Friday, 1 May 2015

Ambiga, Tairu & Perlembagaan

Negara ini Negara Sekular. Itu yang cuba dipromosikan para Pandir Perlembagaan. Bila ditanyakan, di mana dalam Perlembagaan menunjukkan wujud perkataan sekular atau sifat-sifat sekular dalam Perlembagaan Persekutuan, tiada seorang pun dari Pandir-Pandir Perlembagaan ini dapat menunjukkannya.

PEMBELA dengan kerjasama pasukan kerja di Bangkit.info pernah mencabar IRF dan Dr Farouk Musa untuk membuktikan Perlembagaan mempunyai perkataan Sekular di dalamnya. Cabaran tersebut boleh dibaca di sini. Jawapan berpusing-pusing IRF boleh dibaca di sini. Jawapan balas PEMBELA boleh dibaca di sini.

Terbaharu, apabila sebuah GEREJA HARAM tanpa permit beroperasi di Taman Medan dan diprotes oleh penduduk setempat. Muncul seorang Pandir Perlembagaan atas kapasitinya sebagai sebagai Presiden MCCBsCHT (Majlis Kafir) mengatakan rumah-rumah ibadat bukan Islam tidak perlu tertakluk kepada apa-apa bentuk kelulusan untuk pembinaan dan operasinya.



Jelas Pandir Perlembagaan ini sama ada beliau tahu atau tidak, menyembunyikan fakta bahawa Perkara 11 (3c), Perkara 3 (1), Perkara 11 (4) , Perkara 11 (5) Perlembagaan Persekutuan meletakkan syarat tertentu untuk dipenuhi dan dipatuhi oleh pihak bukan Islam untuk menjalankan aktiviti keagamaan mereka.

Tidak cukup dengan Bai Pandir Perlembagaan, muncul pula Aci Andeh Perlembagaan. Terbaharu, di dewan milik sebuah parti politik hidup segan mati tidak mahu dan bertaraf biawak hidup yang ditanggung atas belakang Barisan Nasional, seorang tokoh yang pernah mengaku pergerakannya dibiayai oleh Amerika mengkhutbahkan sekali lagi bahawa Malaysia ini negara sekular.



Menanganggap rakyat Malaysia mudah diperbodohkan seperti tentera-tentera kacang merah, beliau menyatakan perkara berikut :

"Their oath states that they have to defend the Constitution, which is secular... that is their oath and responsibility to the people," Itu ucapannya di sebuah forum bertajuk "Hudud- A Nation At Crossroads" di Wisma MCA.

Sama ada Ambiga ada terminum Tairu tamat tempoh sebelum berucap di program tersebut, atau beliau memang benar-benar tidak faham tentang Perlembagaan Persekutuan, atau beliau menganggap audiensnya di Wisma MCA tersebut terdiri dari kalangan manusia yang mudah diperbodohkan dan tidak mempunyai kapasiti akal yang waras untuk menilai halusinasi Ambiga yang menyatakan Perlembagaan itu bersifat sekular, yang jelas, apa yang diucapkannya itu menampakkan sisi-sisi pembohongan yang cuba dipaksakan sebagai Fakta yang harus dihadam oleh gullible lot rakyat Malaysia.

Fakta, tiada wujud hatta walaupun satu perkataan Sekular di dalam Perlembagaan. Fakta, satu-satunya agama yang disebut di dalam Perlembagaan ialah Islam.

Fakta, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa Islam adalah Agama bagi Persekutuan. Fakta, Kepala atau Ketua Pemerintah negara iaitu Yang DiPertuan Agong diwajibkan bersumpah dengan sumpah perjawatan yang mewajibkan baginda untuk memelihara Islam pada setiap masa. Ia dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 37 (1) Perlembagaan.

Jelas, dengan kenyataan ala tercandu dengan pengambilan tairu tamat tempoh yang dibuat Ambiga ini, melayakkan beliau dan Janghir Singh untuk dimasukkan dalam hikayat-hikayat dongeng moden rakyat Malaysia bagi menggantikan watak Pak Pandir dan Mak Andeh dalam cerita dongeng masa silam.

Malang bagi mereka yang percaya kepada halusinasi mereka-mereka ini.

1 comments:

  1. Ben, mknusia mcm btina dn bngali capati ni, toksah kta apa pun fsl prkra 3(1), 11 (3) c, 11(4) dn 11(5) mmng dpa akn spin mcm gasing takdak paku. Dpa cukup fhm, tp krana hasad dngki mrk trhdp islam dn dgn rasuah yg mrk trima dr puak2 kafir yahudi serta macai dlm ngara yg mngaku islam mngiakan spin mrk dlm prkara2 trsbut d atas, jd mrk tdak hirau nk fitnhkanya ! These group of people are fools n they're trying their lvel best to fools the rakyt !

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.