Saturday, 28 March 2015

Tentang Hudud : Apakah Ketua Gereja Sabah Ajak Kristian Sabah Khianati Jesus Christ?

Apabila tiba masa kedatangan semula Jesus Christ ke muka bumi sepertimana yang dipercayai oleh golongan Kristian, Jesus Christ akan menyatakan perkara berikut kepada golongan yang selama ini mendakwa diri mereka mewakili suara Tuhan di dunia:

Matthew (Matius) fasal 7 ayat 22 -23
Pada hari terakhir banyak orang akan berseru kepadaku: Tuan, Tuan, bukankah kami bernubuat demi namamu, dan mengusir setan demi namamu, dan mengadakan banyak mujizat demi namamu juga?

Pada waktu itulah aku akan berterus terang kepada mereka dan berkata: aku tidak pernah mengenal kamu! Enyahlah dari padaku, kamu sekalian pembuat kejahatan!"

Persoalannya kenapa Jesus Christ mengatakan perkara demikian kepada golongan yang perasan bernubuwat dan mengubati manusia atas namanya?

Persoalan ini dijawab mudah di dalam sambungan ayat yang seterusnya di dalam fasal yang sama. Jesus Christ menyatakan mereka adalah golongan yang hanya tahu bercakap tetapi tidak mengambil berat untuk melaksanakan pesan dan amanat yang ditinggalkan Jesus Christ kepada mereka.

Mereka hanya mahu mempamerkan diri mereka sebagai orang-orang yang ahli kepada kitab yang ditinggalkan tetapi tidak melaksanakan apa yang dipesankan di dalam kitab suci mereka yang sering dibaca saban hari.

Jesus Christ pernah berkata di dalam Matthew (Matius) fasal 5 ayat 17 hingga 20

5:17 "Janganlah kamu menyangka, bahwa aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya 

5:18 Karena aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.

5:19 Karena itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum Taurat c  sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam Kerajaan Sorga; tetapi siapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-perintah hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam Kerajaan Sorga

5:20 Maka aku berkata kepadamu: Jika hidup keagamaanmu tidak lebih benar 3  dari pada hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, sesungguhnya kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga.

Amat jelas, Jesus Christ telah berkata bahawa semua hukum-hukum Taurat akan pasti ditegakkan kembali di muka bumi sebelum kiamat. Yang menolaknya dan mengajarkan bahawa hukum-hukum ini tidak akan ditegakkan merupakan golongan yang bakal terkeluar dan menduduki tempat yang paling rendah di dalam kerajaan Sorga.

Hukum hudud adalah sebahagian dari legasi hukum-hukum Taurat sepertimana ia pernah dijalankan semenjak zaman Musa a.s.

Persoalannya, apakah Ketua Gereja Sabah sedang galak mengajak orang-orang Kristian sabah untuk mengkhianati pesan Jesus Christ dengan menakut-nakutkan mereka dengan hudud?



Sudahlah pembacaan Perlembagaan dan kontrak sosial dan kontrak Persekutuan yang dinyatakannya jelas cuba mengelirukan. Tetapi, yang lebih teruk ialah bilamana beliau sanggup mengajak rakyat Kristian Sabah untuk menolak hukum-hukum Taurat yang cuba ditegakkan kembali sepertimana yang pernah dipesankan Jesus Christ.

Apakah  beliau mahu semua golongan Kristian di Sabah termasuk dirinya sendiri termasuk di dalam kategori manusia yang ditolak Jesus Christ di hari akhir dengan kata-kata seperti yang dipetik dari Matius fasal 7 ayat 22 – 23 tadi?




Nota :
Untuk menjawab hujah Dusing mengenai Perlembagaan, sila ke artikel lama kami pada pautan berikut:

Untuk Meneliti sikap Dusing berbanding apa yang dinyatakan Jesus Christ di dalam Bible, boleh ke penulisan kami sebelum ini pada pautan berikut  :

Artikel yang memuatkan saranan Dusing boleh dibaca pada pautan berikut :


31 comments:

  1. Golongan penfitnah Jesus perlu belajar bersikap jujur dengan diri sendiri. Hukum Allah SWT dikatakan dogma tak bertempat...tetapi kisah dongeng He-Man diagamakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrk ini ditipu ahli agama mrk sendiri.
      Tanyakan kepada penganut keistian, berapa ramai yang membaca dan memahami Bible itu sendir?

      Delete
  2. Dusing berpusing-pusing. Macam gasing-gasing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dusing, Masing, mmg suka pusing-pusing.

      Delete

  3. Pengikut jalan sesat. Apalah sangat yang boleh diharapkan daripada mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liberal sesat melihat golongan ini seperti Mahdi dan Chai Sen Mrk.

      Delete
  4. Apa nak heran byk Dah paderi gang Sodom n Gomorrah, DLM bible tu, dorang bkn nak ikut, malah dorang nak bunuh nabi lot/lut sendiri. Tambah skrg ni, nabi Dah tak De lagi LA x nak ikut.

    ReplyDelete
  5. Mereka ni entah baca atau tidak bible mereka tu,Sedang kan hukum hudud itu sebahgian nya terkandung dalam sepuloh perintah Allah kepada nabi Musa A.S (TEN COMMANDMENTS) Drekod kan dalam Exodus 20:1-17 dan Deuteronomy 5:6-21. Antara nya larangan membunuh,mencuri,berzina dan memfitnah kita percaya majoriti penganut kristian tak baca kitab mereka.Manakala para paderi dan pemuka agama mereka lebih gemar menyembunyikan kebenaran kepada para penganut kristian.Kita menyeru kepada semua umat kristian di sabah dan di sarawak juga ,sila baca dan kaji bible anda dengan mendalam,Nanti anda akan nampak banyak kebenaran yg disembunyi kan oleh para paderi dan pastor dari pengetahuan anda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa ikut babibuta!

      Delete
    2. maaf. anda nampak nya lebih arif drp Kristian itu sendiri. Mengikut ajaran Kristian Catholic, Perjanjian lama sebelum Jesus tidak diguna pakai lagi. Itu cuma menceritakan apa yang berlaku pada zaman itu. Kami cuma mempraktikkan ajaran selepas kedatangan Jesus iaitu di Perjanjian baru. Ajaran Jesus lembut dan tiada kekerasan.

      Delete
    3. Kasihan saudara anon 22 apr 2015.

      Apa kata saudara membelek sendiri Bible di tangan dan rujuk semula ayat2 yg dipetik di atas.

      Berhenti dr mendengar khutbah2 selektif yg menjauhkan saudara dan domba2 di parish saudara dari ajaran sebenar Jesus.

      Delete
    4. apa kata saudara sendiri fokus pada ajaran Islam & Quran. Tak payah cari kesalahan agama Kristian. Itu lah kelemahan penganut agama Islam, suka memburukkan agama lain. Verses yg dinyatakan di atas adalah dr perjanjian lama. Jangan tulis sekerat2. Tulis keseluruhan verses tu!

      Delete
    5. Tiada siapa memburukkan Kristian. Yg memburukkan Kristian ialah pihak spt saudara yg suka menyerbu tanpa faham apa yg sedang dinyatakan.

      Ayat2 di dalam artikel diambil dari Perjanjian Baru. Jangan malas membaca.

      Kelak disesatkan dalam khutbah2 selektif dalam gereja.

      Delete
    6. ye lah... ingat org tak dapat bezakan yg mana burukkan yang mana tidak? ye lah... suka ati jer cakap paderi/pastor kami menyembunyikan sesuatu lah... ingat kami nie takder akal ke? saya tak selektif. Dakwah tentang Islam di TV, radio pun saya dengar sebab nak dapatkan ilmu. baru saya tau macam mana nak hormati kawan2 beragam Islam. awak komen dari sudut Islam. Saya boleh terima tu. Kasian. Banyak ajaran Kristian yg anda tak faham. Fokus lah pada agama awak. Kalau nak kembangkan agama Islam, ini bukan cara nya. mencari kelemahan agama lain. seeloknya tunjukkan contoh yg baik pada non muslim.

      Delete
    7. Kalau tidak sembunyikan... Boleh saya tahu apa nama sebenar Tuhan dalam Bible?

      Apa rukun paling utama dalam ajaran Jesus?

      Delete
    8. nak check saya benar2 tau apa terkandung dalam bible ker? seperti komen di atas. Kami ikut babi buta ker? cara awak bertanya soklan pun, bunyi macam Islam. Nama Tuhan Islam ada 99 kan? 5 rukun Islam kan?

      Delete
    9. bila nak publish komen saya, admin oooi... mentang2 lah page dier. komen yg dier tak suker, dier tak post. common la admin

      Delete
    10. Knp lari dr jawab soalan di atas?

      Apa nama sebenar Tuhan di dalam Bible?

      Apa rukun paling utama dalam ajaran Jesus dalam Bible?

      Setiap yg lahir dr keluarga yg halal kenal siapa ibu bapanya. Takkan kamu tidak kenal nama sebenar Tuhan kamu di dalan bible?

      Jam sudah 1:30 pg. kami umat Islam mesti mangmbil rehat utk bersolat subuh nanti sepertimana Isa turut bersolat.

      Jawab soalan trsebut. Kami tak pernah takut dgn kebenaran.

      Delete
  6. Bacalah bible., tinggalkan semua Paderi2 yg berlagak menjadi Jesus itu..

    Mereka semua manusia biasa yang menjadikan agama sebagai alat permusuhan untuk mencari makan dan kemuliaan.

    ReplyDelete
  7. aiyah... motif kamu kaitkan bible dengan Hudud jelas. Sorry babe, gua tak kan tertipu... Mau kami setuju dengan perlaksanaan hudud. Hudud is Islam. Jangan samakan Kristian dan Islam. No hudud please. biar berbuih mulut kamu. By the way, selepas kedatangan Jesus, ajaran Nabi Musa tidak diguna pakai lagi! Jangan kait kan Perjanjian lama dengan ajaran Jesus! Kamu penuh dengan tipu muslihat. Sorry! No to Hudud!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasihan saudara anon 22 April 2015.

      Bible kamu pada Matthe sendiri yg menyatakan dgn jelas bhw tiada hukum Perjanjian lama akan dihapuskan.

      Yg menghapuskan ialah paderi2 kamu. Tetapi kitab kamu menyatakan yg sebaliknya.

      Bertaubatlah dan kembali kepada Jalan lurus yg asal.

      Delete
    2. cuba bagi verse Matthew yg mana satu yer? teringin pulak tau dari awak yg arif pasal bible.

      Delete
    3. Jgn memalukan org2 Kristian saudara anon 22 apr 2015.

      Sudah ditulis dlm artikel di atas. Bacalah.

      Patut paderi2 si gereja having a field day menipu domba2 spt saudara. Buang sifat malas utk mencari kebenaran.

      Baca artikel di atas, tentu akan jumpa jawapan pd soalan trsebut.

      Lain kali baca dulu sebelum komen.

      Delete
    4. aiiikkk... itu lah yang selalu saya perhatikan komen2 dr org Islam. Last2 cakap org malas. Suka cakap sekerat-sekerat. Tanya soklan A, tak dapat jawap, cakap orang malas. Saya faham maksud tersirat dalam article di atas. Full stop. Tak payah corner sini sana. Adakah saudara sedih kerana tak dapat sokongan penuh daripada saudara muslim anda sendiri sehingga mengheret orang Kristian untuk menyokong hudud? Dapatkan sokongan dari orang muslim dulu. Tak payah nak ajar orang Kristian ke jalan yg lurus. Anggap lah agama kami sesat. Full stop. biar berbuih mulut saudara, kami tau bezakan yang mana ajaran Islam dan ajaran Kristian. Sangat berbeza sekali. Tak mudah untuk kami confused. Still, no to Hudud!

      Delete
    5. Bukab semua kristian begitu dgn exception kristian spt saudara.

      malas membaca dan brtanyakan soalan yg sepatutnya tidak disoal oleh org yg membaca sebelum bertanya.

      Betul2 memalukan domba2 yg lain.

      Tgk sj komen2 saudara.

      Ia sudah cukup pathetic. Bertanyakan tentang perkara sedangkan jawapan sudah terhidang.
      Membuktikan mmg benar saudara seorang pemalas.

      Tidak adakah kristian lain yg lebih bijak boleh dihantar utk kimen di sini selain dari saudara yg amat pathetic.

      Seluruh umat kristian di Malaysia terpalit dgn tindakan pathetic saudara.

      Tlg carikan yg lebih rajin dan brtamadun utk komen di sini.

      Say no to hudud?

      Cakap saja pada Jesus semasa 2nd comingnya nanti... Tgk apa komennya ke atas kamu nanti..

      Hahah...

      Delete
    6. John 14:6 Jesus said to him, "I am the way, and the truth, and the life; no one comes to the Father, but by me.

      Yang nie tak nak bincangkan? Jangan nak jadi selektif. Pilih verses dari bible yang ada kaitan dengan hudud tanpa membaca dan memahami keseluruhan ayat2 dalam bible. Saya tak salah kan saudara. Manusia suka mendengar jawapan/pendapat yg setuju dengan pandangan mereka. Sebab saudara adalah penganut Islam. Lagi sekali saya sebut, Islam dan Kristian ,adalah 2 entiti yang berbeza. Tak payah confused yer.

      Delete
    7. aiiikk... mana komen saya sebelum nie admin? delete yer? cuba post balik komen saya sebelum nie. biar lah apa tanggapan saudara tentang saya. terpalit pun terpalit lah... what ever you said. Islam and Kristian, 2 entiti berbeza. dont be confused.

      Delete
    8. Anon 23 apr 2015.

      Tak perlu divert dr menjawab dua soalan sya sebelum ni dgn komen pada 00:59.

      Kesian.

      John 14:6 membawa maksud bahawa umat pada zaman Jesus diutus sebagai Rasul.

      Jadi utk mengikut jalan sebenar menuju Tuhan pada waktu itu, org2 yahudi mesti beriman dgn apa yang diwahyukan Tuhan melalui perantaraan rasulNya iatu Isa (Jesus).

      Tp malang, umat Kristian tidak faham akan persaksian tersebut yg cuba digambarkan dalam John 14:6.

      Jadi sudahkah anda mengikut semua saranan Jesus.

      Apa nama Sebenar Tuhan di dalam Bible?
      Apa rukun paling utama dalam ajaran Jesus dalam Bible?

      Dan kenapa kamu menolak utk menegakkan hukum2 Taurat kembali dan menolak ajaran Jesus tetapi percaya kepada insan2 seperti Dusing yg mengajak kamu semua menjauhi ajaran Jesus yg sebenar?

      Tidak takutkah kamu jika pada 2nd comingnya nanti, dia menghalau kamu semua pergi kepada Org spt Dusing krn kamu lebih beriman drpd apa yg disebut Dusing drpa apa yg diarahkan Jesus?

      Jwb soalan. Tak payah pusing2 mcm Dusing.

      Delete
    9. Tidak ada komen yg di delete melainkan kamu tidak reti atau tahu bahawa jam sudah jauh ke tengah malam.

      Isa (Jesus) berehat utk bersolat. Begitu juga dgn muslim yg perlu berehat utk bersolat. Knp kamu sebagai Kristian tidak menyembah Tuhan dgn cara Jesus menyembah Tuhan?

      Delete
  8. Kembali lah ke ajaran Islam yang sebenar. Hati hitam pekat. Penuh prasangka dan kebencian. Contoh nya artikel2 dan komen2 admin pada blog nie. Kesian. duduk dalam kotak empat segi. bila nak keluar dari kotak tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde Christian yg kurang pathetic ke nak hantar selain saudara?

      Apa nama sebenar Tuhan Dalam Bible?

      Apa rukun paling utama yg diajar Jesus dalam Bible?

      Bila mahu org Kristian mahu jawab?

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.