Thursday, 9 April 2015

Lim Guan Eng, Kangaroo dan POTA

Azmi Sharom sudah tidak mampu bertahan dengan sari panggung moderate lagi. Dengan rambut ala sifu kung fu, mujur tiada yang terkena pukulan jurus kungfu vernakular disebabkan beliau hilang keseimbangan moderate.

"I am so irritated that I am being extremely immoderate," Kasihan Azmi. Apa kata tenangkan hati dengan berjalan-jalan makan angin tengok kangaroo di negara orang.


Kita tidak boleh salahkan Azmi Shahrom yang sudah tidak mampu menahan memek muka moderatenya. Siapa tidak marah jika dewa demokrasi hak asasi dan kebebasan bersuara tidak berada ditempat yang sepatutnya dia berada untuk memastikan doa-doa serta munajat pihak-pihak seperti Azmi Shahrom yang dipanjatkan harapan kepadanya gagal ditunaikan.

Bukan hanya Azmi Shahrom seorang yang marah. Ramai lagi yang marah bila undian di Parlimen menyaksikan POTA diluluskan.

Persoalannya ke mana Lim Guan Eng semasa undinya sangat-sangat diperlukan pemujanya?

Oh. Rupanya dia berada di Negara Kangaroo. Apa yang sedang dia buat di sana?

Mana pula bapanya pada ketika itu?

Lim Kit Siang juga tidak berada di Parlimen menjalankan tanggungjawab sepertimana yang diharapkan pemuja dan pencolok mereka.

Tiba-tiba, teringat kami dengan pepatah Melayu, Bapa borek, anak rintik.

Kasihan Azmi Shahrom.



0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.