Thursday, 16 April 2015

Apakah Pak Lah Dipergunakan Untuk Menghalalkan Agenda LGBTIQ Di Asean People’s Forum 2015?



Asean People’s Forum pada tahun 2015 ini diberitakan bakal menyaksikan mantan Perdana Menteri Malaysia, merangkap cucu seorang ulama’ Nusantara ternama, Tun Abdullah Ahmad Badawi memberikan ucaptama di dalam majlis anjuran mereka.

Pak Lah Diumumkan Akan Memberi Ucaptama Di Program Tersebut.


Asean People’S Forum saban kali diadakan secara serentak dengan Kemuncak Persidangan Ketua-Ketua Negara ASEAN bagi menuntut Ketua-Ketua Asean memberikan perhatian kepada desakan dan tuntutan-tuntutan yang sebahagian besarnya terkeluar dari nilai kemanusiaan yang normal.

Kumpulan ini bergerak seperti sebuah organisasi pendesak. Ia bagi membolehkan nilai-nilai hak yang terkeluar dari nilai kemanusiaan normal untuk diberikan tempat dan kedudukan di dalam Negara-negara anggota Asean.

Antara perkara yang menjadi isu desakan kumpulan ini ialah isu-isu melibatkan hak LGBTIQ yang jika dibenarkan, akan mengancam hak asasi manusia yang paling utama iaitu survival bangsa manusia.

Isu-Isu bertentangan Dengan Perlembagaan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara Dibincangkan Dengan Bertempat Di Wisma MCA
Pengiktirafan dituntut oleh organisasi ini untuk diberikan kepada golongan yang turut mengamalkan sisi hubungan seksual yang menjauhi maksud survival bangsa manusia lantas memberikan ancaman utama kepada survival bangsa manusia diperjuangkan di dalam forum ini.

Golongan pengamal LGBTIQ dituntut untuk diberikan pengiktirafan melalui desakan demi desakan yang mereka jalankan saban kali diadakan APF ini.

Malang sekali apabila diumumkan oleh Maria Chin Abdullah, Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi akan memberikan ucaptama di Majlis tersebut.

Apakah Pak Lah tidak tahu bahawa keberadaannya di sana bakal menjadikan dirinya sebagai satu cop halal yang akan dijaja ke sana dan kemari oleh golongan pejuang hak-hak songsang ini?



Lebih menakutkan ialah apabila menantu Pak Lah adalah merupakan seorang yang masih berkhidmat sebagai Menteri di bawah kerajaan Najib Tun Razak. Bukankah ini akan memberikan satu bentuk palitan buruk kepada imej serta kedudukan Negara sebagai sebuah Negara Islam yang dipandang tinggi oleh Negara-negara Islam yang lain selama ini?

Keberadaan Saifuddin Abdullah, Pengerusi Global Movement of Moderates yang dibentuk dari idea Perdana Menteri, Najib Tun Razak juga bakal memberikan masalah kepada imej kerajaan sekarang kerana seolah mengiktiraf hak-hak dan tuntutan-tuntutan yang jelas bertentang dengan Perlembagaan Negara dan Lima Prinsip Rukun Negara.

Belum terlambat untuk Pak Lah menarik diri daripada dipergunakan sebagai cop halal kepada agenda bejat ini.

Apa Saifuddin Abdullah Buat Di Situ?




2 comments:

  1. Pak Lah perlu menunjukan kepada Malaysia dan dunia yang dia masih lagi "relevant" sama seperti Tun M. Jadi bilamana menerima sesuatu jemputan Pak Lah tidak perlu melihat dulu siapa yang menjemput beliau sebab yang penting Pak Lah masih merasakan yang dirinya masih utuh dan relevant !

    ReplyDelete
  2. Wow. Labu mna boleh pakai main p nk tnjuk sesaorng tu msih releven. Dlm progrm ni jlas ianya akn mrosak aqidah umah, jd paklah tk pyah trima undngan ni dmi ksucian islam.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.