Monday, 13 April 2015

Apabila ‘St. Asisi’ Parti Isle Bersuara!

Nampak gayanya, golongan kafir harbi yang benci Islam dan nilai-nilai hidup Islam akan semakin berani menghina Islam dan umat Islam apabila susuk yang sering mengadakan ‘dialog-dialog rentas agama’ di gereja-gereja, yang sering dilabel oleh kalangan rakan sesama partu sendiri sebagai golongan anti ulama, yang terkenal dengan label liberal aka moderate aka progresif, semakin galak pula mengkosherkan golongan kafir harbi untuk mengkritik tindak-tanduk jabatan-jabatan agama Islam negara dan negeri.




Katanya perbuatan tersebut tidaklah mengundang kepada menghasut!

Bijak sungguh ‘St. Asisi’, dapat pula buat keputusan mana satu yang menghasut  dan mana satu yang tidak. Undang-undang Malaysia ini berada bawah telapak ‘St. Asisi’ kah?

Eric Paulsen tentu akan tersenyum gembira dengan ‘lampu hijau’ yang telah diberikan. Ahli Parlimen sebuah kawasan yang tidak kurang konservatif itu berpendapat bahawa mengkritik jabatan agama Islam yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal Islam dan umat Islam bukanlah satu perbuatan yang boleh didakwa sebagai menghasut kerana ianya tidak bermakna seseorang itu sebagai menghina Islam.

Chong Eng juga tentu menarik nafas lega dengan kenyataan yang baru dibuat lelaki tersebut semalam. Tentunya Chong Eng akan masak satu hidangan lazat ‘pork free’ untuk diberikan kepada ‘St Asisi’ untuk dimakan sekeluarga sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran. Tentunya dari Bukit Mertajam bukanlah mengambil masa yang lama untuk ke kawasan ahli parlimen tersebut. Silap hari bulan Chong Eng akan sembelih seekor kerbau pendek dan dipanggang dan dihidangkan di atas meja seperti yang sering dilakukan oleh rakan partinya Teresa Kok sebagai tanda kesyukuran.

Tentunya Wong Chin Huat di Penang Institute yang sering bermimpi basahkan Malaysia ‘berharmoni’ dengan babi akan tersenyum bangga.

Katanya lagi, jika tidak Islam yang penuh ‘mercy and compassion’ ini akan dipandang serong.

Persoalannya perlukah kita membuka pintu seluas-luasnya untuk bukan Islam yang jahil Islam untuk mengeluarkan kata-kata yang menguris hati umat Islam hanya kerana kita mahu Islam dipandang sebagai sebuah agama yang penuh dengan ‘mercy and compassion’?

Tidak cukupkah ‘mercy and compassion’ yang selama ini ditunjukkan oleh umat Islam yang selama ini telah menerima golongan bukan Islam dengan berlapang dada, bersangka baik dan terbuka?

Apa tidak cukupkah ‘mercy and compassion’ lagi Malaysia ini apabila golongan bukan Islam, harbi dan zimmi bebas bergerak, mengumpul kekayaan, memiliki harta benda sehingga menjadi kaya raya, memegang kuasa ekonomi seperti yang dibuktikan oleh majalah Forbes saban tahun?

Tidak cukupkah ‘mercy and compassion’ lagi sehinggakan mereka-mereka ini bebas berbuat aktiviti tidak Islamik mereka di mana-mana saja, pada bila-bila masa saja?

Sisi ‘mercy and compassion’ Islam yang mana pula yang mahu kita tunjukkan kepada dunia sehingga kita mahu susuk seperti Eric Paulsen yang acapkali menghina Islam, ulama dan penguasa Islam, serta umatnya, sehinggakan berani menfitnah Jakim sebagai sebuah jabatan Islam yang ‘menyuruh’ kepada ekstremisme dalam setiap khutbah jumaatnya setiap minggu, tidak didakwa menghasut?

Apakah tidak cukup ‘mercy and compassion’ lagikah, apabila saban hari Islam dan umat Islam diherdik dan dihina hanya kerana agama yang dianuti kita tidak difahami mereka?

Apa tidak cukup ‘mercy and compassion’ lagikah apabila dua puluh juta umat Islam di negara ini masih tidak mengapakan susuk-susuk benci Islam yang sering memperlekehkan Islam?

Bukankah cukup terserlah ‘mercy and compassion’ sehinggakan kita semua masih bertidak apa dengan tingkah laku biadap, kurang ajar dan mencari nahas yang dilakukan sesetengah golongan kafir harbi?

Apa yang ‘St. Asisi’ merepek pula kali ini?

Lelaki ini dulu mahu jabatan agama ‘tarbiah’ Eric Paulsen dan bukannya dihadapkan ke mahkamah untuk menghasut di bawah Akta Hasutan 1948. Apa tidak cukupkah dakwah rentas agama dan ‘tarbiah’ yang telah dijalankan oleh ‘St Asisi’? Apakah ‘St. Asisi’ mahu kita semua buang masa melakukan sesuatu yang beliau sendiri gagal lakukan?

Tentunya jika beliau berjaya, Eric Paulsen, Chong Eng dan Wong Chin Huat akan lebih faham Islam, akan lebih menghormati dan tidak betah untuk mempertikaikan nilai-nilai Islam?!

Namun tidak. Wong Chin Huat mahu pekerja-pekerja Islam di pasaraya-pasaraya yang dilanggani beliau mengelak daripada memakai sarung tangan atau kertas tisu sebagai melapik ‘najis’ yang mahu dibelinya! Jika tidak, katanya, umat Islam belum cukup mahu berharmoni dengan babi.

Corak pemikiran sebegitu sememangnya bukanlah sesuatu yang menghairankan. Wong Chin Huat tidak banyak beza dengan dua orang pelakon porno yang mahu umat Islam berbuka puasa dengan Bak Kut Teh, ‘enak lazat dan menyelerakkan’. Bezanya cuma satu, Wong Chin Huat dibayar rakyat Pulau Pinang gaji yang mahal dan mereka tidak!

Sememangnya mantra, ‘anda adalah apa yang anda makan’ sememangnya tepat sekali. Mungkinkah seperti yang sering diingatkan oleh Dr Ridhuan Tee, bahawa tidak ada gunanya kita berbahas dengan golongan ini yang sememangnya jelas sikap benci Islam dan syariah yang dibawakannya. Sehinggakan usaha yang cuba dibawakan oleh salah seorang daripada penganjur ‘One Quran, One Soul’, Firdaus Wong Wai Hung juga kesal dengan sikap buruk sangka golongan-golongan ini yang sememangnya semakin jelas sikap benci Islam dan umat Islam yang ada pada diri mereka.

Apa perlukah lagi kita bersangka baik dengan golongan yang ‘sudah terang lagi bersuluh’ tidak pernah mahu senang, tenang dan damai dengan Islam, Agama Persekutuan?
Mungkinkah ‘St. Asisi’ mempunyai jawapan yang lebih syumul?

8 comments:

  1. Salam Bro,aku tak berani nak komen sebab Mujtahid ni belajar tinggi tentang agama.Dia lebih faham.Lagi pulak dia anak Yusof Rawa yang amat aku sanjung ketika itu.Biarlah pengundi di kawasannya membuat pertimbangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia lebih faham daripada Haji Hadi?

      Delete
    2. Dalam al Quran menunjukkan beberapa org Rasul dan Nabi tidak diberikan Allah anak2 yg mewarisi keimanan ibu bapa mereka.

      Mohon ambil pengajaran bahawa status kealiman bapa tidak boleh digunakan sebagai hujah dalam perbuatan Mujahid ini.

      Delete
    3. Ini profil diambil daripada website Dr. Mujahid.

      "Berkelulusan Ijazah BA Bahasa Arab dan Sastera daripada Universiti Al-Azhar, Mesir, kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (Masters) Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Putra Malaysia. Akhirnya beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Siasah Syar’iah daripada Universiti Malaya."

      Ini tajuk tesis PhD beliau diambil daripada goodreads.com.

      "Pengurusan Konflik Dalam Parti dan Kesannya Kepada Perubahan Organisasi: Kajian Kes PAS di Melaka."

      Maaf, saya tak nampak di mana pendidikan Islamnya secara formal. Bahasa Arab, sastera dan pengurusan? Bagi saya semua itu tidak cukup untuk melayakkan Dr Mujahid memberi pendapat yang boleh dipegang mengenai apa-apa isu mengenai agama Islam, apatah lagi bercakap seolah-olahnya seperti ulamak yang layak berfatwa.

      Delete
    4. Terima kasih MKL sebab bg pencerahan...bahasa arab ja kut...patut gereja bg pangkat saint?! Apa lagi lepas ni nak d'Santos kan Vatican pula ka?

      Delete
  2. Kita tunggu dan lihat sama ada Mujahid ni akan masih diterima oleh ahli partinya kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti dan pemilihan boleh dibeli melalui wang.
      Tetapi apakah Islam dpt menerima perbuatanya yg bersekongkol dgn golongan yg memusuhi Islam secara jelas dan terang?

      Delete
  3. Ini jenis boleh makan "sweet sour pork muslim style".

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.