Sunday, 15 March 2015

Titah Yang di-Pertuan Agong-Islam Sebagai Agama Persekutuan Sepatutnya Dipatuhi & Tidak Dipersoalkan Lagi.

Ketika merasmikan pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Abdul Mu'adzan Shah menegaskan bahawa kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan sepatutnya dipatuhi dan tidak dipersoalkan lagi oleh mana-mana pihak.

Titah Baginda sememangnya tepat pada masanya ketika sesetengah pihak semakin berani dan agresif dalam usaha mereka untuk memperlekehkan kedudukan Islam dalam setiap urusan pentadbiran negara.

Terdapat juga beberapa kumpulan bukan Islam kini semakin berani mengkritik dan memperkatakan tentang Islam dan setiap aspek hal ehwal Islam walaupun jelas ianya bukanlah sesuatu yang mereka faham dan arif. Mereka juga semakin galak mengkritik jabatan-jabatan agama Islam yang sememangnya dinaungi Sultan sebagai ketua agama Islam bagi setiap negeri.




Perbuatan menfitnah Islam dan Jakim seperti Eric Paulsen yang sedang berdepan dengan dakwaan Akta Hasutan 1948, Chong Eng yang disiasat polis kerana dengan buta tuli mengkritik khutbah yang disediakan oleh JAIS hanya kerana menegur umat Islam supaya lebih bersopan dan menutup aurat sebagai salah satu usaha pencegahan kepada jenayah rogol sehinggalah kepada  keghairahan baru beberapa penulis seperti Uthaya Shankar dan Ravinder Singh yang dengan semberono sering menulis kritikan terhadap Islam dan ajarannya, dengan memetik ayat-ayat daripada surah tertentu walaupun tidak tahu menahu tentang agama Islam ini adalah sesuatu yang amat menjengkelkan.

Hal ini jelas ditegur oleh Pegawai Majlis Ulama ISMA, Ustaz Muhammad Firdaus Zalani yang ‘menempelak pihak bukan Islam yang sewenang-wenangnya menggunakan ayat suci al-Quran sebagai hujah untuk membidas orang Islam berkenaan isu pengedaran terjemahan al-Quran kepada bukan Islam.’

Katanya lagi “Mereka patut berhenti bercakap jika mereka berhujah menggunakan ayat al-Quran sesuka hati jauh daripada kefahaman Islam yang sebenar. Apa yang mereka perlu buat sepatutnya adalah duduk dan belajar untuk memahami Islam itu sendiri, bukan mengambil sebarang ayat Quran kemudian ditafsirkan berpandukan hawa nafsu,”

Sedangkan umat Islam yang rata-rata mentadbir negara ini sedari awal penubuhan Malaysia lagi tidak pernah sesekali mahu masuk campur dalam urusan hal ehwal agama bukan Islam sehinggakan mubaligh-mubaligh agama mereka bebas keluar masuk membawa mesej ‘dakwah’ sehinggakan berani pula berdakwah kepada umat Islam walaupun perbuatan tersebut dengan jelas menyalahi undang-undang negara.

Ini belum lagi dengan sikap segelintir daripada mereka-mereka di media sosial yang gemar mengadu-domba dan menyebarkan fitnah dikalangan rakyat Malaysia terutamanya tentang isu Islam dan umatnya.

Maka adalah sesuatu yang sangat tepat apabila Seri Paduka Baginda bertitah supaya mereka-mereka ini menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan menegaskan bahawa pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas kepada golongan ini supaya keharmonian dan ‘kerukunan hidup antara rakyat pelbagai agama, kaum dan budaya di negara ini terpelihara.’

Kita cuma dapat berdoa dan berharap agar golongan ‘moderates’ dalam usaha mereka untuk mensekularkan negara yang mengiktiraf Islam sebagai Agama Persekutuan ini dengar dan patuh dengan apa yang telah dititahkan Yang di-Pertuan Agong tanpa perlu berdolak-dalik lagi!


2 comments:

  1. Sebenarnya gesaan Agong tu hanya sia-sia bila kerajaan tidak ada teloq untuk melaksanakan undang-undang yang sedia ada kepada pengkhianat negara atau komunis bandar yang kini penuh dalam Parlimen.Di mana kau letak KEDAULATAN UNDANG-UNDANG???BN itu adalah Malayan Union.Demokrasi dan politik ini amat merugikan Islam,bangsa Melayu dan Tanah Melayu.

    ReplyDelete
  2. Mmng btui krjan ni takdak tlok. Apa yg ydpa kta dlm tith ucpn surh brtndak keats pngkiant ngra ni, seolah sprti tuang air atas daun kladi. Mna ada tlok krna nk jga kuasa dn jwatn. Tkut hilng kuasa hngga sngup islam d hina, bngsa d prsnda2kn dn raja2 d prtikaikn. Ni krjaan sotong yg tk brtlok.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.