Monday, 27 April 2015

Gereja Haram & Air Mata Buaya

Di zaman dunia melihat perbuatan meliwat seorang pembancuh kopi oleh majikannya sebagai suatu yang tidak perlu diberi peduli, maka tiada apa yang mustahil dan pelik dalam sisi persepsi tunggang terbalik rakyat Malaysia dalam memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka.

 Terbaharu, kita melihat sandiwara berikut dipanggungkan. Gereja Langgar Undang-Undang, Gereja Sama Ampunkan Orang. Gereja di Taman Medan yang mencetuskan kontroversi kerana beroperasi tanpa permit dan memasang salib tanpa kebenaran cuba bertindak dengan satu tindakan tipping point perasan mulia.

Alhamdulillah.. Ong Kian Ming pun ada.. Tak berpuasa sunat  Rejab sambil minum air ke hari ni Ong? Apa bukan Ong Kian Ming??? la.. lim Lip Eng rupanya.. Hairan betul.. Susah nak bezakan diorang semua ni...

Untuk lebih mudah fahami keadaan ini, kita berikan contoh berikut.

Apabila seorang pelaku kesalahan melanggar undang-undang, dan kesalahannya dilaporkan oleh satu pihak lagi, dan perbuatan salah itu bakal mengundang persoalan kenapa tindakan undang-undang belum dikenakan ke atas pesalah, secara tiba-tiba, si pelaku kesalahan tersebut cuma memanggungkan sandiwara mulia dengan mengampunkan para pelapor kesalahan tersebut.

Untuk memudahkan contoh di atas, bayangkan seorang pencuri yang dilaporkan kesalahannya, kerana takut belang tindakannya diketahui orang, pihak yang mencuri tersebut membuat pengumuman, mereka mengampunkan pelapor kesalahan tersebut. Ia dilakukan dengan harapan tindakan itu akan memperlihatkan pihak pencuri tersebut di dalam potret kemuliaan dan pihak yang melaporkan kesalahan akan dilihat sebagai pencabul hak dan sebagainya.

Jika Malaysia punyai cukup penduduk dengan akal pada tingkat pemahaman isu seperti Wardina, maka taktik bombastik lapok itu akan membuahkan hasil yang diinginkan.

Tetapi jika Malaysia mempunyai penduduk dengan tingkat pemikiran yang waras dan dapat melihat isu lebih dari apa yang cuba dipaparkan melalui media, maka tindakan ala Hippies oleh Gereja di Taman Medan tersebut,akan segera dihidu mempunyai maksud mahu menutup cerita sebenar mengenai kesalahan yang dilakukan mereka.

Gereja dan taktik sembunyi kesalahan dengan berlakon mulia ini merupakan taktik yang lama. Gereja-gereja di Eropah berjaya menutup puluhan ribu kes pencabulan kanak-kanak di dalam gereja dengan sentiasa berlakon mulia. Ini isu yang sedang hangat diperdebatkan. Tetapi seperti biasa, sandiwara kemuliaan berjaya mengelabui tingkat lojik pemikiran manusia-manusia yang melihat hanya pada zahir perbuatan yang mahu ditampilkan.


Untuk pengetahuan pecandu evangelis, taktik lapok sandiwara mulia ini sudah tidak laku sejak zaman hippies yang berpusat di Height Ashbury mencucuk bunga ke dalam senjata pasukan keselamatan Amerika di hadapan Pentagon.

Terpana dengan tindakan golongan Fanatisme Evangelis mencontohi Hippies pada Ahad lepas, media- media upahan asing cuba membawa kisah sandiwara mulia ini untuk di bawa kehadapan rakyat Malaysia untuk dicandui.

Pihak yang melakukan demo dan pihak-pihak yang berkepentingan di dalam kes ini harus mengambil perhatian dan tindakan selanjutnya untuk mengheret gereja haram tersebut, HESI dan Kerajaan Negeri Selangor ke muka pengadilan atas dakwaan bersubahat melanggar, memansuhkan serta melumpuhkan undang-undang sedia ada tanpa melalui proses membuat dan memansuhkan undang-undang yang mengikut prosedur betul.

Jika dibiarkan budaya Gereja Koboi seperti ini, tidak mustahil tidak lama lagi situasi di Malaysia akan berubah menjadi Wild-Wild East.

4 comments:

  1. Bila ada puak yang tentang Islam maka wujud lah puak-puak yang mengaku Islam memperjuangkan mereka ni, yang jahatnya mereka yang bantah kewujudan gereja tersebut. Orang Islam sendiri yang membantah orang Islam sendiri hanya untuk dapat nama agar orang bukan Islam memuji mereka dan ada apa-apa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu golongan psikotik apologetik namanya.

      Delete
  2. Apa ben, nk bwak ke muka keadilan puak2 dajjal ni ? Sapa nk adili mrk ? Phak bkuasa mlalui pngalman, mna brani brtndak ? Dpa dok nmpk pti undi siang mlm dn mamai pun kisah pti undi. Where got road nk brtndak !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. If there's no jalan and no road macam Labu kata dalam cerita Labu Labi, we have to create one Tuan.

      Membujur lalu melintang patah. Gereja haram dan haram jadah yang menyokong budaya koboi gereja ni mesti dikenakan tindakan undang2.

      Tp mcm biasa, isu ni akan senyap lepas sotong2 pemimpin melayu samiqna wa atoqna pada ugutan kumpulan 9%.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.