Friday, 27 March 2015

Siapa Sumber Berita Palsu TMI Dalam Kes Berita Palsu Majlis Raja-Raja Menolak Hudud?

Jelas, Majlis Raja-Raja telah mengeluarkan kenyataan. Satu laporan polis telah dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi menafikan berita yang dimuatkan Malaysian Insider. Penafian turut dibuat untuk kenyataan yang dikatakan dibuat oleh Majlis Raja-Raja pada 25 Mac 2015.

Syukur Alhamdulillah, pihak yang sepatutnya memberikan respons mengenai kewartawanan tidak beretika ini sudah pun melakukan perkara yang sepatutnya.

Kini, PDRM perlu menjalankan siasatan yang sepatutnya termasuk mendesak Malaysian Insider mendedahkan sumber kepada berita tersebut. Sama ada benar-benar wujud atau hanya satu watak ilusi yang sering dimainkan sebelum ini, Malaysian Insider harus dipertanggungjawabkan.

Apa sahaja undang-undang negara yang ada dan boleh dikenakan ke atas mereka berkenaan dengan perkara ini, harap tinggi semua pihak agar ianya dapat dijalankan dengan sempurna tanpa ada pengembiri-pengembiri undang-undang daripada jabatan pengembiri undang-undang membuat sebarang kacauganggu kepada proses keadilan tersebut.

Ini bukan isu kecil.  Nama Majlis Raja-Raja telah mereka gunakan untuk mencetuskan rasa resah di dalam masyarakat. 

Ia berkemungkinan akan mencetuskan gelombang rasa tidak percaya umat Melayu Beragama Islam kepada Raja-Raja mereka.

Telah lebih dari 1,000 tahun umat Melayu Islam berwaad dengan satu waad yang dipegang teguh dengan Raja-Raja Mereka.



Waad Melayu sejak lebih 1,000 tahun lamanya:

"Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubah perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah kaki ke atas. Jikalau Raja Melayu itu mengubah perjanjian dengann hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya." (Waad antara Seri Tri Buana dan Demang Lebar Daun sepertimana yang dicatatkan di dalam Sulalatus Salatin)

Waadnya mudah, sentiasa memelihara kedaulatan Islam pada setiap saat dan masa. Ia dipaterikan di dalam Perlembagaan Persekutuan melalui sumpah jawatan Yang DiPertuan Agong di dalam Perkara 37 (1). 

Jika salah satu dari kedua yang berjanji gagal dalam menunaikan janji-janji tersebut, maka segala kemungkinan kepada persetiaan yang telah terjalin memungkinkan segala yang tidak dimahukan kedua-dua pihak untuk berlaku.

Umat Melayu Islam telah berjanji untuk bersetia dengan waad tersebut. Raja-Raja Melayu juga telah berjanji dan bersetia dengan waad tersebut. Selagi Islam kekal diperjuangkan kedaulatannya oleh kedua-dua pihak, selagi itulah waad itu kekal dihormati.

Percubaan TMI dengan membuat berita tidak benar mengenai Majlis Raja-Raja Melayu yang menolak pembentangan hudud adalah satu percubaan besar yang cuba menggugat kepercayaan orang-orang Melayu kepada Raja-Raja Melayu yang telah bersetia dengan mereka sejak ribuan tahun lamanya.

Polis DiRaja Malaysia harus segera mengambil tindakan yang sepatutnya. Pejabat Peguam Negara harus memandang isu yang boleh mengundang fitnah kepada Majlis Raja-Raja Melayu ini dengan pandangan yang amat berat.

Ini bukan satu perkara untuk dibuat main-main.

Semua pihak perlu menghormati Perlembagaan, undang-undang dan prinsip-prinsip asas Rukun Negara. 


2 comments:

  1. Mlagakn orng mlayu dgn raja2 adalh d antra agenda musuh islam yg nk republikn mlaysia. Mrk makin brni krna phak sntiasa mnyotong tk brani brtndak. Klau nk snaraikn lpuran polis d buat k atas pngkianat2 ni Ben, you takdak space nk muatkn dlm colum nnti. Mna polis ! Mna pguam ngara ! Mna boss2 yng brkuasa dlm kes2 mcm ni ? Smuanya MNIKUS takut hlng kuasa, kdudukan dn MR. Adakh mrk2 ini akn hanya brtndak bila IS mula mnganas dn ngara dh jd huruhara ? Tngok PAS, bla ada ahli/pmimpin nsiht jaga2 dgn puak2 Anwariyun yg cba mnguasainya dri dlm - ahli/pmimpin d sngkir atau buat dek aja. Nah skrng PAS dh brgolak. Tkpa la tu dlm pati yg ahlinya lbih kurng satu juta aja. Bayngkn bila sbuah ngra yg pnduduknya lbih kurng 30 juta brgolak, apakh yg akn trjadi ? Fikir2lah pak2 mntri yg dok main politik d sana sini aja tnpa mngutmakn kslamatn islam, rakyat dn ngara !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi soru tak miss Tuan, sotong akan terus makan tanpa perlu ciritkan dakwat..
      Itulah dia dgn pihak2 yg memegang amanh kuasa.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.