Friday, 24 April 2015

Penduduk Melayu Islam Taman Medan, Marhaen Yang Dilupakan!

Megat Rizal M.H.

Setelah bergelut dengan adegan tuding-menuding terhadap episod bantahan salib di Taman Medan, Petaling Jaya, semalam Perdana Menteri berkata mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh beliau telah memutuskan bahawa 50 orang ‘flash mob’ yang berdemo secara aman di depan sebuah gereja haram yang telah meletakkan salib merah walaupun tidak mempunyai permit untuk berbuat demikian di premis rumah kedai tersebut akan disiasat dan boleh dikenakan tindakan dibawah Akta Hasutan 1948.

Polis juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa kesemua para pendemo akan disiasat. Namun siasatan dibawah undang-undang apa, sama ada kesalahan jenayah atau menghasut tidaklah diperincikan.

Semalam juga abang kepada Ketua Polis Negara telah dipanggil oleh pihak polis untuk membantu siasatan berkenaan dengan demo yang telah diadakan di Taman Medan, Petaling Jaya itu. Diberitakan bahawa beliau yang bertindak sebagai orang tengah diantara para pendemo dan pihak gereja telah disiasat selama lebih 4 jam lama.

Diharapkan perkembangan ini dapat memuaskan hati sesetengah pihak yang sengaja mahu mengalihkan cerita sebenar disebalik episod sebuah gereja haram di premis rumah kedai kepada sebuah episod ‘salah guna kuasa’ dan ‘double standard’ layanan Ketua Polis Negara kepada saudaranya itu.

Namun semestinya ianya tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Lim Guan Eng daripada parti DAP seperti masih tidak berpuashati. Kata beliau seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal ‘By refusing to arrest, handcuff and put Abdullah under police remand, the police have shown special treatment and double standards.’

“Adakah ini disebabkan oleh Abdullah merupakan abang kepada Ketua Polis Negara?” tanya Lim Guan Eng lagi. Ahli Parlimen Bagan itu juga menyifatkan tindakan 50 orang pendemo Taman Medan tersebut sebagai ‘barbaric and extremist protests’.

Rakan separti, Tony Pua pula bertanya sama ada Akta Hasutan 1948 yang baru dipinda akan hanya digunakan ke atas bukan Muslim? Tanya beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, “Or will the above case only go to show how the act was constructed strictly targeted only against non-Muslims while Muslims who infringed on the rights of others will get away scot-free?”
Tony Pua juga berpendapat bahawa pihak gereja tersebut tidak melakukan apa-apa kesalahan apabila mempamerkan salib yang diminta para pendemo diturunkan tempoh hari kerana hak untuk berbuat demikian termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Itulah juga alasan yang telah digunakan oleh Elizabeth Wong daripada parti PKR yang mengetuai HESI (hal ehwal bukan Islam) bahawa semenjak tahun 2008 lagi, gereja telah dibenarkan untuk beroperasi di premis-premis komersil tanpa keperluan permit dan pihak gereja hanya perlu memaklumkan akan hal demikian kepada pihak jawatankuasa negeri terbabit.

“This is based on the principle that Article 11 of the Federal Constitution embodies freedom of worship” katanya lagi.

Presiden MCCBCSHT, sebuah majlis bukan Islam, Jaghir Singh dipetik oleh The Malaysian Insider sebagai berkata, ‘Article 11(3) states that each religion has a right to acquire property and to regulate their own affairs without any approval’. Sama ada portal berita atas talian yang diragukan kredibiliti editorial mereka itu memetik Jaghir Singh dengan betul adalah tidak dapat dipastikan.

Ini kerana, seperti yang didedahkan oleh bangkit.info sendiri, ayat ‘without any approval’ sememangnya tidak wujud sama sekali dalam Perkara 11(3) Perlembagaan Persekutuan!

‘Malah Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 3(1), 11(3c), 11(4) dan Perkara 11(5) jelas meletakkan syarat-syarat yang mengikat Perkara 11(3) tersebut’

Kenyataan Jaghir Singh juga telah ditegur Aidil Khalid seorang pengamal undang-undang dan aktivis iPeguam ISMA. Seperti yang dipetik daripada portal ismaweb.net, beliau menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Presiden majlis bukan Islam itu sebagai satu trend yang tidak sihat.

“Sekiranya dia membaca Perkara 11(3) secara keseluruhan, tentu dia akan faham bahawa kebebasan untuk memperoleh harta dan mengawal selia hal ehwal agama mereka sendiri adalah tertakluk kepada peruntukan perundangan yang berkuat kuasa.

“Perkara 11(3), dibaca secara penuh, menyebutkan seperti berikut: Every religious group has the right (a) to manage its own religious affairs; (b) to establish and maintain institutions for religious or charitable purposes; and (c) to acquire and own property and hold and administer it in accordance with law.

“Ini bermaksud, dalam memperoleh dan mengawal selia hartanya, kumpulan-kumpulan agama hendaklah mematuhi dan memenuhi keperluan dan tuntutan undang-undang sedia ada.

“Dalam hal ini, peruntukan Seksyen 70(12) Akta 133 jelas memperuntukkan bahawa sesuatu bangunan itu hanya boleh digunakan untuk tujuan yang telah ditetapkan ketika dibina, melainkan sekiranya kebenaran bertulis diperoleh daripada pihak berkuasa tempatan,”

Aktivis CLJ (Concerned Lawyers for Justice) itu juga mengatakan bahawa kumpulan seperti ini cuba untuk melanggar undang-undang.

“Kemudian dengan penuh tidak bertanggungjawab, mereka cuba pula memberikan justifikasi yang tidak munasabah dengan memetik secara salah dan tidak tepat peruntukan Perlembagaan Persekutuan” tambahnya lagi.

Dua hari lepas juga Pegawai Perhubungan Awam MBPJ, Zainun Zakaria dilaporkan berkata bahawa gereja tersebut yang telah beroperasi secara haram di premis rumah kedai di Taman Medan, Petaling Jaya dan salib yang dipasang juga tidak mempunyai sebarang permit kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan.

“Semua tempat-tempat ibadat yang ingin memaparkan logo atau simbol pada bangunan mesti mempunyai permit majlis yang merupakan pihak berkuasa tempatan.

“Tidak kisah sama ada ianya (simbol) teratai, trident atau salib, permit majlis diperlukan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh The Star Online tempoh hari.

Beliau juga menegaskan bahawa premis rumah kedai yang mahu ditukar status kepada tempat ibadat atau pusat meditasi hendaklah mematuhi Seksyen 70(12) Akta 133 dan permohonan bertulis dengan aktiviti dinyatakan hendaklah dikemukakan untuk kelulusan.

Persoalannya kini, kenapakah pihak gereja Kristian seperti kebal undang-undang dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan?



Kenapakah juga yang melanggar undang-undang sedia ada seperti pihak gereja tersebut kerana terbukti  telah beroperasi secara haram dan meletakkan pula sebuah salib merah besar tanpa permit kebenaran seperti yang telah dilaporkan media-media tempatan dilihat sebagai mangsa yang dibuli oleh penduduk Taman Medan dan bukan sebaliknya?

Bukankah juga jika pihak berwajib dan pihak berkuasa tempatan melakukan tanggungjawab penguatkuasaan mereka dengan berkesan seperti yang dituntut undang-undang, episod bantahan salib tersebut tidak akan berlaku?

Sekarang ini sedarkah pihak berkuasa tempatan berkaitan dan kerajaan Malaysia amnya tentang kewujudan gereja-gereja haram yang sedang beroperasi di premis-premis rumah kedai di seluruh negara?

Berapa banyakkah pula yang mempamerkan lambang salib tanpa permit kebenaran pihak berkuasa tempatan seperti yang dituntut undang-undang sedia ada?

Jadi kenapakah pula apabila terdapat salah faham kepada perundangan sedia ada dan terdapat juga pelanggaran undang-undang terhadap pihak berkuasa tempatan berkaitan, namun rakyat bawahan yang menjadi mangsa kepada permasalahan tersebut, kepada sikap lepa, sambil lewa dan ‘tutup sebelah mata’ tersebut, yang bangun menyatakan bantahan kepada ‘salah laku’ yang berlaku, pula mahu dipersalahkan?

Undang-undang rimba mana yang mahu kita percambahkan kepada masyarakat kita kini?

Adakah ini jalan wasatiyah yang sedang kita usahakan dan banggakan? Adakah ini juga jalannya untuk kita meningkatkan indeks maqasid syariah yang sedang kita usahakan?

Baru-baru ini penulis berkesempatan membaca satu penulisan yang menunjukkan jurang perbezaan di antara dua banduan yang dibenarkan melawat ibubapa mereka yang telah meninggal sementara mereka masih menjalani hukuman penjara terhadap jenayah yang disabitkan.

Seorang ialah banduan VIP yang semua rakyat Malaysia kenal. Dan seorang lagi ialah seorang banduan marhaen yang tidak terkenal. Banduan VIP tersebut melawat ayahnya yang meninggal dunia, dia datang dengan baju Melayu putih tanpa tangan bergari. Namun layanan yang serupa tidak diberikan kepada banduan marhaen tersebut.

Beliau melawat jenazah ibunya dengan tangan masih bergari. Penulis kurang jelas justifikasi yang telah dibuat pihak berwajib tentang pendekatan yang diambil terhadap dua banduan ini. Tapi layanan ‘double standard’ jelas sudah mengambil tempat. Dua-dua pesalah. Dua-dua banduan yang sedang menjalani hukuman penjara. Bezanya cuma seorang VIP dan seorang lagi bukan!

Mungkin inilah nasib yang sedang dialami oleh penduduk-penduduk Flat Desa Mentari dan Flat Taman Medan Cahaya. Demi untuk memelihara akidah anak-anak mereka, mereka kini dihina sebagai ‘barbaric’, ‘extremists’, ‘thuggish’, ‘animals’, ‘monkeys’ dan ‘vampire’ oleh kawan dan lawan. Dan sekarang ini disebabkan tindakan kumpulan marhaen itu yang tidak ‘berbincang secara aman dengan pihak gereja’, mereka mungkin didakwa Akta Hasutan 1948!

Mungkinkah penduduk-penduduk di Taman Tun Dr Ismail, Bukit Bandaraya, Bukit Tunku, Damansara Heights dan Bangsar akan membantah dengan lebih bertamadun jika berhadapan dengan masalah yang sama?

Mungkinkah juga dikawasan-kawasan ini, pihak gereja tidak akan berani berbuat sewenang-wenangnya?

3 comments:

  1. Undang2 di Malaysia semua mengikut untung rugi parti politik....cuba tengok kes nikki lock stereng dan namewee...double standard terserlah kerana bertuhankan kertas undi satu kaum walhal mereka bagi segunung emas pun tidak menyokong!!!

    ReplyDelete
  2. ben,
    kedegilan puak gereja evangelis memang kita dah jangka. tapi yang menyedihkan ada sorang selibriti nucc yang dibela najib di Australia menyokong gereja dan disokong pula oleh peminat2nya terutama dalam laman social hiburan. aku nampak melayu terutama yang gila dengan dunia hiburan ni tak sedar agaknya gereja hanya ikut jejak langkah penganut hindu yang sesuka hati buat kuil di mana jua atas alasan tuhan diorang turun kat situ. sampaikan jumlah kuil lagi banyak dari masjid dalam satu Negara yang katanya majority umat islam. bila disokong maka akan melarat la isu rumah ibadat bukan islam yang tumbuh tanpa kawalan. sedih tengok melayu apologetic sekarang yang takut dituduh rasis dan ekstremis daripada takut pada tuhan yang sebenar iaitu Allah swt,

    jentayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Jentayu.
      Gol psikotik apologetik serbu mulia macam tu mmg makin ramai.

      Perasan brilliant dan mulia dengan tindakan bodoh bodoh alang nak tunjuk baik tidak kena tempat.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.