Wednesday, 20 May 2015

Kenyataan Media PEMBELA : Teng Chang Kim Biadab Dengan Sultan & Agama Negeri



Pihak PEMBELA mengambil serius kenyataan yang jelas menghina kedudukan serta kuasa Sultan Selangor, menghina Agama Negeri Selangor (Perkara XLVII), Menghina Kedudukan Sultan sebagai Ketua Agama Negeri Selangor (Perkara XLVIII) dan melanggar sumpah Ahli Dewan Negeri  (Perkara LXXII) sebagai termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 (UUTNS) yang diucapkan penuh biadab oleh Teng Chang Kim.

Teng Chang Kim telah dipetik oleh beberapa portal mengeluarkan kenyataan berbunyi seperti berikut :


Jelas Teng Chang Kim cuba mengamalkan kefahamannya dengan bersikap tidak aman dan harmoni kepada Islam sepertimana yang disyaratkan di dalam Perkara XLVII UUTNS.

Beliau juga dilihat melanggar sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dengan menghina Agama Negeri. Siapa Teng Chang Kim untuk menentukan bahawa Selangor telah membuat keputusan untuk menolak Hudud yang merupakan sebahagian daripada Agama Negeri? Apakah dia Sultan Yang Berkuasa?

Sikap keterlaluan dan "gila" ini timbul hanya kerana hendak menyokong perbuatan biadab terhadap Islam oleh penasihat partinya di Kota Bharu Kelantan, baru-baru ini.


Semakin terserlah di mata rakyat terutamanya orang-orang Islam betapa pemimpin-pemimpin besar DAP ini bernafsu rakus dalam menentang Islam dan hukum-hukum ALLAH. Jika pemimpin DAP tidak mahu menghormati PAS sebagai rakan kongsi mereka, itu masalah dalaman pakatan mereka. Tetapi, pergolakan dalaman mereka ini dilihat semakin merebak sehingga tidak mahu menghormati Islam sebagai agama negeri dan negara jelas menunjukkan sikap pelampau yang jelas ada pada pemimpin-pemimpin Dap.



Kami menyeru agar umat Islam membuka mata dan hati agar menolak sepenuhnya DAP yang sangat ekstrim ini. Perjuangan yang ekstrim seperti yang ditunjuk Dap sangat bercanggah dengan Perlembagaan dan semangat Rukun Negara. Sewajarnya parti seperti DAP tidak wujud di negara Islam seperti Malaysia. Parti ekstrim seumpama ini hanya akan mencipta gelombang yang tidak sihat ke arah kacau bilau di antara agama dan kaum. PEMBELA mengecam pendekatan jahat Lim Kit Siang dan Teng Cheng Khim yang tidak menghormati Islam sebagai agama negeri dan negara.





Pengerusi,
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin

2 comments:

  1. Apa yg pngerusi PMBELA kata tu bnr. Parti extreme ni tk mnghurmati agama Ngara yg d anuti majoriti umat islam yg juga tuan yg ampunya tnah ni, yakni tanah melayu. Teng kmpulan pndatng sprti orang2 bangla yg ada skrang so apa hak dia nk hlang pas adakn muktmar d slangor ? Yg spatutnya Teng kucing kurap ni la kna brambus dri tanah mlayu kalau tk hurmati prlmbagan rukun ngara dn tdak mnghurmati sultan2 dn YDPA ! Chau la Teng ! Don't stay in bumi orng mlayu punya !

    ReplyDelete
  2. Saya sudah lama menolak DAP dalam diri saya. Saya berdoa agar segala apa yang dirancang untuk memecahbelah umat Islam tidak akan dikabulkan. Ini janji saya pada diri dan anak cucu saya.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.