Thursday, 5 March 2015

Sawai Intelektual Uthaya Sankar : Umat Islam Harus Kenal Noah Dalam Versi Pemabuk, Bogel dan Pernah Diliwat Anaknya Sendiri??

Entah apa yang dibebelkan Uthaya Sankar. Bible dikatakannya Injil dan Injil pula dikhutbahkannya sebagai mengandungi Old Testament dan New Testament. Jelas beliau sendiri tidak tahu apa-apa yang sedang dibebelkan. Tahukah dia bahawa 3 Synoptic Gospels (Mark, Luke dan Matthew) di dalam Bible itulah yang didakwa sebagai sebahagian Injil oleh orang-orang Kristian dan bukan keseluruhan Bible itu sendiri? Dicampurkan Kitab John/Yohanes, maka ke empat-empatnya dirujuk pula sebagai Canoninal Gospels. Inilah yang cuba dikatakan oleh orang-orang Kristian sebagai Injil.



Umat Islam telah lama menolak keempat-empatnya sebagai Injil asal. Ini kerana telah berlaku gangguan serta sidang redaksi manusia dengan perkataan-perkataan dan idea-idea manusia dimasukkan ke dalam kitab-kitab tersebut. Tetapi tidak dengan Uthaya Sankar. Injil baginya ialah keseluruhan Bible dengan dua bahagian Old Testament dan New Testament.

Lebih menarik, beliau menjelmakan dirinya ke dalam fasa sawai intelektual dan menganjurkan umat Islam untuk membaca Bible untuk mengenali Noah atau Nabi Nuh a.s. melebihi kefahaman umat Islam di dalam al Qur’an. Baginya, al Qur'an itu tidak cukup. Itu menurut katanya.

Kenapa hanya berhenti dengan ayat 94 surah Yunus? Kenapa tidak dinyatakan juga ayat 95 selepasnya? Cerita Nuh a.s. lebih daripada mencukupi terdapat di dalam al Quran. Membaca al Quran untuk sehari dua, memang pastinya tidak akan berjumpa semuanya.
Fasa sawai intelektual Uthaya Sankar ini amatlah menarik. Kami pasti beliau sendiri tidak membaca Bible dan memahaminya dengan betul. Cukup dengan kenyataan Injilnya itu untuk menunjukkan penulisan dalam keadaan sawai tersebut. Rev Murphy Pakiam sendiri pasti mahukan Uthaya masuk ke dalam bilik pengakuan dosanya untuk bertaubat kerana menyebarkan penulisan dengan kefahaman sesat bahawa Injil itu punya bahagian Old Testament.

Pastinya dia tidak mengetahui kenapa umat Islam menolak untuk merujuk kitab Bereishit (Genesis/Kejadian) di dalam Tanakh Yahudi untuk meneladani kisah Nuh a.s. di dalamnya.

Fitnah oleh tangan-tangan jahat manusia yang telah mengubah kisah di dalam Bereishit tersebut sehingga menjadikan Nuh a.s. dengan sabitan sifat-sifat yang amat menghinakan.

Noah dikatakan telah mabuk sehingga hilang kesedaran dirinya dan membiarkan dirinya bertelanjang. Merujuk kepada salah satu Gemarah (Mishnah) dalam Talmud Babylon yang menafsirkan Kitab Kejadian tersebut, telah berlaku peristiwa di mana Noah telah diliwat oleh salah seorang anaknya semasa beliau bertelanjang mabuk 1 . Na’uzubillah.

Apa sebenarnya yang Uthaya mahu capai dalam keadaan sawai intelektual tersebut?

Mabuk?
                                      
Telanjang?????

Diliwat Anak Sendiri?????

Yennadey?!!!!!!!

Kalau tidak faham dan tidak tahu, tolong duduk diam-diam, bayar cukai sebelum tarikh akhir dan belajar menjadi warga negara yang tahu menghormati sensitiviti pihak yang lain. Itu sudah cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja warganegara di negara bertuah ini dihormati hak dan kehidupan mereka.

Sebenarnya Uthaya, tidak perlu dikhutbahkan kepada umat Islam supaya belajar untuk mengkaji kitab-kitab agama lain. Ini kerana mereka telah terlebih dahulu membuat kajian dan telah lama bersikap terbuka tentang idea perbahasan perkara-perkara di dalam agama lain. Hanya saudara tertinggal gerabak keretapi.

Cuma mereka berasa amat jelak, apabila ada pihak yang baru sehari dua membuka Bible dan lain-lain kitab agama, datang dalam keadaan bersawai intelektual cuba mengajar mereka sesuatu yang dia sendiri pun tidak fahami.

Please la... ia sangat-sangat memualkan. Penulisan tersebut boleh ditelanjangkan satu persatu, tetapi kami menolak untuk melakukannya lebih daripada yang sepatutnya supaya menyedarkan Uthaya dari sawai intelektual pakar perbandingan agamanya.




Rujukan :

9 comments:

  1. Dia ni tuan Ben, mmg kerja dia utk ridicule umat Islam dan Melayu dgn write up yg dibedakkan dgn bedak intelektual.

    Tp kosong.


    Elok sebat ja dia ni sampai sedaq. Dok bersawai diluar musim sawai ni bg org hangat hati ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasan intelek sebenarnya dia ni.

      Delete
  2. Todi cap apa dia minum?

    ReplyDelete
  3. Dia ni mgkin nk kata yg Al-Quran tu tak lengkap...jd tak perlu org bukan Islam terima sesuatu yg kurang lengkap.

    Dia ni nk preempt effort nk satu jiwa satu Al-Quran yg NGO Islam sedang usahakan! Itu saja..takkan kita nk percaya anak creative writing sudah jd scholar comparative religion kut?

    Seriously?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah habis modal tenaga penulis maka terpaksa lah digerakkan semua yang boleh mengeja Bahasa Melayu lebih baik sedikit dari graduan vernakular yang Bahasa Kebangsaan mereka pada tahap sampah sarap untuk menulis penulisan-penulisan perasan intelek tetapi isikandungan seperti hampas intelek.

      Delete
  4. US senaja jaja konsep pluralisme agama ikut pintu belakang! Dia memang suka jolok sarang tebuan. Apa lagi lepas ni?

    Apalagi Uthaya Sankar mahu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia mahu pintu belakang ke sungai buloh kot?

      Delete
  5. Mmng ben dia ni klumpuk sg bulu. Sahabt kita tnya todi cap apa dia tlan ! Jwpn dia Todi cap Biawak.... kta kt dia pohdah and go back to your ancestors' country. Ini Tanah Mlayu - tanah air orng Mlayu Islam, barua !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tgh bersawai tuan... org lain bersawai sehari, dia bersawai sepanjang masa.....

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.