Wednesday, 1 April 2015

Jazlan Bikin Spektra!

Reza de Rozario

Sesetengah daripada kita tentu masih ingat suatu ketika dulu Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) ada menayangkan slot drama Spektra yang menjadi fenomena satu ketika dahulu bukan kerana jalan ceritanya kemas, intelektual dan memberi impak kepada jutaan rakyat Malaysia, tetapi lebih kepada drama rantaian yang mempunyai penceritaan yang longgar tahap merepek, skrip sampah dan lakonan yang ‘super kelakar’ yang boleh memperbodohkan minda. Bagaimana sampah-sampah yang dipungut dari laluan trak sampah diangkat menjadi drama-drama seperti itu berjaya melepasi tahap kualiti RTM pada waktu itu, tidaklah dapat diketahui.

Namun menurut sumber, drama tersebut dikatakan hasil daripada kontrak jutaan ringgit seorang isteri kepada seorang menteri yang berpengaruh pada ketika itu!

Tidak, kami tidak menonton semula drama rantaian tersebut kini. Kami warga bangkit.info sebenarnya baru saja habis menonton stau dua filem Melayu yang berkualiti dan drama bersiri Fargo dan juga baru memulakan menonton drama rantaian politik House of Cards musim terbaru. Tetapi apa yang membuatkan kami teringatkan kepada drama rantaian Spektra ialah kerana beberapa kenyataan ‘tahap spektra’ yang dibuat oleh Nur Jazlan apabila kelima-lima rakyat Malaysia yang ditahan semalam dan dituduh di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung dengan fitnah yang telah dibuat ke atas Majlis Raja-Raja beberapa hari lepas berkenaan dengan pelaksanaan hudud.



Penangkapan penerbit The Edge, Ho Kay Tat dan Ketua Esekutif TMI, Jahabar Sadiq, Pengarang Urusan TMI, Lionel Morais, Pengarang Berita Bahasa TMI, Amin Iskandar dan Pengarang Analisa dan Rencana TMI, Zulkifli Sulong adalah berhubung dengan laporan yang diterbitkan TMI pada 25 Mac, memetik sumber, mengatakan mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Berikutan dengan itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah membuat laporan polis merujuk kepada berita yang disiarkan itu selain daripada sebuah kenyataan murka yang telah dikeluarkan oleh pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada hari yang sama fitnah tersebut dikeluarkan yang telah disiarkan oleh pihak kami sebelum ini.

Adalah dengan ini dimaklumkan rasa dukacita dan kemurkaan yang amat sangat pihak Majlis Raja-raja Melayu berhubung penyiaran satu artikel di sebuah portal yang mencemar ketinggian darjat dan martabat ke Bawah Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-raja Melayu.’

Tidak cukup dengan itu tindakan portal tersebut yang tidak pernah serik dengan beberapa siri mohon maaf yang telah dibuat mereka sebelum ini kerana telah salah lapor dan sebagainya mendapat pelbagai bantahan daripada pengguna media sosial sehinggalah membawa kepada kritikan beberapa menteri kabinet. 

Pemuda UMNO Kedah yang berang dengan kejadian tersebut juga telah membuat satu laporan polis ke atas portal tersebut yang menurut satu sumber juga mempunyai pemilik yang sama dengan radio BFM yang baru-baru ini telah memperlekeh Islam dengan video mempersenda pelaksanaan hudud di Kelantan.



Jadi kenapakah pula Nur Jazlan seperti mahu menidakkan hak Raja-Raja Melayu yang dilindungi kemas dengan Akta Hasutan 1948 dengan kenyataan-kenyataan di bawah seperti yang kami petik daripada portal TMI (harap kali ini semuanya benar-benar belaka).

‘To me, it was a mistake. It seems excessive to make the arrests under the Sedition Act. Even if it (the article) was wrong, they didn’t have to go to the extent of making arrests under the Sedition Act.’

‘The authorities could have used another law,’ katanya lagi kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Siapakah Nur Jazlan seperti mahu menidakkan Perlembagaan Persekutuan, yang disering dilaungkan oleh pihak-pihak liberal aka moderates aka progresif Malaysia, undang-undang tertinggi negara, yang mengiktiraf Islam sebagai Agama Persekutuan? Kenapa pula kali ini seperti tidak mahu mendukung pengiktirafan yang telah diperuntukkan undang-undang tertinggi tersebut?

Untuk pengetahuan Nur Jazlan laporan yang telah dibuat portal tersebut bukan saja telah menghina, menfitnah malah telah memperlekehkan Majlis Raja-Raja Melayu, tetapi ia juga berbaur hasutan kerana telah menghina Agama Persekutuan negara kita!

Baru kelmarin saja seorang lelaki dipenjarakan selama 25 tahun kerana menghina monarki Thailand. Nampaknya jiran kita di utara itu tahu menghormati sistem monarki yang ada di negara mereka.

 ‘The court decided that because he posted five pictures with captions last year that the court deemed defamatory, he would be sentenced to a total of 50 years; ten years for each picture posted, reduced by half to 25 years,’ kata peguam Sasinan Thamnithinan kepada Reuters. Tambah peguam tersebut lagi hukuman tersebut dikurangkan kepada setengah kerana lelaki tersebut telah mengaku salah.

Begitu juga dengan yang berlaku dalam sistem pseudo-demokrasi sebuah dinasti di selatan negara. Mengkritik bekas kepimpinan negara itu. seorang anak muda dikenakan hukuman denda yang agak berat.

Lain pula dengan  Nur Jazlan, adakah beliau mahu membuka ‘floodgates’ kepada kes menipu dan menfitnah Majlis Raja-Raja Melayu di masa depan, jika undang-undang sedia ada tidak dikuasakan?
Jadi bahagian mana yang Nur Jazlan tak faham? Jangan buat ‘lawak spektra’ boleh? Tahulah kecik-kecik dulu banyak ‘tengok’ Spektra!

‘Makan Spektra’! ‘Minum Spektra’! ‘Tidur Spektra’!


7 comments:

  1. SALAM BRO,NI LAGI SATU AHLI PARLIMEN BONGOK.YANG TAK HABIS-HABIS.BUATLAH KERJA ENGKAU,JANGAN NAK MENYIBUK NAK JADI HERO PULAK.BENGONG !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah knp tiba2 era politik kini dipenuhi mp semak spt ini...

      Delete
  2. Dulu depa tuduh mak dia buat Spektra..betul ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu betul, semoga Allah ampunkn dosa2 mrk yg trlibat krn sogokkan hidangan sampah ke minda marhaenis Melayu bertahun dulu..

      Delete
  3. He has forgotten that was raised by the late minister who in charge of RTM, the one who approved the spectra program to be on air.

    ReplyDelete
  4. Aku rasa sykt tu kalau tak silap hvd dicheras cerita nya yang di buat semua cerita longkang najis.

    ReplyDelete
  5. rasanya dia pun pakai kia spektra

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.