Sunday, 31 May 2015

Abu Chia menulis...

'tiada suami, aku okay'

Abu baru sahaja habis pening baca tulisan seorang wanita yang mendabik dada dengan kehidupannya tak bersuami. Abu tak pasti la sama ada dia ni mengamalkan celibacy atau tidak. Abu juga tidak dapat nak pastikan sama ada selera dia ni bagaimana bentuknya. Tapi apa yang nak Abu kata ialah bagus dan tahniah lah kalau dia bahagia hidup tanpa suami. Abu cuma mampu doakan dia bersuami cepat. Itu pun kalau itu lah yang dia nak. Apa pun yang dia nak Abu doakan semoga Allah makbulkan jika ianya baik untuk dia dan jauhkan jika ianya tidak baik untuk dia. Sesungguhnya, Allah SWT maha mengetahui segala sesuatu dan sebaik-baiknya kita berserah kepada kehendak-Nya.

Tapi apa yang Abu kurang senang ialah cara dia menceritakan  kegembiraannya itu seolah-olah hidup tidak bersyariat, er maksud Abu ialah hidup tanpa bersuami merupakan satu pilihan yang lebih baik. Seolah-olah gadis yang memilih berkahwin, apatah lagi yang berkahwin awal, pada usia 17 tahun, contohnya, tidak berfikir panjang. Tidak diberi kebebasan untuk berfikir untuk diri sendiri dan bakal ditindas. Ada orang pada umur 17 tahun sibuk fikir pasal SPM, itu kita tidak nafikan dan kita hormat. Mencari ilmu adalah amalan yang mulia dan dituntut agama. 

Perempuan jadi objek seks, 'diratah' dengan pelbagai cara dan gaya, 'percuma', feminis-feminis Malaysia tak pula marah-marah? SIS komen sikit?
Tetapi kepada yang mahu berumah-tangga ada umur 17 tahun, jalan halal seperti yang disyariatkan Islam, kenapakah pula sesetengah daripada kita cepat pula mahu menghina, memomokkan seolah-seolah ianya sesuatu yang songsang? Undang-undang Malaysia juga tidak melarangnya, jadi kenapakah pula sesetengah Muslim, seperti wanita ini yang bangga dengan label feminis ini, ditengah-tengah kebebalan dan kurang ajar sesetengah golongan bukan Islam yang melabelnya sebagai ‘child marriage’, cuba memberikan konotasi negatif kepada institusi perkahwinan tersebut, cepat pula bersetuju mahu menghina perbuatan tersebut, dengan ejekan-ejekan menghina?

Seolah-olah mereka-mereka yang berumah-tangga itu sudah melakukan satu kesilapan besar. Seolah-olah syariat agama itu salah. Seolah-olah sunnah yang diajarkan oleh junjungan besar kita juga salah. Itu Abu rasa tidak patutlah. Itu Abu rasa sudah melampau. Abu nak dia guna ruang dan kelapangan yang Allah SWT berikan kepada dirinya itu digunakan sebaik mungkin. Bukan apa Abu pernah terserempak dengan gadis ini dekat Bangsar masa makan tengah hari beberapa bulan dulu. Abu tengok orangnya lawa namun sayang seribu kali sayang, kata-katanya tidak selawa orangnya. 

Abu juga tak faham kenapa pula Muslim nak kena ‘govern’ hidup mereka dengan konvensyen yang ditetapkan oleh World Bank? Abu memang tak pernah faham dengan pemikiran feminis sempit macam yang seorang ni! 

Tapi Abu boleh faham kenapa yang mereka marah sangat apabila ‘pop culture’ cuba mengetengahkan konvensyen yang tidak selari dengan pegangan hidup mereka. Hey, siapa kata Abu cakap pasal ‘Suami Aku Ustaz’?

Talking Kok!

Satu lagi yang buat Abu pening kepala sebab banyak sangat geleng kepala bila baca kenyataan yang dibuat oleh andar DAP tu yang tak habis-habis meroyan pasal Perjanjian 10 Perkara. Kata ahli politik itu lagi bahawa kerajaan sudah melanggar ‘perjanjian’ yang dibuat tidak berapa lama dulu apabila bible berbahasa Melayu (Bahasa Indonesia?), Al-Kitab boleh diimpot atau diekspot ke Semenanjung Malaysia tanpa sebarang sekatan atau peraturan. 

Sudah Terang Lagi Bersuluh
Apakah andar DAP tu sudah lupa bahawa Perdana Menteri pernah direkodkan sebagai berkata bahawa Perjanjian 10 Perkara masih tertakluk kepada peruntukan enakmen negeri-negeri yang sesetengahnya melarang pengunaan beberapa perkataan atau kalimah Islam, seperti kalimah ‘Allah’ oleh bukan Islam. Hal ini telah dilaporkan secara meluas oleh media-media massa. 

Al-Kitab yang telah dirampas JAIS juga menjadi bukti bahawa pengedaran atau pengimpotan bible yang mengandungi kalimah ‘Allah’ tersebut sememangnya tertakluk kepada enakmen negeri Selangor yang jelas melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh orang bukan Islam. Sebab itu la, Kementerian Dalam Negeri nak adakan satu SOP supaya salah faham yang berlaku sebelum ini tidak berulang.

Cuma yang Abu pelik, YB Kok ni tak baca suratkhabar ke asyik merepek meraban tak habis-habis? Ke memang jenis yang kaki penipu? Buat malu Abu je la!

‘Inferiority Complex’ 

Cakap pasal rendah jati diri atau sindrom rasa rendah diri yang melampau ni, Abu teringat pasal kedatangan dua orang ‘tamu’ ke negeri bertuah ini. Seorang aktivis Kristian Hong Kong yang baru saja dihantar pulang ke tempat asalnya oleh kakitangan imigresen kita sebab telah disenarai-hitam pada awalnya. Seorang lagi penasihat Majlis Eropah tentang Islam yang baru sahaja pulang ke tempat asalnya setelah menghina Muslim di negara ini kononnya kita akan terkebelakang dengan perlaksanaan Hudud kelak yang belum lagi disenarai-hitamkan.

Yang Abu ‘hairan bin ajaib’ tak dapat nak fikir ialah siapa yang pandai sangat pergi jemput dua susuk ini masuk negara kita? Apa yang banga.. er bijak sangat buat macam tu? Sekolah kat mana puak-puak ni?
Kalau setakat nak masuk ke dalam negara ni untuk ajar supaya segelintir rakyat Malaysia yang bersikap anarki supaya lebih terlatih untuk memporak-perandakan Malaysia, Abu ingat tak perlu kut. Budak-budak baju hitam geng Bard pun boleh buat lagi dasyat daripada tu. Nak merosakkan harta-benda awam rasanya, rakyat kita ramai yang pandai-pandai, kita tak payah berhabis duit nak jemput Joshua Wong. Unit Amal PAS mungkin boleh cerita pengalaman ngeri nak kawal pendemo-pendemo Bersih sikit lama dulu.

Tentu saja kita masih ingat dengan insiden kereta peronda PDRM terbabas di Sogo kerana dibaling objek keras oleh pendemo-pendemo Bersih hanya kerana mereka mahukan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia ‘dibersihkan’. 

Anal is a way of life for some
Demo yang sememangnya sangat tidak bersih itu telah menunjukkan wajah hodoh anak-anak muda Malaysia yang sering dihidangkan ide-ide filsuf Barat yang menolak Tuhan. Insiden Sogo tersebut puncak kepada ‘pembenihan’ elemen-elemen anarkis yang banyak dihidupkan oleh aktiviti seni dan bedah buku yang gagal dipantau pihak berkuasa. Sikap idealis anak-anak muda Muslim sedang digembleng elemen-elemen sekular dan liberal ala ‘Blue Ocean’.

Yang lagi Abu hairan ialah apabila ada juga orang-orang Muslim dewasa yang suka untuk terkesima dengan ‘cendiakawan’ Islam yang diimpot dari Barat seperti Jasser Auda.

Menurut Jasser Auda yang baru sampai sehari, Hudud tidak sesuai untuk Malaysia. Abu pelik bin ajaib tahap atuk gaban sebab Auda bukan orang Malaysia. Macam mana dia tahu yang Hudud bukan untuk Malaysia. Dia pun bukan orang Kelantan. Ada sisi apa dia berbuat kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab itu? Lagi kurang ajar lelaki ini juga menghina kita dengan mengatakan apa yang kita sedang amalkan sekarang ini, Undang-Undang Syariah dan Sivil dalam satu negara, tidak mengambarkan identiti sebuah negara maju. Jasser Auda buta? Mungkin kita tidak semaju Kesatuan Eropah, tetapi kita juga tidak pernah mundur, sedangkan kedua-dua sistem tersebut sudah lama kita amalkan. Skrip apa yang Auda pakai ni? 

Hairan betul Abu?!
Takkan kita nak layan kenyataan dangkal seperti ini. Macam mana kita nak layan kenyataan bias dan very uninformed seperti itu? Bukankah rakyat Muslim Malaysia yang lebih berhak untuk menyatakan pendirian masing-masing terhadap isu Hudud kerana ianya akan mempengaruhi hidup mereka. Terutamanya Muslim di Kelantan yang seperti yang dapat kita lihat melalui wakil-wakil mereka telah sebulat suara bersatu hati mahu Hudud dilaksanakan di Kelantan.

Kenapa pula Auda yang jauh beribu batu nak beritahu kita apa yang boleh dan tidak baik kepada kita? Besar kepala sungguh. Auda dah kena sindrom ‘Beban Si Kulit Putih’ agaknya?

Abu nak tanya la macam tu, Greek mundur disebabkan Hudud ke Auda? Tapi ingat tak payah lah buang masa, jelas sangat si Auda ni tak faham satu benda pun pasal Muslim di Malaysia. Abu tahu, bila Abu baca kenyataan Auda yang mahu Muslim supaya tidak berprasangka dengan Gereja kerana katanya ‘Churches wont convert Muslims’, Abu istighfar panjang-panjang. Siapa kata, Auda tak pernah dengar pasal kisah Lina Joy ke? Azlina Jailani? 

Cendiakawan parachute macam Auda dan ramai yang sewaktu dengannya, masuk rumah orang selalu lupa bagi Salam.

5 comments:

  1. nenek terrsa Kok31 May 2015 at 06:23

    Bodohlah ibu pd terasa kok ni. Patut dia dgr nasihat anak dia supaya dia x kawin dulu dgn bapak tarasa. Baru la tak lahirkan spesis mangkuk hayun mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak perlu menghina ibu dia. Ibu dia tak bersalah.

      Delete
  2. Dia apa risau x kahwin....dia blh aje nak main bila2 masa....mana ada halal haram....kau suka aku...aku suka kau...jom buat seks. ..x pun gi club dod 1 night stand...habis citer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebagai seorang Kristian.. dia menghina Jesus dengan membuat kenyataan seumpama itu.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.