akan ambil kesempatan menabur fitnah dan ada pula orang-orang lain yang akan termakan fitnah tersebut. Itu yang sedih tu. Tak semua manusia dikurniakan Allah dengan kelebihan melihat dikala zaman fitnah berleluasa ini.

Sama lah macam cerita si Zairil Khir Johari yang tak habis-habis bawa teori bahawa orang-orang Melayu dan Muslim di negara ini sudah kena sindrom 'Siege Mentality' sebab dah lama kena jajah. Selalu berprasangka bahawa kumpulan atau bangsa-bangsa lain akan mengambil kesempatan ke atas bangsa Melayu dan oleh itu mereka perlu sentiasa bersikap curiga dengan bangsa-bangsa lain. Ini yang telah melanda umat Melayu (yang majoritinya Muslim) yang didedahkan pada ucaptama majlis meja bulat 'Islam and the Secular State' yang dianjurkan IRF dan Penang Institute minggu lepas.

Abu tak suka fitnah dan Abu pasti Zairil pun tak suka difitnah.

Masalahnya Zairil terlepas pandang fakta bahawa dalam Islam, umat Melayu sering diajarkan untuk bersangka baik sesama manusia. Dalam Islam juga Muslim diajar untuk tidak melihat akan warna kulit atau keturunan seseorang. Melayu juga sudah diajar supaya banyak  bersabar dengan segala ujian dan kesusahan, seperti amalan berpuasa dan perlu berserah kepada takdir Allah.

Untuk pengetahuan Zairil juga bagi orang Islam, kekayaan ekonomi bukanlah menjadi kayu ukur utama kejayaan hidup tetapi saham akhirat. Itu 'world view' mereka sebenarnya. Jadi sikap sabar dan redha yang ditunjukkan Melayu yang sebati dengan ajaran Islam berakar umbi beratus tahun sebelum kedatangan bangsa penjajah sepatutnya mempermudahkan pemahaman kenapa bangsa Melayu begitu sabar dibawah penjajahan. Namun ini tidak bermakna tidak berlaku sebarang rancangan untuk memerdekakan diri dan tanahair.

Untuk itu teori cetek 'Siege Mentality' Melayu atau Muslim sebagai faktor kenapa Pakatan Rakyat masih ditolak ramai Melayu dan Muslim adalah dangkal sama sekali.

Abu kata orang Cina yang ada 'Siege Mentality' sebenarnya. Kalau tidak masakan mereka 'termakan racun yang dijual' oleh salah seorang pemimpin kanan DAP sendiri bahawa mereka adalah warga kelas kedua, ketiga dan keempat di Malaysia?

Zairil Khir Johari, komen sikit?

Melayu nak jadi Arab??

Abu perasan sejak kebelakangan sering pula ada aliran pemikiran bahawa dengan memakai jubah, Muslim Melayu nak jadi Arab? Biar betoi? Hidung kemek (macam hidung Abu) dan kulit sawo matang boleh jadi Arab ka?

Tapi itulah pemikiran cetek sesetengah orang. Abu tak pasti mana pemikiran ini bermula. Tapi apa yang Abu pasti ini semua adalah satu cubaan untuk mengatakan bahawa Islam yang sedang diterjemahkan oleh Muslim di Malaysia adalah bentuk Islam yang salah. Pendek kata bentuk Islam ala 'padang pasir'. Dan fitnah ini semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Kalau yang belum tutup aurat mahu mereka diterima seadanya oleh mereka-mereka yang sudah, kenapakah mereka sendiri tidak boleh bersangka baik dengan rakan-rakan yang memilih untuk menutup aurat?

Abu boleh nampak agenda jahat kelompok ini yang berencam sebenarnya. Ada yang datang daripada kelompok anti hadis. Ada yang liberal dan sekular kerana mahu mengatakan agama tidak patut di 'institutionalised'. Ada yang bawa aliran pluralisme sambil mahu 'mengatakan' bahawa semua agama itu sama saja, berasal daripada sesuatu tradisi atau budaya manusia, Islam kononnya asal daripada budaya arab dan tentunya tidak syumul. Golongan ini juga suka mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa dna bukanlah Rasul pilihan.

Tapi Alhamdullilah kempen jahat kelompok ini mahu menfitnah umat Islam yang mahu tampil lebih Islamik dengan menutup aurat contohnya tidak berhasil dan semakin ramai, termasuk ramai selebriti-selebriti papan atas sudah berkeyakinan untuk mendekati agama dengan lebih istiqomah.

Sabar Separuh Daripada Iman.

Abu hairan dengan sesetengah ahli-ahli parti yang mendakwa memperjuangkan Islam semata-mata ini sampai dulu pernah kafir-mengkafir. Ada sahabat Abu panggil parti ni 'Kelab Ahli-Ahli Sorga'.

Baru-baru ini sekumpulan puak moderates aka profesional aka progresif dalam parti tersebut sudah tewas dalam satu pemilihan kepimpinan yang menyaksikan kumpulan ulama menyapu bersih kedudukan penting barisan kepimpinan parti itu. Dikatakan kemenangan tersebut adalah berkat sokongan yang diberikan kepada kumpulan ulama untuk membawa parti kembali kepada perjuangan asal seperti yang sepatutnya.

Sekadar Gambar Hiasan

Apa yang membuatkan Abu hairan ialah kelakuan geng-geng progresif itu sendiri yang seperti tidak boleh terima dengan kekalahan yang telah dibuat secara demokratik. Sampai ada yang sangat marah sehingga 'berura-ura' mahu buat parti baru.

Dulu masa menang diangkat ummah seronok bukan kepalang. Tetapi bila dah dibawah dan apabila sudah kalah terus nak tubuh parti baru? Ini lah amalan demokrasi. Kata sokong amalan demokrasi. 

Tapi nampaknya tidak. Puak-puak ini rupa-rupanya cakap tak serupa bikin. Bukan itu saja, ada pula yang sampai nak saman sesama sendiri kerana dikatakan telah difitnah semasa kempen pemilihan. Biar betoi? Parti Isle menfitnah?

Dan yang paling sedih tu ada pula yang kalah tu macam orang gila talak, asyik menyerang kumpulan ulama siang malam. Sampai ada yang sanggup membawa usul Hudud yang masih belum dibahas dan masih menunggu giliran kerana memberi laluan kepada urusan kerajaan sebagai satu alasan bahawa parti Isle mereka sudah kena main dengan kerajaan. Logik mereka simple bebenor...

Letih Abu tengok gelagat ahli-ahli sorga macam ini. Cuba la sabar sikit. Jangan risau Allah SWT adalah sebaik-baik Perancang. Kita yakin dan bersangka baik dan terus berusaha. Bukan ke sabar itu separuh daripada iman?

Jangan la sampai semua nak dipolitikkan, puasa ke tak ni?

5 comments:

  1. haha poso ko dok ustak-ustak weii,,

    Apa harapan kita?

    Pas dah haru biru

    Tak nampak org atas umno nak turun
    Dah ramai yg cakap takkan sokong umno selagi najib dan geng kitchen kabinetnya tak turun

    Apa harapan kita

    Sy personally takkan mengundi dah utk umno selagi najib n kabinet yg tak berapa cerdiknya ada

    Untuk sy sokong pas jauh sekali,
    pkr? tak sudi

    apa lg yg ada


    ReplyDelete
    Replies
    1. Rapatkan barisan. Apa pun Ummah tetap kena bersatu.

      Delete
  2. Org2 dlm bangkit, isma,muafakat, pembela tak nak tubuh parti baru ka

    umno pas pkr tak dpt diselamatkan lg dah selagi puak2 yg berada di atas skarang tak turun

    tubuh la parti baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masing-masing kena mainkan peranan masing-masing sebaiknya.

      Macam kata Syed Muhammad Naquib Al-Attas, burung-burung berlainan jenis terbang mengikut aturan masing-masing sudah menjadi lumrah alam

      Delete
    2. tp takdak satu pon parti yg hamba rasa berselera

      ummah nak bersatu camana

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.