Tuesday, 19 May 2015

IKIM & Toleransi Manhaj Conquistadors

Cita-cita membangunkan sebuah Interfaith Comission (IFC) tidak pernah padam sejak ia mula dicadangkan bermula 2001. Baca Sini.

Bermula dengan surat dari Majlis Kafir dengan sokongan Bar Council pada 2001, kemudian didokong pula dengan idea-idea seperti Global Ethic Project yang cuba menyuntik pendekatan Golden Rules, diteruskan dengan agenda kumpulan Artikel 11 yang kemudiannya berkubur dan pemimpinnya seperti Ambiga dikitar semula dalam pelbagai bentuk NGO dan sebagainya, agenda ini tidak pernah padam.

Kerap memakan roti canai tanpa telur, kepimpinan di dalam pemerintahan yang dipilih oleh majoriti orang Islam, akhirnya tunduk kepada desakan untuk mengadakan satu bentuk Jawatankuasa yang mengambil fungsi peranan IFC.

Tuan Haji A. Karim Omar telah mendedahkan bahawa pada 2013, Tan Sri Joseph Kurup membuat satu kenyataan bahawa idea penubuhan IFC tidak pernah dikuburkan, tetapi diteruskan dengan penubuhan sebuah jawatankuasa dengan nama yang baru iaitu Jawatankuasa Mempromosikan  Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA).



Hasil daripada penubuhan ini, maka muncullah pelbagai cadangan dan aktiviti syok sendiri yang tidak berpijak di bumi yang nyata dianjurkan di atas nama JKMPKA.

Terbaharu, sebuah program yang melibatkan Jabatan Perpaduan Nasional, JKMPKA, Universiti Islam Antarabangsa dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bakal berlangsung dengan membawa beberapa peserta dari beberapa buah Negara untuk berkongsi pengalaman “TOLERANSI BERAGAMA” untuk dipelajari oleh rakyat Malaysia yang perlu diajar secukup-cukupnya.




Antara tajuk pembentangan yang hendak dipromosikan ialah “ Sharing Philippines Experience” yang akan dikendalikan oleh Cik  BaibonnDilangalenSangid. Beliau yang merupakan aktivis perpaduan yang terlibat dengan kerja-kerja perpaduan di Filipina dan Israel. 



Orang Melayu Islam seolah perlu belajar dari pengalaman Filipina dalam mengamalkan toleransi. Kita bukanlah bangsa yang kerdil pengetahuan sejarah.

Kita jelas dengan sejarah bagaimana Conquistador Sepanyol datang dalam gerombolan armada kapal menyembelih saudara-saudara sebangsa kita dan memaksa penganutan agama Katolik dengan pedang-pedang terletak di leher dan api membakar anak pinak di dalam bakaran unggun api yang menjulang. Kita juga tidak lupa dengan "Kill Everyone Over The Age Of Ten" ke atas orang-orang Melayu Filipina sepertimana perintah Kolonel Angkatan Tentera Amerika, Jacob Smith,  semasa penaklukan Filipina.





Setelah dirampas, dimurtadkan, kaum keluarga dibunuh, orang-orang Melayu Filipina perlu belajar bertoleransi. Jangan bergaduh. Jangan bersuara. Jangan buat apa-apa. Tunduk dan patuh dan hisaplah candu toleransi sehingga terawang-awang kecanduan toleransi sampai mati.

Menjinakkan Melayu melalui Toleransi Manhaj Conquistador ialah satu perbuatan menaruh maruah diri, agama dan bangsa di perut-perut yang memboyot.

Begitu juga dengan tanah Negev di Palestin yang sebelum ini merupakan tanah umat Islam sebelum mereka disembelih dan dihalau dari kampong-kampung halaman mereka dan dipenjarakan di dalam penjara terbesar dunia iaitu Gaza.

Menghantar orang-orang yang menjinakkan umat Islam supaya tunduk patuh dengan penuh tawaduk kepada perbuatan yang sejak puluhan dan ratusan tahun dahulu merampas hak-hak mereka adalah satu perbuatan hilang akal yang mana IKIM tidak seharusnya terlibat sama.

Ini bukan toleransi, tetapi perbuatan mendesak umat Islam dan Melayu untuk berkompromi dengan sejarah penjarahan agama dan bangsa mereka.

Kami tidak pernah lupa.


0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.