Tuesday, 31 March 2015

Yang Dituduh Dan Terbukti Memfitnah Ialah TMI, Yang Kena Sekat NGO Islam & Melayu, Bos MAMPU Sakitkah?

Blogger Helen Ang membuat sebuah penulisan yang mencatatkan dosa-dosa TMI. Siapa yang tidak pernah dimangsai TMI?




Businessman, Ahli Politik, Bekas Perdana Menteri, Menteri, Pihak Berkuasa Agama dan terbaru, wartawan-wartawan mereka ditahan kerana menghadapi tuduhan memfitnah Majlis Raja-Raja.

Tetapi semua itu bukan satu dosa atau kesalahan bagi bos MAMPU.

Bagi Bos di MAMPU, kesalahan TMI belum cukup teruk untuk menyebabkannya menyekat laman tersebut daripada diakses oleh mana-mana perkhidmatan penyediaan internet yang disediakan MAMPU kepada pejabat-pejabat Kerajaan.

Seolah tidak apa untuk memfitnah Raja-Raja Melayu dan pemerintah. Itukan hak kebebasan bersuara?

Tetapi, jika pertubuhan anda merupakan pertubuhan yang giat memperjuangkan hak-hak yang termaktub di dalam Perlembagaan, maka itu seolah menjadi keutamaan kepada MAMPU untuk disekat.

Kami mula sedar bahawa Bangkit.info disekat daripada diakses melalui perkhidmatan internet yang disediakan oleh MAMPU sejak beberapa bulan yang lalu. Sekat Bangkit, kami tiada masalah. Sekatlah…

Kemudian, kami dapat lagi rungutan bahawa laman Majlis Ulama ISMA (MUIS) turut disekat MAMPU. Puas melampiaskan nafsu menyekat laman MUIS, MAMPU menyekat pula portal NGO ISMA.

PERKASA juga tidak berkecuali. Ia turut menjadi mangsa kerakusan nafsu songsang ala LGBT siber AMMPU. NGO yang memperjuangkan hak-hak Melayu sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan ini telah disekat oleh MAMPU.

Sangkanya panas sampai ke petang, rupanya hujan turun ditengah hari. Laman Pertubuhan Muafakat Sejahtera Rakyat Malaysia (MUAFAKAT), NGO yang bergerak mendidik masyarakat melalui pendekatan ilmu juga turut disekat oleh MAMPU.




Yang amat menghairankan, laman-laman seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Lawyers For Liberty, Sisters In Islam, Bersih.org, Islamic Renaissance Front dan sebagainya dibiarkan tanpa disentuh atau disekat oleh MAMPU.

Yang perjuangkan hak-hak yang termaktub di dalam Perlembagaan disekat, yang mempertikaikan serta saban hari mencabar undang-undang dan Perlembagaan dibiarkan tanpa sekatan dan bebas-sebebasnya oleh MAMPU.

Pendek kata, laman-laman NGO dan NGI yang Pertahankan Raja-Raja Melayu disekat,  laman-laman memfitnah Raja-Raja Melayu dibiarkan terus bebas sebebas bebasnya.

Hanya satu soalan terpacul di minda setelah melihat situasi ini,


“Sudah berfikiran songsangkah MAMPU di bawah Jabatan Perdana Menteri?”

11 comments:

  1. Siapa bos MAMPUS Ben...ehh MAMPU???

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat dah tu cuma tambah S

      Delete
    2. Entah la tuan, tapi jelas trait liberal ada pada pemikirannya

      Delete
  2. Sama mcm politicians Melayu hanya berani lwan Melayu lemah untuk tunjuk berkuasa & ada KERJA.

    WEB Malaysian Insider memfitnah dibiarkan Mampu. Mungkin Kerana:
    1. Bodoh English
    2. Malas Kerja
    3. Pengecut
    @
    4. Tak tahu bertindak.

    Ini menimbulkan Pertanyaan - perlukah agensi seperti ini wujud. Adakah ia lebih banyak membazirkan wang Cukai daripada memberi MANFAAT.

    JIKA tak Mampu kawal web penentang Islam terutama dari pihak Evangelical lagi baik bungkus.
    Ada banyak lagi pihak yg lebih efficient boleh diberikan dana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dgn adanya org2 spt ini di dalam agensi yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan, jelas kita faham bagaimana Modus Operandi memekakkan pemerintah dijalankan.

      Delete
  3. Betul tu ben. Aku keje kerajaan tensen. dulu boleh tgk guna mampu.net (sistem rangkaian utk pejabat kjaan di putrajaya). Skrg kalo nak tgk web isma, bangkit kena guna fon sendiri. Tp aku syak kepala dia arah mcm tu. Sbb portfolio mampu letak under joseph entulu, menteri kristian dr sarawak. Tgklah puak ni bagi kuasa sikit dah pandai sekat suara org melayu islam. Kadang2 rasa fedup keje ngan kjaan najib ni. Patut jd backline utk pertahan dan upgrade melayu ngan islam. Tp perangai da srupa sektor swasta yg majoritinya kaum cina kontrol. Lebihkan kaum tu je.

    jentayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke jentayu..klu mcm tu sia2 la maqasid syariah najib tu...sedihhhhh

      Nabil

      Delete
    2. Kalau Entulu lah yg brtanggungjawab, maka tak hairanlah knp ngo Islam san Melayu suara mek disekat..

      Delete
  4. AMMPU eh MAMPUS eh MAMPU hanya jaguh kampung

    brani lwn sama sndri

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.