Saturday, 30 May 2015

Reverend Mahu Rakyat Malaysia Langgar Undang-Undang?

Persekutuan Kristian Malaysia telah mengeluarkan kenyataan tentang beberapa perkembangan yang berlaku kepada negara baru-baru ini. Perkembangan yang dikatakan sebagai sekatan kepada kebebasan beragama itu didakwa semakin menjadi-jadi apabila beberapa insiden kurang bertolenransi yang diamalkan oleh segelintir masyarakat Malaysia didakwa semakin mengambil tempat.

Persekutuan tersebut pada mulanya menyentuh tentang demo yang dibuat oleh sekumpulan penduduk Taman Medan yang membantah kewujudan salib yang diletakkan oleh sebuah gereja haram yang beroperasi di sederetan kedai dua tingkat di kawasan perumahan mereka.

Kata pengerusi kepada persekutuan tersebut, Rev. Dr. Eu Hong Seng bahawa kejadian tersebut tidak lain tidak bukan merupakan bait-bait kepada sikap tidak bertolak ansur sehinggakan salib simbol kepada kasih sayang dan pengorbanan ‘tuhan’ kepada manusia sejagat kini dilihat “or projected by some as threat”.

Masalahnya Rev Dr. bukan semua orang berkongsi pandangan yang sama dengan anda? Kami orang-orang Islam contohnya tidak menganggap Tuhan perlu ‘mengorbankan diri’ untuk manusia sejagat. 

Kenapakah Reverend tidak mahu bercakap tentang gereja-gereja supaya mematuhi undang-undang sedia ada dan cuba untuk tidak beroperasi secara haram? Kenapakah Persekutuan Kristian Malaysia tidak mengeluarkan arahan supaya gereja-gereja baru patuh undang-undang sedia ada?

Rev. Eu, Sudah Lupa Verse Bible Untuk Menghormati Undang-Undang Di Mana Bumi Dipijak? YDP Agong, jelas wajahnya pada Wang Kertas, sama seperti mana wajah Caesar digunakan 2000 tahun yang lalu. YDP Agong telah bersumpah untuk memelihara Islam pada setiap masa seperti di dalam Perkara 37 (1) PP kehendaki. Jangan melampaui apa yang diajarkan Jesus kepada umat Kristian.

Bukankah Jesus sendiri mengajar supaya "..render unto Caesar the things that are Caesar's.." di dalam Mark fasal 12 ayat 17?

Bukankah Jesus mengajar pengikut-pengikutnya untuk menghormati undang-undang di mana bumi berpijak? Jadi kenapa Rev. Eu mahu mengajak umat Kristian untuk menolak ajaran Jesus yang mudah ini? Tolong jangan bersikap biadap kepada ajaran-ajaran Jesus wahai Reverend!

Jelas, isu salib tersebut yang diletakkan secara semberono tanpa sebarang permit juga seperti didiamkan oleh pihak Persekutuan Kristian Malaysia.

Adakah golongan Kristian di negara ini boleh melanggar mana-mana undang-undang sedia ada atas nama kebebasan beragama? Adakah ini yang disyorkan oleh persatuan tersebut?

Kemudiaan persatuan tersebut menyentuh pula tentang larangan penggunaan beberapa kalimah Islam oleh bukan Islam seperti yang termaktub pada beberapa enakmen negeri sebagai satu lagi bentuk sekatan kepada kebebasan beragama. Larangan ini juga dakwa mereka telah menyebabkan beberapa insiden lain seperti rampasan bible Bahasa Malaysia di Selangor yang dipulangkan ‘after they were mutilated by endorsements of prohibitive words.’

Apa yang tidak diberitahu ole persekutuan Kristian tersebut ialah kewujudan kalimah Allah pada Al-Kitab yang jelas telah jelas melanggar enakmen negeri Selangor. Pulangan yang telah dibuat ‘in good faith’ itu kini telah dipolitikan oleh pihak tersebut apabila cop larangan penggunaannya di negeri Selangor, kononnya dikatakan telah merosakkan Al-Kitab. Persekutuan Kristian Malaysia nampaknya kena lebih jujur dengan diri sendiri dan orang ramai supaya mereka tidak dilabel penipu kelak.

Cop larangan tersebut bertepatan kerana ianya membolehkan penguatkuasaan supaya penggunaan dan pengedaran Al-Kitab yang dipulangkan itu tidak dibuat di Selangor. Sama seperti alasan awal bahawa Al-Kitab tersebut adalah untuk pengedaran dan  penggunaan di Sabah dan Sarawak, maka ianya sepatutnya tidak akan mendatangkan masalah langsung.

Adakah cop merah tersebut telah menutup mana-mana kalimah Al-Kitab sehinggakan menyukarkan pemahaman kepada mesej yang dibawakan oleh bible tersebut?

Solusinya mudah, Reverend dan Persekutuan Kristian Malaysia harus memastikan bahawa pengedaran Al-Kitab tidak dibuat di negeri-negeri yang mempunyai enakmen larangan penggunaan kalimah Allah dan beberapa istilah Islam oleh bukan Islam. Kecualilah jika persatuan tersebut mempunyai agenda tersembunyi seperti yang dituduh sesetengah pihak sebelum ini.

Tentunya Muslim masih berbekas dengan kisah Lina Joy yang dimurtadkan walaupun jelas undang-undang negara melarang perbuatan dakwah agama bukan Islam kepada orang-orang Islam. Tentunya kerisauan Muslim di Malaysia sememangnya berasas sama sekali.

Jadi atas dasar itu jugalah perlu diadakan satu bentuk SOP untuk pengedaran Al-Kitab di Sabah dan Sarawak supaya beberapa insiden salah faham yang sering berlaku di antara beberapa jabatan penguatkuasaan negeri dan persekutuan terhadap pengedaran dan pengimportan bahan-bahan dakwah Kristian daripada negara luar seperti Indonesia atau mana-mana tempat  dari dalam negara sekalipun dapat diselesaikan segera.

Tentunya kita tidak mahu kerajaan menutup sebelah mata apabila seorang paderi mengimport buku, atau makalah daripada luar, seperti Indonesia contohnya, berbondong-bondong hanya dengan alasan untuk kegunaan peribadi.

Peniaga kain batik juga kalau diberi peluang mahu mengimport ratusan malah ribuan kain batik Indonesia atas alasan untuk kegunaan peribadi! Adakah kita akan menghalalkan pengimportan haram bahan bacaan, vcd dan lain-lain bahan atas nama agama? Adakah Malaysia sememangnya mengamalkan seluas-luasnya amalan langit terbuka?

Jika hal ehwal Islam juga dikawal selia oleh perundangan sedia ada, sama ada pada peringkat negeri dan persekutuan, kenapakah pula hal ehwal Kristian atau mana-mana agama sekalipun tidak dikawal seadanya?

Oleh itu langkah yang sedang diusahakan kerajaan bukan saja patut dipuji malah disokong oleh Persekutuan Kristian Malaysia jika mereka ikhlas mahu melihat keharmonian sesama rakyat Malaysia pelbagai agama terpelihara. Jadi adalah menjadi satu perkembangan yang amat merisaukan apabila langkah yang sedang diusahakan oleh kerajaan tidak disokong oleh badan Kristian tersebut.

Malaysia ialah negara pelbagai kaum dan agama, kita tidak boleh membiarkan urusan hal ehwal agama dibiarkan tanpa sebarang SOP yang jelas dan berkesan.

Jadi kenapakah pula Persekutuan Kristian Malaysia melabelkan langkah tersebut sebagai ‘in total violation of the federal constitution’s protection for freedom of religion’?

Bukankah kebebasan beragama juga perlu mematuhi undang-undang sedia ada seperti yang disarankan oleh Perlembagaan Persekutuan? Kenapakah agaknya badan ini sekali lagi seperti mahu rakyat Malaysia untuk tidak menghormati malah berterusan melanggar undang-undang?

Perlu di perjelaskan juga bahawa apa yang telah diusulkan oleh Solusi 10 Perkara tidak pernah membenarkan jalan mudah supaya Al-Kitab yang mengandungi kalimah Allah bebas beredar tanpa perlu menghormati enakmen-enakmen negeri  sedia ada.

Oleh itu permintaan Persekutuan Kristian Malaysia supaya Al-Kitab yang mengandungi kalimah Allah bebas beredar di seluruh negara tidak harus dilayan Putrajaya.

Sikap ‘Bagi Betis Nak Paha’ dan lagak seperti ‘Belanda Dapat Tanah’ harus dihentikan segera persatuan tersebut. Lagipun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa kalimah Allah dilarang pengunaan oleh bukan Islam.

‘Instead of building religiously self-confident communities of mutual respect in our multi-ethnic, multi-cultural, multi-religious nation, there has been a progressive layering of fear tension and suspicion.’

Kita bersetuju dengan pandang ini dan ini lah yang telah dibuat oleh segelintir pihak apabila memberikan pandangan jahil tentang Hudud yang sebenarnya bukan sahaja telah menghina Islam malah membuatkan ramai Muslim rasa kurang senang sukar untuk tidak berprasangka.

Ini juga yang telah dilakukan oleh badan itu sendiri, apabila mendakwa bahawa perlaksanaan Hudud kelak bakal membawa kepada kekeliruan dalam proses perundangan negara dan “In addition, a dual criminal system would not only result in legal confusion and lead inevitably to miscarriage of justice”.

‘Kata Dulang, Paku Serpih’ Rev Dr. Eu Hong Seng?



http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/shrinking-public-space-for-religious-expression-increasing-repression-

2 comments:

  1. PI MAMPOS PENGGANAS Kristian Anti-Islam/Melayu semua - tak sedaq diri Malaysia ni NEGARA ISLAM, pusaka nenek moyang berzaman kami!

    Apahal ISLAM serta undg-undg Perlembagaan diPERLEKEHkan oleh PENGGANAS-PENGANAS anti-ISLAM/Melayu-EJEN/KULI- Barat/Zionis, sampai mcm. ni sekali- kerana KEDAULATAN Agama ISLAM di NEGARA ISLAM, pusaka nenek moyang berzaman kita ni, adalah di bawah KUASA EKSEKUTIF DYMM Kesultanan Islam/Melayu kita sbg. KETUA NEGARA/KETUA AGAMA!

    Maka, HALANGAN penyebaran agama lain, apalagi membina rumah ibadah HARAM, juga berada bawah KUASA EKSEKUTIF DYMM Kesultanan Islam/Melayu kita ni!

    Kat Barat-HIPOKRIT/PENIPU pun yg. asyik melaungkan “hak asasi/demokrasi“-ala Barat/Zionis depa, masjis-masjid bukan main susah nak dibina (kebanyakan terpaksa membeli gereja yg. dah ditutup) dan makin di BAKAR serta umat Islam diBUNUH contohnya 400 masjid telah di bakar di Jerman dan 9 usahawan Islam Turki dibunuh termasuk oleh perisik Jerman sejak beberapa tahun ni US (lihat di - http://www.islamophobiawatch.co.uk/turkish-parliament-report-88-of-attacks-on-german-mosques-unsolved/#more-38818 ,Turkish Parliament report: 88% of attacks on German mosques unsolved, Posted on November 20, 2014 by Bob Pitt Today’s Zaman, 20 November 2014; dan di – http://www.wsws.org/en/articles/2013/11/14/nsu-n14.html , New evidence points to German secret service collaboration with far-right NSU, By Christoph Dreier , 14 November 2013)!

    Dan jgn. lupa PENGGANAS Kristian-Yahudi Barat-ISrael yg. asyik menyerang/merompak Dunia Islam [yg. kaya minyak gas/Throrium-Uranium (untk. pembuatan senjata Nuklear)] serta MEMBUNUH/MEROGOL umat Islam dlm. GENOSID yg. meningkat, contohnya di Iraq, Palestin, Mali, Libya, Afghanistan dsbnya!

    ISrael-JAHANAM pula, beratus juga masjid telah diBOM dan Masjid Al-Aqsa suci kita makin diceroboh dan mahu diJAHANAMkan di masa akan dtg - BUMIPUTERA Islam Palestin termasuk anak-anak kecil/wanita/or. tua yg. diBOM/diBUNUH dg. amat KEJAM oleh rejim PENGGANAS Yahudi ini, jgn. cakaplah!!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg jelas Nek..

      Diorang ni berkokok berdegar-degar, tapi ekor bergelumang tahi.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.