Wednesday, 22 April 2015

The Star Dan Kewartawanan Buta Perlembagaan

Selama ini kita hairan kenapa The Star cenderung membawa agenda sekular dan tidak seiring dengan prinsip-prinsip utama Rukun Negara.

Syukur, hari ini kita semua ditunjukkan jawapannya melalui keceluparan salah seorang wartawannya. Dengan sukarela, Nicholas Cheng telah mendedahkan sisi kebodohan tingkat kewartawanan yang dimilikinya.

Seekor kerbau pendek bawa lumpur, habis semua kerbau pendek yang lain terpalit. Itulah  yang berlaku apabila Nicholas Cheng, mengeluarkan kenyataan rendah akal serendah kerbau di dalam peribahasa tadi.

Nicholas Cheng bertanya, “Who gives you the right to claim this land as Muslim land?”



Inilah jawapan paling sopan setelah ditapis semua bentuk carutan yang tidak Bangkit Compliance. “Perlembagaan lah yang bagi, bodoh!

Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 3 (1) menyatakan dengan jelas Islam ialah Agama bagi Persekutuan. 




Jelas tahap kesedaran mengenai Perlembagaan Persekutuan di kalangan wartawan The Star berada di tahap yang amat menyedihkan. Kita tidak pasti berapa banyak upah yang diberikan akhbar The Star kepada wartawan dengan tingkat pengetahuan seperti Nicholas Cheng. Jelas, The Star sudah mula sinonim dengan kewartawanan sampah.

Lebih menarik lagi, kenyataan Nicholas Cheng menunjukkan dengan jelas sheer stupidity sang wartawan tersebut. Dengan tindakan ini, ia banyak membantu ramai pihak di luar sini untuk membina persepsi tentang tingkat keupayaan pengetahuan wartawan-wartawan The Star.




4 comments:

  1. Ni jenis wartawan yang selalu clubbing dan kaki estacy ni!!!tapi yang jenis mcm ni yang tidak ambil tindakan walaupun kita ada 42 billion akta yang boleh disabitkan kesalahan....maklumlah menteri berkaitan terhutang budi dengan undi kaum mereka yang membolehkan mereka duduk kerusi empuk,24 jam UTK jaga....maklumlah Melayukan semua bodoh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masanya sudah tiba utk mengangkat pemimpin2 Melayu Islam yang mengabdikan hidupnya untuk kedaulatan Islam.

      Semua pembuas dan pemimpin bertuhankan nafsu akan ditolak sama sekali selepas ini.

      Delete
  2. Agenda The Star sama saja dengan agenda Najib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut keduanya tidak membaca keduanya.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.