Wednesday, 22 April 2015

Hak Penduduk Melayu Islam Taman Medan

Megat Rizal M.H.

Sekali lagi nampaknya sesi bertikam-lidah dan tuduh-menuduh berlaku diantara umat Islam dan penganut Kristian apabila sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya cuba meletakkan kayu salib di dinding luar unit gereja tersebut di kawasan sebuah rumah kedai berhampiran.

Alasan penduduk tempatan yang berdemo minta salib itu diturunkan ialah, gereja tersebut beroperasi di kawasan majoriti penduduk Melayu Islam, dan dikhuatiri ianya lama-kelamaan bakal mempengaruhi anak-anak muda mereka kelak. Di Malaysia adalah menjadi kesalahan sekiranya agama bukan Islam, didakwahkan kepada umat Islam. Dan di sisi itu kelihatan apa yang diminta oleh para pendemo yang merupakan penduduk tempatan adalah berasas dan selari dengan aspirasi negara majmuk ini.

Permit
Mereka bukannya membantah kewujudan gereja tersebut, yang masih belum jelas sama ada mempunyai permit untuk beroperasi di premis rumah kedai di kawasan kediaman mereka atau tidak tetapi hanya meminta salib yang telah dipasang diturunkan. Mereka juga bukannya meminta supaya agama Kristian diharamkan terus daripada bumi Malaysia. Itu perlu jelas dan diperjelaskan.



Namun terdapat segelintir pihak, ‘yang entah apalah bala, entah siapalah yang kurang pahala?’ berlagak semberono menyalahkan para pendemo anti salib di Taman Medan sebagai satu perbuatan melampau, bersifat pembulian, ala ‘vampire’ dan menghasut!

Persoalannya adakah kita semua bertanya soalan yang betul sebelum jari kita mahu menuding kesalahan ke atas para pendemo yang mahu memastikan akidah anak-anak muda mereka tidak tergugat, kekal Islam, sama seperti ibubapa di kawasan-kawasan perumahan yang lain?

MELAYU TIADA HAK BERSUARA

Adakah hanya kerana mereka ini golongan marhaen sekadar penghuni flat dan bukannya anak-anak kepada pesara G25 contohnya, lalu segelintir daripada kita cuba membuli mereka pula dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas tanpa cuba mahu memahami isi hati dan harapan mereka mahu menjaga akidah anak-anak muda mereka daripada asakan bertali-arus kemodenan yang membawa bersamanya seribu satu kebobrokan?

Apakah hak mereka untuk menguruskan kehidupan seharian mereka jauh lebih rendah daripada hak warga Malaysia yang lain? Atau adakah dalam kita teruja mahu memperjuangkan hak minoriti, golongan minoriti pula bebas berbuat apa sahaja, waima melanggar undang-undang sekalipun?

Semata-mata kerana kita mahu Malaysia dipandang mulia di mata masyarakat antarabangsa, seperti yang digesa kumpulan G25?

Ada juga yang cuba menangguk di air yang keruh cuba mengaitkan keberadaan abang kepada Ketua Polis Negara sebagai ‘alasan’ mengapa seperti tiada tindakan yang bakal diambil ke atas para pendemo? Taktik jahat ini sepatutnya tidak dibiarkan begitu sahaja, apa kena mengena pertalian darah diantara mereka berdua, seperti yang diperakui oleh si abang yang bersangka baik dengan ‘wartawan yang bertanya’, dengan hak para pendemo mahukan salib diturunkan?

Apakah seseorang yang mempunyai adik dalam perkhidmatan polis hilang haknya untuk mempertahankan akidah anak-anaknya? Adakah beliau juga hilang hak untuk sedikit sebanyak memberikan sokongan atau bimbingan kepada masyarakat di sekelilingnya yang meminta dibantu untuk mententeramkan lagi keadaan?

Lalu ‘serigala-serigala jadian’ yang sememangnya sudah lama ‘mabuk darah’ Ketua Polis Negara atas ketidak-puasan hati dengan pelbagai isu dengan tidak berlengah masa sudah mula menyerang Tan Sri Khalid Abu Bakar!

Ada yang menuduh beliau tidak layak untuk menyiasat kes bantah salib yang berlaku di Taman Medan atas alasan keterlibatan abangnya itu. Kita berharap semoga moral dan rasa bertanggungjawab untuk menegakkan keadilan dan undang-undang Ketua Polis Negara tidak akan goyah dan kekal utuh. Jaminan yang telah diberikan oleh Ketua Polis Negara bahawa pihak polis tidak akan berpihak kepada mana-mana pihak yang melanggar undang-undang sama ada mereka itu terdiri daripada saudara-mara beliau mahupun anak-pinaknya adalah sesuatu yang patut dipuji.

Usaha ‘pembulian’ yang cuba dilakukan ke atas Ketua Polis Negara dan keluarganya harus dikutuk!

Dalam pada itu ada juga yang cuba menyalahkan sebuah parti politik Melayu Islam dibelakang kejadian demo tersebut untuk mengalihkan keadaan. Usaha untuk memencilkan desakan berasas yang selari dengan aspirasi negara ini nampaknya cuba dipatahkan oleh golongan anti Islam dan benci Melayu dengan usaha pecah perintah yang pernah diamalkan oleh British dengan jayanya suatu ketika dulu. Cuma kali ini modus operandi yang sama diguna-pakai golongan anti parti Melayu Islam untuk mengekang sebarang usaha atau sokongan pihak lain yang bersimpati atau yang turut bersetuju dengan demo yang dibuat penduduk Melayu Islam kawasan perumahan tersebut.

Sungguh licik musuh-musuh Islam bekerja. Tentunya jika pelampau agama bukan Islam dibiarkan berleluasa, memilih untuk hidup di Malaysia dengan keadaan yang tidak pernah mahu aman dan damai dengan Islam, Agama Persekutuan, tentunya negara kita bakal menjadi sebuah lagi ‘Lebanon’, apatah lagi dengan perkembangan geopolitik serantau kebelakangan ini.

Persoalannya, kenapakah cerdik pandai kita sebagai kumpulan moderat yang mahu tindakan diambil terhadap para pendemo Melayu Islam yang membantah perlambangan salib di kawasan rumah kedai tersebut bertanya sama ada gereja tersebut beroperasi secara sah, dengan kelulusan permit atau lesen operasi rumah ibadat daripada pihak berkuasa tempatan?

Kenapakah pula seseorang yang kelihatan bijak dan petah berbicara, walaupun mahu bersolidariti dengan penganut Kristian sekalipun, tidak bertanya sama ada gereja tersebut mempunyai lesen untuk meletakkan lambang kayu salib berwarna merah di luar dinding premis bangunan rumah kedai tersebut? Bilakah permit tersebut dikeluarkan, diluluskan oleh siapa dan sah sehingga bila?

Mungkin Majlis Perbandaran Petaling Jaya boleh memberikan pencerahan?

Dan adakah kelulusan tersebut, jika ada, selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain negara? Apakah pula keperluan dan rasional sehinggakan kelulusan operasi gereja tersebut di kawasan majoriti Melayu tersebut diberikan? Sudah berapa banyak pula gereja yang sedang beroperasi di kawasan tersebut berbanding dengan populasi penganut Kristian tempatan? Apa tidak wujudkah gereja-gereja sedia ada di kawasan yang berhampiran?

Mungkin Dr Herman Shastri daripada Majlis Gereja boleh jawab dengan penuh ikhlas dan telus, senarai gereja-gereja yang sedang beroperasi di premis-premis rumah kedai di seluruh negara? 

Jika pembinaan Masjid dan Surau untuk penganut Islam juga dipantau rapi dan perlu mendapat kelulusan sebelum dibangunkan, kenapakah pula tempat beribadat penganut bukan Islam tidak perlu mendapat sebarang kelulusan terlebih dahulu? Tentunya kita berharap supaya Kerajaan Negeri Selangor tidak terus memeluk tubuh membiarkan kontroversi ini berterusan tanpa sebarang tindakan yang adil dan saksama kepada semua rakyat negeri tersebut. Berlawanan dengan pendapat sesetengah pihak, ini bukanlah isu PKR atau UMNO atau PAS. Ini adalah isu kemaslahatan umat Islam dan bukan Islam di negeri Selangor.

Pihak penguasa negeri juga perlu mengadakan garis panduan rumah ibadat bukan Islam terutamanya di premis-premis perniagaan dan menguatkuasakannya dengan kemas dan telus. Jika garis panduan tersebut sudah ada tersedia maka ianya haruslah segera dikuatkuasakan. Percayalah wahai kakitangan pihak berkuasa tempatan, sikap tutup sebelah mata kelak hanya akan memakan diri anda.

Persoalannya adakah rumah ibadat bukan Islam dibenarkan beroperasi di premis-premis rumah kedai seperti sebuah perniagaan? Berapakah pula saiz salib yang dibenarkan untuk dipamerkan di premis-premis rumah kedai yang beroperasi sebagai gereja kini?

Badan guaman tempatan juga seperti mahukan undang-undang rimba ditegakkan di Malaysia apabila mengutuk kumpulan pendemo tersebut tanpa menggesa pihak berkuasa tempatan menyiasat latar belakang gereja tersebut, sama ada ianya beroperasi secara sah di kawasan rumah kedai tersebut penyebab kepada protes yang diadakan itu? Adakah badan tersebut juga bersikap anti Islam dan benci Melayu dan hanya mengeluarkan kenyataan rasmi berdasarkan kayu ukur tersebut? Kenapakah tiada seruan supaya siasatan juga dilakukan ke atas pihak gereja Kristian?

Jika ‘flash mob’ bebas menganjurkan demo mereka di hadapan pasaraya SOGO, KLCC, Penjara Sungai Buloh dan di jalanan sekitar Kuala Lumpur, berhari dan berminggu lama, atas nama kebebasan bersuara, berekpresi dan berkumpul, seperti yang dibenarkan perlambagaan negara, kenapakah pula Steven Thiru tidak mahu mempertahankan hak ‘flash mob’ Taman Medan ini?

Tentunya kita menunggu badan-badan seperti Bersih, COMANGO, Negara-ku, #KitaLawan, Lawyers For Liberty dan SAMM contohnya untuk membuat kenyataan menyokong sepenuh hati hak untuk berdemo dan bersuara seperti yang ditunjukkan 50 ‘flash mob’ daripada Taman Medan tersebut dan mengutuk sebarang usaha untuk menafikan hak berdemo kumpulan tersebut yang dipelihara dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia seperti yang dibuat oleh kumpulan pesara kerajaan G25, Majlis Peguam, Majlis Gereja, ahli-ahli politik dan beberapa personaliti tempatan!

Tentu juga kita mengharapkan parti-parti yang mengaku Islam dan NGO-NGO yang mengaku membela Islam supaya tampil bangun mempertahankan hak saudara seagama yang mahu memelihara akidah anak-anak muda mereka kekal terpelihara seperti yang diperincikan dengan jelas oleh undang-undang tertinggi negara. Seharusnya dalam isu penjagaan akidah dan iman, umat Islam tidak perlu apologetik atau berasa bersalah dalam menyuarakan bantahan.

Masa untuk kita semua bersikap apati, berpeluk tubuh, menutup sebelah mata, bersikap sambil lewa, tidak apa, dan buat-buat lepa perlu dinoktahkan. Seperti yang dilaporkan, jika operasi gereja di premis rumah kedai tersebut melanggar undang-undang dan tidak mempunyai permit kebenaran pihak berkuasa tempatan, wakil gereja tersebut dan badan yang mengawal selia gereja-gereja harus dibawa ke muka pengadilan dengan kadar segera.

Malangnya isu sensitiviti umat Islam terhadap kewujudan rumah ibadat bukan Islam di kawasan kediaman mereka sering saja timbul. Dan jika isu rumah ibadat bukan Islam tidak diurus dan dikawal selia dengan baik oleh badan-badan berwajib, sama ada di peringkat negeri dan persekutuan, maka kejadian serupa seperti yang kita lihat di Taman Medan, Petaling Jaya, tentunya bakal berulang.

Mungkin sudah sampai masanya pihak kerajaan mengambil langkah bijak menyelaraskan penguatkuasaan larangan sedia ada ke atas rumah-rumah ibadat yang didirikan sewenang-wenangnya atas nama ‘kebebasan beragama’. Kerajaan Negeri Selangor harus bersikap lebih pro-aktif dalam mengekang sebarang operasi haram rumah ibadat di negeri tersebut. Ini untuk mengelakkan sebarang salah-faham yang boleh mengganggu gugat keharmonian masyarakat majmuk Malaysia.

Namun hakikat yang tidak boleh kita lupa ialah Islam adalah Agama Persekutuan dan agama-agama lain bebas diamalkan selagi ianya bersifat aman dan damai dengan Islam, tidak boleh tidak. Islam juga tidak duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan agama-agama lain. Itu harus jelas dan harus segera dan sentiasa dikuatkuasakan.

Persoalannya, segelintir daripada kita yang sepantas kilat suka menuding jari menyalahkan penduduk Taman Medan, Petaling Jaya yang membantah salib merah yang diletakkan pada sebuah premis rumah kedai di kawasan kediaman mereka sedarkah tentang ini semua?

Nampaknya untuk sesetengah daripada kita, belajar jauh sampai ke Australia sekalipun masih belum cukup untuk mencelikkan minda nampaknya?!





16 comments:

  1. Tak tahu nak tulis apa....sedih aku dengan pemimpin melayu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan hanya perlu Tulis X pada kotak pemimpin yang betul2 berani memperjuangkan kedaulatan Islam dalam PRU 14 nanti.

      Delete
    2. Masalahnya tuan ben...kedua2 belah pihak membawa rebah antara cepat atau lambat je....ingat mereka dah insaf...tapi lagi teruk rupanya!!!mungkin next pru undi protes jadi pilihan!!!

      Delete
    3. Tuan,

      Orang Islam perlu berfikir dan menggerakkan agenda secara strategik. Undi protes ialah perbuatan umat Islam yg lemah dalam mengatur gerak.

      Sebelum PRU pastikan kita sendiri yg memberitahu melalui tindakan2 kita dan suara2 kita tentang calon bagaimana yang kita mahukan dan kita mahu undi dalam PRU nanti.

      Melalui pressure group, ianya harus direalisasikan.

      Padamkan semua pemikiran undi protes. Itu lambang satu bentuk kelemahan untuk mengatur gerak.

      Delete
  2. 1 benda je. kita semua diperbodohkan oleh org politik. cuba baca sejarah politik negara2 lain. contoh india, suasana politik sana smpai rakyat berbalah yg disebabkan oleh org politik semata nak divert isu. sama kes salib ni, najib nak alih perhatian isu dia kena jawab dengan tun M, nasib baik tiada yang berbunuh. korang fikir la... lepas tu naik nama alvin hina azan... aku dok fikir la, sapa bela alvin kat amerika tu. semua ni mainan politik kotor... rakyat sengsara. najib skrg tgh berpantang arang utk letak jawatan, tun M dah bagi masa terlalu lama, negara kita hampir muflis akibat ditakbir org PM yang bodoh yang dari lahir tak pernah hidup susah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. selalunya begitu tuan.. diversion mmg dah jd MO biasa..
      Tp kebenaran tak lut dek masa.. dia boleh divert sekejap, tetapi kebenaran tetap akan timbul menuntut ianya dibela,,

      Delete
  3. Flash mob yang 50 orang tu nak jadi penguatkuasa undang-undang ke?

    Tak payah bagi alasan atau nak tutupkan kesalahan mereka. Mereka gunanya untuk berpolitik dan dah nyata salah mengikut undang-undang sedia ada.

    Menegakan benang yang dah basah menjadi lebih kalut..

    Dari segi politik pun, BN akan hilang undi kaum-kaum yang beragama berlainan. Insiden Ni dah tersebar keseluruh negara bahkan seluruh dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi org Melayu hanya perlu diam mengangguk senyum pada semua tindakan melanggar undang2 negara dan pbt?

      Utopia rimba mana yg sedang tuan rujuk?

      Bukan Islam tak mahu undi..?

      Persetankan saja.

      Delete
    2. Wah yg minggu flash mob kt KL tu kacau ketenteraman awam kau x bising. Makcik2 nk jaga akidah anak2 dia orang kau nk tekan. Yang kau sibuk nk jaga org luar tu apasal? Kau org Msia ke org luar? Gereja tu haram kut. Permit pun xde...sebab tu la paderi tu turunkan salib merah tu..sbb tahu dia salah. Tup2 HESI spin. PPIM, Peguam Muslim, Kena bawa kes ni ke mahkamah...cabar keabsahan HESI!!!

      Nabil

      Delete
    3. HESI cuba meliwat undang2 kot?

      Delete
  4. Mana MAIN/JAIN? Apahal ISLAM serta undg-undg Perlembagaan diPERLEKEHkan oleh PENGGANAS-PENGANAS anti-ISLAM/Melayu-EJEN- Barat/Zionis, sampai mcm. ni - kerana KEDAULATAN Agama ISLAM di NEGARA ISLAM, pusaka nenek moyang berzaman kita ni, adalah di bawah KUASA EKSEKUTIF DYMM Kesultanan Islam/Melayu kita sbg. KETUA NEGARA/KETUA AGAMA!

    Maka, HALANGAN penyebaran agama lain, apalagi membina rumah ibadah HARAM, juga berada bawah KUASA EKSEKUTIF DYMM Kesultanan Islam/Melayu kita ni!

    Kat Barat-HIPOKRIT/PENIPU pun yg. asyik melaungkan “hak asasi/demokrasi“-ala Barat/Zionis depa, masjis-masjid bukan main susah nak dibina (kebanyakan terpaksa membeli gereja yg. dah ditutup) dan makin di BAKAR serta umat Islam diBUNUH contohnya 400 masjid telah di bakar di Jerman dan 9 usahawan Islam Turki dibunuh termasuk oleh perisik Jerman sejak beberapa tahun ni! ISrael-JAHANAM pula, beratus juga masjid telah diBOM dan Masjid Al-Aqsa suci kita makin diceroboh dan mahu diJAHANAMkan di masa akan dtg - BUMIPUTERA Islam Palestin termasuk anak-anak kecil/wanita/or. tua yg. diBOM/diBUNUH dg. amat KEJAM oleh rejim PENGGANAS Yahudi ini, jgn. cakaplah!!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Double standard yg jelas Nek.

      Kita sj yg terhegeh2.

      Delete
  5. Siasat HESI yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Mencabar kedudukan Islam, Agama Persekutuan. Mencabar kedudukan Sultan dan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam negeri.

    ReplyDelete
  6. Tuan Ben Anon 11.21 tu Red Bean!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kacang tak sedar diri hayat menjadi kacang akan luput tak lama lagi.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.