Tuesday, 10 March 2015

Perbuatan Menghina Agama Persekutuan

Dalam usaha Islamic Information and Services Foundation (IIS) untuk berkongsi sejuta Al-Quran terjemahan dalam empat bahasa Mandarin, Tamil, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang mendapat kecaman dan tentangan terbuka daripada beberapa pihak bukan Islam terutamanya majlis kafir MCCBCHST yang selama ini masih berselindung dengan sikap benci Islam mereka, tiba-tiba umat Islam dikejutkan pula dengan berita bahawa Mubaligh Kristian meninggalkan risalah Kristian di beberapa kampung di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Risalah Kristian tersebut telah ditinggalkan di luar rumah beberapa penduduk kampung beragama Islam pada hari Rabu lalu dan ini telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin yang berkata kes ini disiasat mengikut Seksyen 298 A Kanun Keseksaan kerana telah menimbulkan keresahan agama.

Perbuatan tersebut juga telah mendapat kecaman daripada Ketua Menteri Pulau Pinang walaupun kenyataan melepaskan batuk ditangga tersebut dilihat seperti mahu menidakkan kesalahan kepada Mubaligh Kristian dengan mengatakan bahawa perbuatan tersebut dibuat oleh ‘deviants’ Kristian.

Ketua Menteri tersebut juga pada lewat tahun lepas cuba bermain api dengan kenyataan tidak bertanggungjawab bahawa orang bukan Islam di negeri tersebut tidak terikat dengan larangan menggunakan kalimah ‘Allah’. Kenyataan yang mendapat kecaman ramai tersebut dipercayai telah membuka pintu kepada usaha agresif Mubaligh Kristian untuk cuba ‘berdakwah’ kepada umat Islam di negeri yang ditadbir oleh parti DAP itu.

Perbuatan tersebut juga mungkin usaha pintu belakang untuk menidakkan usaha yang sedang dilakukan oleh program ‘One Soul, One Quran’ yang dikatakan sebagai satu usaha yang tidak adil kerana golongan bukan Islam tidak dibenarkan berbuat perkara yang serupa terhadap umat Islam kerana Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan undang-undang negeri boleh mengawal atau menghalang usaha dakwah agama bukan Islam kepada umat Islam.

Mungkin ketika sesetengah daripada masyarakat bukan Islam seperti Uthaya Sankar dan Ravinder Singh sedang cuba-cuba mengajar umat Islam tentang agama yang mereka anuti dan Al-Quran itu sendiri, supaya dilihat kurang lengkap, kurang difahami oleh umat Islam sendiri dan bukanlah ‘absolute truth’, terdapat pula usaha daripada satu lagi ekstrem supaya meneruskan debat bahawa usaha ‘One Soul, One Quran’ itu tidak adil dan sepatutnya diberhentikan segera.

Dalam keadaan ini kerajaan Malaysia diminta supaya lebih bertegas dalam usaha untuk membendung perbuatan yang jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara. Segala usaha yang bertentangan dengan undang-undang harus diambil tindakan sewajarnya.

Yang Di Pertuan Agong telah bersumpah untuk memelihara agama Islam bagi setiap masa. Baginda telah mengamanahkan setiap urusan Seri Paduka Baginda untuk diuruskan oleh pemerintah yang sedang memerintah bagi pihak baginda kini. Apakah amanah pemerintahan itu telah dijalankan ke tahap paling optimum supaya sumpah YDP Agong di dalam Perkara 37 (1) Perlembagaan Persekutuan tidak dikompromi?

Apapun alasan, Islam melihat keadilan kepada meletakkan sesuatu kepada tempatnya. Tidak dapat tidak. Islam adalah Agama Persekutuan, namun kenapakah seperti masih terdapat ruang yang selesa untuk anutan-anutan selain Islam, satu-satunya agama yang ‘diiktiraf’ Perlembagaan Persekutuan, untuk melakukan seribu satu perkara yang jelas bertentangan, tidak aman dan tidak damai dengan Islam, Agama Persekutuan?


1 comments:

  1. Krjaan ni mmng lmh yg d kndali pmimpin lmbek sprti sotong walaupun ada undng2 yg mnjga nma baik islam. Ktua DAPig blakun mrah mngnai pnyebran ajarn kristian d bpulau. Dua thun bturut2 barwa ni isthar d ppinang rakyat bolh gunapakai kalimh Allah. Orang kapiak ni mna boleh snang tngok islam d kmbangkan. Jgn dok pcya kat puak2 harami ni so kta kna bngkang dn tolak kta2 manis yg d dlmnya brupa racun untuk mmbunuh agama islam. Wallahuaklam.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.