Tuesday, 17 March 2015

Wong China Huat, MCA & Jerumun Babi

Megat Rizal M.H

Lebih daripada dua puluh tahun lampau, ketika di kolej, penulis berpeluang untuk memahami dengan lebih mendalam tentang novel ‘Animal Farm’ yang telah dinukilkan oleh pengarang hebat George Orwell berkenaan dengan kisah sekumpulan babi yang cuba untuk mengadakan rampasan kuasa daripada Manusia, si Tuan Punya Ladang. Babi-babi tersebut, dengan beberapa siri perbincangan penuh rahsia sesama mereka, dalam bangsal kepunyaan Tuan Punya Ladang itu sendiri, dengan beberapa ekor haiwan lain seperti Lembu, Keldai, Kuda, Ayam, Itik, Anjing, Kucing  dan Kambing mula mengatur langkah.



Kisah ‘Animal Farm’ bermula apabila seekor babi tua Old Major pada satu pertemuan rahsia sekawanan haiwan mula menceritakan tentang sebuah mimpi yang dilaluinya tentang kehidupan utopia semua haiwan diladang tersebut tanpa kehadiran manusia. Old Major mula mengajarkan lagu tema kepada perjuangan mereka dengan menekankan bahawa kesemua haiwan-haiwan di ladang itu haruslah bekerja keras untuk merealisasikan impian tersebut.

Haiwan-haiwan di ladang tersebut mula mengatur langkah bersama untuk mengadakan rampasan kuasa kerana tidak berpuas hati dengan sebab musabab mereka ‘ditindas’ di ladang kepunyaan Manusia itu. Setelah kematian Old Major, babi-babi lain dengan agresif cuba menghasut haiwan-haiwan lain untuk bangun menentang Tuan Punya Ladang atas alasan untuk mempertahankan hak mereka daripada dilayan sebagai ‘warga kelas dua’.

Beberapa ekor babi seperti Snowball, Napoleon dan Squealer mula mengangkat ide pemikiran Old Major kepada satu idealisme baru yang dinamakan ‘Kebinatangan’ yang mempunyai tujuh rukun kesemuanya. Antara lain rukun itu menyebut bahawa ‘semua yang berkaki dua adalah musuh yang nyata’, ‘semua yang berkaki empat atau yang mempunyai sayap, adalah sahabat sejati’ dan ‘semua haiwan adalah sama setaraf’, dalam usaha mereka untuk melobi ‘undi’ dikalangan haiwan-haiwan lain. Doktrin ‘Kebinatangan’ ini diajarkan dengan tekun tanpa jemu kepada haiwan-haiwan lain sehingga ianya terpahat menjadi mantra ‘ubah’ mereka.

Pada mulanya terdapat beberapa ekor haiwan yang agak ragu-ragu dengan hasutan yang cuba dibuat oleh sekumpulan babi-babi tersebut, namun lama kelamaan kerana kehebatan gerak kerja dan kebolehan sesetengah daripada babi-babi tersebut berbahas, tekun mengaturkan fitnah dan hasutan, maka haiwan-haiwan lain yang ‘pendek akal’ mula termakan umpan. Maka dengan slogan, ‘kaki dua jahat’ dan ‘kaki empat baik’, Manusia berjaya digulingkan dan diusir daripada ladang mereka sendiri!

Setelah berjaya sekumpulan haiwan tadi mula berkumpul dan menyusun bagaimana mereka mahu memerintah ‘negara’ yang baru mereka tawan. Pada mulanya ‘Animal Farm’ ditadbir dengan jayanya. Semua binatang memainkan peranan masing-masing dengan baik. Boxer, seekor kuda yang kuat, berikrar untuk bekerja dengan lebih kuat lagi untuk memakmurkan negara baru yang mereka bina.

Namun lama-kelamaan babi-babi tersebut yang bukan saja sudah bertukar menjadi kaki mabuk, malah sudah menjadi semakin mabuk kuasa. Mereka sudah berani menghentikan sebarang perjumpaan dan memutuskan bahawa hanya kumpulan babi-babi terpilih sahaja yang akan berbuat keputusan tentang apa saja. Babi-babi ini juga sudah mula berlaku kejam ke atas haiwan-haiwan lain. Ada juga yang dibunuh kejam hanya atas buruk sangka.



Namun dengan kehebatan Squealer, seekor babi yang merupakan pakar kepada perang saraf, yang mula menambah beberapa rukun lagi kepada konsep ‘Kebinatangan’ supaya matlamat menghalalkan cara, masih berjaya mempengaruhi haiwan-haiwan lain yang jelas dicucuk hidung supaya masih memberikan kepercayaan kepada konsep ‘keadilan’ yang mereka bawa.

‘Semua haiwan adalah sama setaraf, tetapi sesetengah haiwan adalah lebih terpilih daripada haiwan yang lain’.

Pada mulanya, penulis yang masih muda belia pada ketika itu melihat bahawa kisah ‘Animal Farm’ tidak lebih daripada kisah sekumpulan haiwan berpolitik yang amat menarik. Namun apabila guru kami pada ketika itu menegaskan bahawa kisah tersebut sebenarnya mengkritik hipokrasi yang melanda perjuangan gerakan massa sosialis sama seperti apa yang berlaku kepada komunis Rusia, penulis semakin kagum dengan teknik penceritaan yang telah digunakan.

Naratifnya sama saja sebuah gerakan massa yang pada awalnya digerakkan untuk membela nasib rakyat bawahan, namun akhirnya bertukar menjadi sikap dwi standard sesetengah pihak ‘some animals are more equal than others’, seperti Soviet inteligensia yang menjadi ‘ruling class’ baru selepas revolusi.

Beberapa tahun lampau penulis terbaca berita tentang sebuah restoran yang baru dibuka di Singapura yang bakal menghidangkan makanan kegemaran Chairman Moa Zedong yang mengikut pengetahuan penulis melalui Revolusi Budaya yang digerakkan oleh buku merahnya itu dengan ‘jayanya’ telah merampas harta dan kekayaan rakyat lain untuk dimilik-negarakan.

Bagaimana pula seorang seperti beliau boleh mempunyai hidangan-hidangan mewah sebagai makanan kegemaran, fikir penulis, bukankah di ‘Red China’, ‘all people are equal’?

Hal ini sekali lagi mengingatkan penulis kepada novela ‘Animal Farm’!



Di Singapura yang telah berjaya dicinakan oleh pejuang-pejuang marhaennya sambil menidakkan identiti bangsa-bangsa lain perkara yang sama juga berlaku. Walaupun bahasa Inggeris digunakan secara meluas di negara republik tersebut dan bahasa Mandarin juga semakin diutamakan dalam upacara rasmi sambil meminggirkan bahasa Kebangsaan negara tersebut.

Pada tahun 1998, dalam satu sambutan Hari Kebangsaan republik tersebut, lagu tema ‘Home’ telah dinyanyikan oleh Kit Chan dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan Mandarin.

Bukankah republik tersebut dibina atas konsep meritokrasi ‘all people are aqual’ sama seperti yang dikisahkan dalam Animal Farm dengan perjuangan “all animals are equal”? Kenapakah pula Mandarin seperti ‘more equal than others’ di Temasik moden, lebih tinggi daripada bahasa Melayu?

Kebetulan pula baru semalam Wee Ka Siong mahu semua rakyat Malaysia belajar bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga. Satu saranan yang baik, namun kita juga mahu Wee Ka Siong sebagai seorang pemimpin masyarakat yang bertanggungjawab, dalam keghairahan beliau mahukan masyarakat bukan cina supaya meningkatkan lagi kefasihan berbahasa cina, kita juga mahu beliau supaya lebih kerap untuk mengingatkan bangsa-bangsa cina supaya sentiasa berusaha untuk meningkatkan kefasihan mereka dalam berbahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan semua kaum supaya tidak timbul sebarang salah faham kerana masalah lemah dalam berbahasa seperti yang sering berlaku di Malaysia.

Handsome. Bak Kata Budak-Budak Sekarang, "Terbaik Dari Ladang".
Sama seperti seorang kolumnis veteran Wong Chin Huat yang sedang bertatih untuk menulis dalam bahasa Melayu ynag dianggap beliau sebagai bahasa perpaduan sehinggakan beliau sanggup ‘dibabikan’ apabila berbuat demikian. Walaupun bahasa Melayu yang digunakan kolumnis ini yang asalnya menulis dalam bahasa Cina dan Inggeris, agak janggal dan adakalanya pelik sehingga mengelirukan, namun langkah beliau untuk menulis dalam bahasa yang asing daripada jiwanya patutlah dipuji.

Usaha beliau keluar daripada ‘zon selesa’ untuk memperbincangkan isu-isu sensitif dalam bahasa Kebangsaan juga amatlah dialu-alukan. Cuma adalah lebih baik dan molek sekiranya beliau memperbaiki dulu penguasaan bahasa Melayu beliau supaya tidak timbul salah faham dalam penulisannya kelak yang sering menyentuh isu-isu sensitif. Dalam erti kata lain Wong Chin Huat perlu sedar diri. Kalau kail kurang empat inci (sejengkal), lautan yang dalam jangan direnangi. Beliau perlu belajar mengukur baju dibadan sendiri.



Dengan ini mungkin juga kolumnis tersebut akan lebih faham kenapa ada yang memanggil beliau babi setelah nukilan beliau tentang babi masuk kampung di Kelantan minggu lepas. Untuk pengetahuan Wong Chin Huat lagi, sopan santun bukanlah hanya berlegar kepada menegah diri daripada memanggil orang lain ‘babi’ semata-mata. Malah mengelak untuk memperkatakan perkara-perkara tertentu, seperti hal ehwal Islam dan kedudukan Raja-Raja Melayu juga boleh dianggap sebagai satu tindak-tanduk yang berlawanan daripada bersikap kurang ajar, anti tesis kepada sikap sopan santun.

Penulis sedar bahawa Wong Chin Huat, tidak pernah takut dilanda ombak, kalau tidak masakan beliau suka berumah di tepi pantai?

Namun untuk mengelak daripada dibabikan lagi, sebagai permulaan elok juga Wong Chin Huat yang sedang ‘berfikir’ untuk Penang Institute sekarang ini belajar bahawa perkataan ‘Allah’ bukanlah asal daripada bahasa Melayu yang membawa maksud Tuhan. ‘God’ dalam bahasa Melayu bermaksud Tuhan. ‘Allah’ pula adalah kata nama khas yang merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa kepada umat-umat Islam di Malaysia.

Itu perlu jelas dan Wong Chin Huat perlu faham itu dulu. Jika itu sudah terang lagi bersuluh, dengan izin Tuhan lelaki ini akan lebih mudah untuk memahami dengan lebih mendalam bahasa yang sudah menjadi jiwa kepada masyarakat Malaysia kebanyakkan.

Mungkin dengan itu ayat-ayat seperti ‘Saya ingin bahasa Melayu yang mampu membincangkan suka dan duka segala ingin dan dengki semua orang Malaysia, sebuah bahasa kebangsaan yang tidak dipaksakan ke atas sesiapapun tetapi menjadi pilihan pertama yang sukarela untuk komunikasi terluas’, tidak akan berulang.

Bukan apa, kita semua tidak rela beliau, walaupun beliau mengaku tidak kisah, berterusan dibabikan!
Oh ya, umat Islam juga untuk pengetahuan Wong Chin Huat dan Penang Institute perlu beribadat, lima kali sehari, harus sentiasa berada dalam keadaan bersih dan suci, oleh itu maafkanlah mereka jika mereka menggunakan lapik plastik atau kertas tisu untuk memegang botol-botol arak dan babi dalam tin kerana ini semua adalah najis bagi mereka yang mengaku Allah itu Tuhan yang Esa. Kalau tidak percaya sila rujuk dengan Zairil Khir Johari yang pernah difitnah dengan gambar panas Dyana Sofea tempoh hari.

Atau mungkin juga Rara dan Melati boleh membantu bagi pencerahan? Elok juga Wong Chin Huat bertalaqi dengan Melati. Tentu ilmu agama Melati setinggi Gunung Meru sehingga berijihad DAP itu wadah terbaik perjuangan untuknya.

Menyentuh mengenai kisah babi masuk kampong di Tumpat, penulis memohon supaya Wong Chin Huat banyak berlapang dada dan belajar jujur dengan diri sendiri. Tidak seperti yang didakwa oleh beliau di pantai barat juga terdapat banyak babi-babi berkeliaran. Penulis yang sering masuk ke kampung-kampung Cina untuk jalan pendek ke Sekolah Menengah suatu ketika dulu, sering terserempak dengan babi-babi berkeliaran dalam pelbagai warna dan bentuk.

Jika itu masih tidak cukup menyenangkan hati perut Wong Chin Huat, bukankah ladang-ladang babi haram juga banyak bersepah di kampung-kampung Melayu? Sudah lupakah Wong Chin Huat dengan kematian ramai rakyat negara ini, Islam dan bukan Islam, hanya kerana ladang-ladang babi haram di Malaysia amat berleluasa tanpa kawalan? Negara kita kini sudah mengekspot babi ke beberapa negara seperti Singapura dan China, apa tidak cukupkah harmonikah itu?

Masih ingatkah Wong Chin Huat dengan insiden lewat tahun lepas dengan wabak Enselfalitis Jepun (JE) di Kampung Selamat, Seberang Perai, Pulau Pinang?

Bukankah juga baru-baru ini terdapat bantahan di Selangor berkenaan dengan projek kerajaan Azmin Ali dengan sebuah ladang babi canggih yang mahu dibina di sebuah kampong Melayu, yang didakwa orang-orang kampung tersebut akan dibina berdekatan dengan sebuah Surau dan Tanah Perkuburan Islam?

Tidak cukupkah itu untuk melampiaskan mimpi basah Wong Chin Huat dan rakan-rakan di Penang Institute tentang umat Islam yang bertolak ansur dengan babi yang dianggap mereka najis? Apa lagi yang Wong Chin Huat mahu sebenarnya? Umat Islam makan Bak Kut Teh untuk berharmoni?

Berbalik kepada kisah guru Bahasa Inggeris itu yang berjaya membuka mata penulis tentang kehebatan George Orwell dalam menggunakan allegori untuk mengkritik komunisme dalam kempen mereka cuba memerangi demokrasi dengan propaganda dan slogan yang berkesan, diulang-ulang seperti sebuah iklan sehinggakan fahaman itu semakin mendapat tempat. ‘Asalkan bukan empat kaki’!

Kelmarin MCA dengan angkuh pula mengatakan bahawa mereka tidak akan membenarkan pelaksanaan Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah di Kelantan pada 18hb Mac kelak dengan kenyataan-kenyataan menghasut seperti ‘We cannot allow the non-Muslim community to live in fear and under threat forever’.

Apa benarkah golongan bukan Islam dalam negara ini sedang berada dalam keadaan ‘under threat’? Jika tidak kenapakah MCA semakin berlagak seperti DAP suka bermain api dengan kenyataan yang menghasut seperti ini?

MCA juga dilihat seperti cuba menakut-nakutkan orang bukan Islam dengan menjaja propaganda bahawa Malaysia bakal menuju kepada sebuah negara teokratik kelak dengan pelaksanaan Hudud dan ini ‘will purportedly leave the future generation in hardship’. Cekap sungguh MCA yang khabarnya sudah bersiap siaga dengan calon-calon untuk PRU-14 kelak mengapi-apikan sentimen ‘naive working class’ dengan slogan menghasut ‘Hudud is bad’. Adakah ini cara MCA yang sering menang di kawasan umat Islam kerana ditolak kaum Cina mahu menang di kawasan Melayu?

‘Animal Farm’ sungguh!



Rujukan  : 



8 comments:

  1. Komunis Mao juga menipu, dan ada kasta.

    3 golongan dlm secret red order:
    1. Old member
    2. New member to serve no 1.
    3. Enemy- for hard labour and genoside.

    No 2 itu berjuta2, dlm filem james bond gambarkan ada beratus2 yg ranking atas.

    No 3 falsafah syaitan komunis dilayan " to keep no profit, to kill not loss"

    Gerakan Mao meracuni polpot, chinpeng dan mungkin DAP.

    Maka golongan ketiga yg mengamal budaya, orang tua, agamawan dibunuh kerana tak boleh bekerja. Di Cambodia ialah contoh paling dekat. Radio pada masa itu hanya ada siaran dari Peking.

    Walaupun puak2 Mao telah dihukum oleh kerajaan China, malangnya sikap tersebut masih menjadi agama mereka. Kononnya inilah satu2nya cara untuk berjaya dan jalan hidup sebenarnya.

    Bukankah hidup ini dianugerahkan Tuhan. Mengapa menjadi bodoh dgn hasutan keluarga Dinasti Politik yg menjadikan anda kelas ke 2 & ke 3.

    Kita juga tak dapat pastikan apakah golongan no 2 itu akan hidup selesa dan bahagia. Bebaskanlah diri dari menkadi barua keluarga yg ada agenda peribadi yg menjadikan isu2 kaum, agama,ekonomi untuk memperkuda tenaga, wang, masa untuk mereka.

    Bila menang, yg miskin tetap dimangsakan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jelas seiring dengan konsep Kebun Binatang Tuan...

      Delete
  2. WCH ni gaji mahal2 kat Penang Institute takkan bahasa kebangsaan tahap tongkang kut???!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukar bagi org sepertinya melupakan nostalgia tongkang..

      Delete
  3. Salam.

    Harap tn perasan bahawa kerana komen sayalah yang meledakkan kemarahan manusia bernama WCH sehingga bercadang untuk membuat laporan polis. 2 kali postingnya saya komen secara berat.

    Lebih memalukan punyalah ramai manusia yang punyai gen Melayu yang menyokong dan memuja si WCH ini. Kisah diatas saya kira bak kalau dia dapat membacanya. Wasalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam wbt tuan SolaitaireHunter..

      Mmg patut dilaporkan pada polis sj org2 mcm ni..

      Tahniah dan terima kasih atas keprihatinan tuan..

      Paste sj link penulisan ini untuk dibaca oleh Babilogist (Ahli Kaji Babi) tersebut...


      Melayu2 tu mungkin biasa duduk semeja berkongsi hidangan yang sama yang dijamah dengan WCH.. sebab itulah mrk dpt berfikir dalam nada dan minda dalam jerumun yang sama..

      Delete
  4. 'Harap tn perasan bahawa kerana komen sayalah yang meledakkan kemarahan manusia bernama WCH sehingga bercadang untuk membuat laporan polis. 2 kali postingnya saya komen secara berat.'

    Ingatkan WCH tidak kisah 'dibabikan'?

    ReplyDelete
  5. 'Gerakan Mao meracuni polpot, chinpeng dan mungkin DAP.'

    Dan mungkin juga WCH dengan Penang Institute?!

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.