Sunday, 14 June 2015

Abu Chia Menulis...3

Kenyataan P.Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Bukti DAP Anti Islam?!

Abu masih ingat lagi DAP suatu ketika dulu sering dituduh sebagai sebuah parti anti Melayu dan anti Islam. Bantahan demi bantahan dibuat oleh pemimpin mereka ketika itu. Lama-kelamaan parti tersebut mula menayangkan wajah-wajah Melayu sebagai muka depan kepada perjuangan parti tersebut kerana cuba mengikis imej anti Melayu yang dilemparkan kepada mereka.

Bermula dengan Zairil Khir Johari yang dijaja Lim Guan Eng sebagai 'prize catch' Melayu, yang kemudiaannya menang pula pemilihan CEC yang penuh kontroversi tersebut. Ada juga ahli-ahli DAP sendiri yang mengatakan bahawa Zairil sengaja dimenangkan. Abu tak pasti sejauh mana tuduhan tersebut benar. Hal tersebut dulunya disiasat ROS namun kini tanpa tahu hujung pangkal, kes tersebut senyap sepi begitu saja.

Kemudiaan kita semua diperkenalkan pula kepada tiga awek cun (Penang Institute ambil cue daripada 3 Dara Pingitan kut?) bermula dengan Dyana Sofea, Rara dan Melati. Hari ini khabarnya A. Samad Said juga sudah masuk DAP. Ini semua bukti bahawa DAP bukanlah sebuah parti yang anti Melayu.

Tapi Abu nak tanyalah pemimpin Islam dalam DAP macam Zairil Khir Johari, Tiga Awek Cun pun boleh tolong jawab kalau mahu, sebab hakikatnya memang tak ramai Muslim dalam DAP pun.

Apa DAP ni parti politik anti Islam kah? 

Adakah P. Ramasamy cuba menghasut supaya Islam, Agama Persekutuan dibenci orang bukan Islam?
Kalau tidak kenapakah P.Ramasamy merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang memilih untuk berburuk sangka dengan Islam apabila menuduh episod wanita Cina diberikan kain batik di Jabatan Pengangkutan Jalan tempoh hari adalah ‘a deliberate and systematic attempt to impose Islamic dress code on non-Muslims!’

Dah lah Teresa Kok sengaja mengaitkan Islam dengan episode tersebut apabila kod etika pakaian sebuah jabatan kerajaan dikaitkan dengan Masjid. Kali ini P.Ramasamy pula berbuat perkara yang sama tanpa berselindung lagi. Kenapa celupar sangat mulut salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Penang Institute ini? 

Pemikiran sebeginikah yang sedang diperkembangkan di Penang Institute Zairil Khir Johari? Berapa banyak pula Penang Institute berhabis duit untuk melahirkan pemimpin-pemimpin ektremis anti Islam dalam DAP seperti P.Ramasamy?

Abu cadangkan KDN jangan asyik pantau ISIS saja, geng-geng 'Tamil Tigers' pun musuh negara juga!

Azmi Sharom Mentertawakan Zairil Khir Johari? 

Abu sekarang sibuk dengan persiapan puasa. Mana nak beli barangan dapur untuk sambut Ramadan lagi dalam pada itu ada juga satu dua jemputan kenduri doa selamat yang perlu dihadiri sebab telah berjanji. Jadi melepaslah Abu untuk menghadiri satu majlis yang telah diadakan di Universiti Malaya kelmarin.

Majlis tersebut diadakan oleh Islamic Renaissance Front (IRF) dengan sokongan Penang Institute dengan tajuk yang menjadi perjuangan asas kepada golongan sekularis di Malaysia iaitu ‘Islam and the Secular State’. 

Maklumlah ketika kita sedang memerhatikan perkembangan usaha untuk melaksanakan Hudud di Kelantan, golongan sekularis kena bekerja dua kali ganda kuat untuk melobi supaya perundangan jenayah syariah itu tidak disokong oleh akar umbi. Supaya perjuangan untuk melaksanakan Hudud di Kelantan kelak berjaya dikalahkan. Abu faham tu.

Azmi Sharom ketawa kat siapa pulak tu?
Namun apa yang Abu dengar ialah prof. mat saleh yang datang tu pun tak tahu apa yang dipercakapkannya. Dia bukan saja tak cakap sangat pasal negara sekular seperti yang diperlukan tajuk malah setiap kali dia buka mulut bercakap pasal Islam, dia akan bercakap pasal Isis, Taliban dan Arab Saudi. Bukannya kita tak pernah benda tu. Tak payah pergi forum IRF pun dah selalu kita dengar orang tuduh Islam dengan label-label tersebut.

Tapi yang paling Abu tak boleh nak tahan sampai ketawa-terbahak-bahak-jatuh-kerusi ialah bila sahabat Abu cerita tentang Azmi Sharom, salah seorang panelis pada sesi tersebut mentertawakan Zairil Khir Johari di depan semua khalayak tetamu pasal Pengarah Esekutif badan pemikir Penang Institute itu pun sibuk nak jadi Melayu! Kah! Kah! Kah!

Abu diberitahu pada majlis tersebut juga Azmi Sharom ‘proclaim’ dia bukan lagi berbangsa Melayu tapi ‘Azmiism’, urgh, bangsa apa tu?

Pak Samad Masuk DAP

Lim Kit Siang diapit 'Awek Cun' Rara dan Pak Samad sambil membuntot Teresa Kok
Hari ini dilaporkan media bahawa A. Samad Said sudah masuk DAP. Baguslah kalau itu yang Pak Samad rasa perlu untuk berjuang kepada agama, bangsa dan negara. Abu amat berharap  Sasterawan Negara itu tidak mengalami apa yang telah dilalui oleh Tunku Abdul Aziz sendiri ketika bersama DAP. 

Marah betul Tunku Abdul Aziz semasa beliau keluar daripada parti DAP sehinggakan beliau mendakwa bahawa Lim Guan Eng ‘has no sense of decency’ dan biadap.

Ish-ish sampai macam tu sekali anak Lim Kit Siang kena taruh dengan kerabat Raja tersebut. Itu yang Abu risaukan tu. Bukan apa, Abu tak mahu Pak Samad kena layan macam pepatah Melayu ‘habis madu sepah dibuang’.

Abu bukan nak mengajar Pak Samad pasal pepatah Melayu. Abu yakin Pak Samad lagi arif daripada Abu lagi pasal pepatah Melayu ni. Dia Sasterawan Negara kut. Habis kuat kalau marah kat DAP pun nanti Pak Samad akan buat sajak, bukan marah-marah macam Tunku Abdul Aziz. Mungkin boleh baca dalam slot Buletin Utama nanti.

Abu teringat kat Melati, novelis ‘Pelacur Kelas Pertama’ DAP, senyap jer dik?

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.