Monday, 18 May 2015

DAP dan ‘Mental Disorder’

Seperti yang telah dijangka, kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri di Institut Wasatiyah Malaysia baru-baru ini berkenaan dengan ektremis liberalisme yang semakin berani cuba menunjukkan wajah-wajah hodoh mereka dalam kerangka sosial rakyat Malaysia ‘dengan topeng humanisme, sekularisme, liberalisme dan hak asasi manusia’ untuk merosakkan Islam tidak disenangi beberapa tokoh dan pertubuhan liberal.

Seperti yang dijangka juga DAP, yang baru sahaja selesai mengajar sesetengah ‘ahli sorga terpilih’ tentang Hudud dan peri pentingnya untuk menentang perlaksanaannya kelak di ‘Serambi Mekah’ sendiri, kini mahu menemplak Perdana Menteri bahawa kenyataan yang dibuat pemimpin nombor satu Malaysia itu berbaur kebodohan.



Namun kali ini parti yang terkenal dengan label anti Islam dan anti Melayu itu tidak lagi menggunakan ‘mursyidul am’ mereka Lim Kit Siang untuk berbuat demikian seperti yang diperlakukan di Kota Bharu baru-baru ini, tetapi menggunakan satu lagi awek Melayu, Syerleena Abdul Rashid sebagai wajah kepada suara liberal yang dibawa parti itu.

Kata awek DAP itu lagi, apa yang dibuat oleh Perdana Menteri seolah-olah membuka pekung di dada beliau kerana Datuk Seri Najib Tun Razak juga merupakan produk kepada liberalisme ketika menghabiskan usia mudanya menimba ilmu di beberapa institusi pendidikan luar negara seperti di Kolej Malvern dan seterusnya di Universiti Nottingham.

Persoalannya, Syerleena Abdul Rashid, bukankah bermuhasabah diri itu dituntut oleh agama kepada setiap Muslim dan merupakan sesuatu perbuatan yang mulia? Apa tidak bolehkah seseorang yang sudah melihat kepada kebobrokkan gaya hidup liberal dan sekular di barat, memilih untuk menjauhi diri daripada nilai-nilai tersebut?

Wanita DAP itu juga tidak senang dengan contoh yang dibuat oleh Perdana Menteri berkenaan dengan punca seorang genius matematik kita yang dipenjarakan di sana selama lima tahun kerana disabitkan kesalahan memiliki sebanyak tiga puluh ribu video seks kanak-kanak bawah umur untuk tujuan edaran adalah berpunca kepada terdedahnya umat Islam kepada bentuk liberalisme barat yang sememangnya rendah moral.

Kata-kata itu tidak disenangi oleh DAP. Bagi DAP yang membawa obor-obor liberal sejak sekian lama yang jelas bertentangan dengan Islam, Agama Persekutuan, kes paedophilia tersebut sepatutnya diklasifikasikan sebagai kes masalah mental.


Persoalannya kini, kenapakah pelajar kita tersebut dipenjarakan selama lima tahun lama di sebuah ketamadunan barat sendiri, hanya kerana beliau ‘tidak siuman’?

4 comments:

  1. Ben, mmng btina DAPig ni dh gelong. Mlayu plak yg brimankn "mursidul am kapiak" tk fhm bila PM dh muhasabh dn kmbali kpd yg hak sptutnya btina kturunan dajjal ni kna muhasabh diri dia dn blik ke jln yg bnar bkn sbaliknya. Sifat2 dajjal yg ada dgn btina2 bgini kta kna tntng habis2 san.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita lawan pemikiran dia.. selagi dia belum mengehambuskan nafas yg terakhir, ada kemungkinan dia kembali ke pangkal jalan..

      Sejarah menunjukkan ramai yg sebegini dan akhirnya kembali kepada jalan Lurus..

      Kita doakan hidayat utk dia dan juga supaya kita kekal dalam hidayat.

      For time being, kita bertempur dengan ideologi tidak betul yg dibawanya.

      Delete
  2. Betina Sial Pembelot!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab Pembelot kami setuju.. tetapi bahagian awalnya, kita jaga-jaga dgn ucapan dan bahasa...

      Semoga Allah berikan hidayat kepada dia dan supaya kita semua kekal dalam hidayah Allah. Amin

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.