Monday, 20 April 2015

Salib Taman Medan, Farouk Musa & Negara Sekular

Timbul satu isu melibatkan penduduk Taman Medan di Selangor. Ia berkaitan pemasangan sebuah simbol agama berbentuk Salib di kawasan rumah kedai yang dijadikan tempat beroperasinya sebuah gereja. 

Tidak boleh diletakkan beban kesalahan di atas penduduk-penduduk tersebut yang jelas tidak senang dihadapkan dengan simbol agama tertentu di kawasan di mana mereka, orang-orang Melayu Islam, merupakan golongan Majoriti. Hanya satu pihak yang perlu diletakkan beban kesalahan dalam isu ini. 

Mereka yang perlu dibebankan dengan beban kesalahan tersebut ialah golongan gereja dan peguam-peguam Bar Council yang selama ini sibuk mendakwa negara ini merupakan sebuah negara Sekular. Juga beban kesalahan ini perlu diletakkan ke atas penyembah-penyembah Tokong demokrasi Amerika ini sentiasa mahu Malaysia mengikut rejim demokrasi ala Amerika. Malah ramai di antara mereka seperti Eric Paulsen dan Lawyers For Liberty-nya, Farouk Musa dengan IRF-nya, Malaysiakini dan beberapa pihak yang diupah oleh rejim National Endowment For Democracy dari Amerika untuk mempromosikan demokrasi ala Amerika di muka bumi Malaysia yang unik ini.

Farouk Musa terutamanya yang selama ini galak menyatakan bahawa negara ini merupakan sebuah negara sekular. PEMBELA dengan kerjasama kami di Bangkit.info telah pun mencabar Farouk Musa untuk membuktikan dakwaan bahawa negara ini sebuah negara sekular menurut Perlembagaan. Ia sebuah cabaran yang disambut dengan kenyataan berdolak dalik hampir setahun yang lalu. Baca "PEMBELA Cabar Dr. Farouk MUSA", "IRF Menjawab" dan "IRF Masih Belum Mampu Buktikan Kalimah Sekular Dalam Perlembagaan"



Baca Penghakiman Kes Utah Highway Patrol v American Atheist, Inc pada bahagian rujukan di bawah.
Bahana mempercayai sekularnya negara ini akan menjadikan Malaysia, sebuah lagi negara yang tidak tolerans kepada simbol-simbol agama sepertimana yang berlaku di Eropah dan Amerika. Sebagai contoh, sebuah organisasi di Amerika, Utah Highway Patrol, pernah disaman oleh kumpulan American Atheist kerana tindakan mereka menegakkan sebuah Salib gergasi berhampiran sebuah lebuhraya di Utah, Amerika. Kes tersebut dibawa sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi di Amerika. Mahkamah kemudiannya memutuskan bahawa Salib gergasi tersebut perlu ditanggalkan kerana ia merupakan satu tindakan "tidak berperlembagaan" (unconstitutional) dan mencabar sifat SEKULAR negara Amerika itu sendiri.




Inilah bahaya jika wujud lebih ramai golongan seperti Farouk Musa, Eric Paulsen, peguam-peguam gereja dan peguam-peguam Bar Council yang sibuk mendakwa negara ini merupakan negara SEKULAR. Kebebasan beragama akan menjadi lebih teruk disekat jika dakwaan mereka diimani lebih ramai penduduk Malaysia jika dibenarkan berlaku nanti.

Sebuah Negara Islam tidak menghalang sebarang bentuk kebebasan mengamalkan agama selagi agama itu bersikap aman, damai dan harmoni terhadap Islam. Itulah beza antara sebuah Persekutuan Beragama Islam dan Sebuah Persekutuan bersifat sekular seperti Amerika.










Rujukan :

Penghakiman Kes Utah Highway Patrol v American Atheists, Inc :
http://www.supremecourt.gov/opinions/11pdf/10-1276.pdf



3 comments:

  1. Bahaya. Memang bahaya pemikiran sekular Farouk ni.

    Tulah.. sokong lagi Malaysia negara sekular ala Amerika. Kan dah kena protes utk tanggal. Amerika boleh protes, takkan kita yg nak ikut sgt Amerika x boleh?

    ReplyDelete
  2. Ben. Ni la yg dok cakap selalu. Bawak masuk agenda bodoh, last2 agenda bodoh makan diri.

    Bak kata Karpal Singh. Farouk Musa mesti bertaubat!

    ReplyDelete
  3. Ben, ini adalah strategi DAJAL PENGGANAS Kristian anti-Islam/Melayu; yg. sengaja nak MENGHINA NEGARA ISLAM kita ini serta umatnya!

    Kat Barat- si HIPOKRIT yg. asyik melaungkan-mcm-ANJING KURAP, "hak asasi-demokrasi" Barat/Zionis-KEPARAT depa - MASJID-MASJID pun makin sukar dibenarkan dibina; bahkan makin diBAKAR serta umat Islam makin diBUNUH (termasuk disyaki melalui kebakaran/jenayah yg. mensasarkan seluruh keluarga terutamanya di UK), termasuk oleh PERISIK mereka, cthnya di Jerman, UK dan US (lihat di - http://www.islamophobiawatch.co.uk/turkish-parliament-report-88-of-attacks-on-german-mosques-unsolved/#more-38818 ,Turkish Parliament report: 88% of attacks on German mosques unsolved, Posted on November 20, 2014 by Bob Pitt Today’s Zaman, 20 November 2014; dan di – http://www.wsws.org/en/articles/2013/11/14/nsu-n14.html , New evidence points to German secret service collaboration with far-right NSU, By Christoph Dreier , 14 November 2013)!

    Tapi kat Malaysia, NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang kita ni, puak PENGGANAS Kristian anti-Islam/Melayu makin KURANG AJAQ, sesuka hati bina gereja dan letakkan lambang salib kat merata tpt. terutamanya sekrg. kat rumah-rumah kedai?! MAIN mana?!!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.