Thursday, 16 April 2015

Isu Cabar Azan Dan Hak Perlembagaan Islam Di Pulau Pinang: Kenyataan Media Jaringan Muslimimin Pulau Pinang

KENYATAAN MEDIA
JARINGAN MUSLIMIN PULAU PINANG (JMPP)
26 Jamadil Akhir 1436 H
(16 April 2015)

Kami, Jaringan Muslim Pulau Pinang (JMPP) mewakili lebih dari 31 NGO Islam dan Melayu Pulau Pinang, ingin menzahirkan rasa kecewa kami dengan sebuah perkembangan terbaharu di Pulau Pinang yang diketahui mampu menjejaskan keharmonian, keamanan serta kesejahteraan hidup berbilang kaum di dalam negeri ini.

Sebuah masjid telah diberitakan menerima sepucuk surat berbaur ugutan perkauman dan bersikap Anti Perlembagaan dengan ugutan biadap terhadap kedudukan Islam sebagai Agama Negara melalui pertikaian aktiviti laungan azan di masjid berkenaan.



Syiar azan telah dilaungkan sejak dari zaman berzaman dan tidak pernah dipertikaikan dengan pertikaian sedemikian hina oleh mana-mana pihak sebelum ini.

Pihak JMPP mengambil serius perkara ini dan mendesak kesahihan surat, termasuk motif dan pelakunya disiasat dan diambil tindakan segera oleh pihak berkuasa sebelum keadaan menjadi tidak terkawal akibat perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Pihak JMPP juga ingin menarik perhatian kumpulan-kumpulan politik yang sedang mentadbir Pulau Pinang pada ketika ini supaya mengambil tanggungjawab untuk memastikan perkara seumpama ini tidak berulang lagi di dalam negeri yang selama ini aman dan damai dari sebarang pertelingkahan besar termasuk di dalam bentuk pertumpahan darah.

Semua pihak yang memperjudikan keamanan serta keharmonian negeri dan negara ini, harus dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan yang sepatutnya.

Pihak JMPP sentiasa percaya kepada kewibawaan pihak berkuasa undang-undang Negara dalam memastikan semua undang-undang yang ada akan berfungsi sebagai sebuah undang-undang yang berdaulat di bawah Perlembagaan yang sentiasa dijamin luhur.


Mohamed Hafiz Mohamed Nordin,
Pengerusi,
Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP)

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.