Tuesday, 26 May 2015

Double Standard Lim : Demo Taman Medan & Demo Jalan Kelawei

Baru-baru ini sekumpulan penduduk Jalan Kelawei Pulau Pinang telah berdemo menyatakan bantahan mereka terhadap pembinaan sebuah sebuah bangunan komersil dan pusat membeli-belah setinggi 20 tingkat yang bakal dibina berdekatan dengan kawasan kediaman mereka.

Projek yang dikenali sebagai Sunrise Tower 2 itu bakal dibangunkan di tanah yang berkeluasan 1353.35 meter kaki persegi berhampiran dengan kawasan kediaman penduduk tersebut yakni Tingkat Kelawei.



Antara alasan yang diberikan oleh kumpulan yang dikenali sebagai ‘Group Kelawei’ itu ialah kawasan tersebut telah diklasifikasikan sebagai ‘kawasan kediaman’ oleh itu keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat haruslah menjadi keutamaan. Salah seorang penduduk juga mempersoalkan kenapa pihak berkuasa tempatan tidak memberikan notis kepada beliau sebagai salah seorang pemegang hak strata bersebelahan dengan kawasan terbabit.

Penduduk juga tidak mahu masalah kesesakan jalan raya berlaku apabila kawasan tersebut sesak dengan pengunjung kerana ia bakal menyusahkan mereka yang tinggal untuk keluar masuk ke tempat kerja dan pulang ke rumah. Kawasan tersebut juga sudah sekian lama sesak dengan kenderaan pada setiap hujung minggu atau cuti umum. Kumpulan tersebut sudah merayu kepada majlis perbandaran tempatan supaya membatalkan saja kelulusan kepada projek berkenaan seperti yang telah dibuat beberapa kali sebelum ini.



Kita masih menunggu kenyataan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng yang baru-baru ini di Parlimen telah mempersoalkan kenapakah penduduk Taman Medan yang berdemo terhadap Gereja haram yang dengan berani pula meletakkan ‘Palang’ tanpa sebarang permit kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan ditangkap dan digari hanya kerana mereka membantah keberadaan ‘Palang’ tersebut?

Nampaknya penduduk di Kelawei seperti lebih berhak daripada penduduk di Taman Medan untuk menguruskan kehidupan seharian mereka?

Tentunya kita masih ingat dengan ugutan dan herdikan yang dilemparkan kepada pendemo-pendemo penduduk Taman Medan yang menyatakan bantahan kemunculan ‘Palang’ yang diletakkan sebuah gereja haram dikawasan kediaman mereka.

Penduduk di Taman Medan nampaknya seperti tidak berhak menyatakan sebarang bantahan terhadap gereja haram tersebut walaupun hakikatnya mengikut Kanun Tanah Negara seluruh bangunan tersebut boleh dirampas kerana ianya telah melanggar syarat kelulusan pembinaannya.

Dalam pada itu ADUN Pulau Tikus Yap Soo Huey berkata “ All proposals must be put on hold until traffic flow, flood mitigation, congestion and various concerns are addressed”.

Persoalannya, kenapakah layanan yang sama tidak diperolehi oleh penduduk Taman Medan tempoh hari?

Kenapakah ‘concerns’ mereka tidak dipertimbangkan sewajar-wajarnya sebelum Gereja tersebut mendapat ‘kelulusan’ oleh Elizabeth Wong dan kawan-kawannya dalam HESI?

Bukan itu sahaja kenapakah pula ada dikalangan kita yang tidak kurang pandai boleh mencadangkan bahawa mungkin pendemo Taman Medan bakal dikenakan Akta Hasutan?

Kenapakah mereka yang berdemo terhadap pelaku yang melanggar undang-undang sedia kerajaan tempatan dan kanun tanah negara boleh bergerak bebas dan mereka yang membantah perlakuan tersebut dibuli dan diugut akan ditangkap dan dihumban ke penjara?

Kenapakah pula apabila pihak berkuasa tempatan gagal untuk buat kerja, golongan marhaen yang menjadi mangsa pula yang dipersalahkan?

Menjelang 2020 undang-undang rimba apa yang sedang kita budayakan kini?





0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.