Monday, 16 March 2015

Opera Odikal* MCA : Orang Bukan Orang Hantu Bukan Hantu

Lebih seribu tahun lamanya Islam bertapak di Nusantara. Apabila Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah 1, maka bermulalah Empayar Kesultanan Islam di Kedah. Tarikhnya dicatatkan pada 1136 hingga 1179 Masihi.

Di Terengganu, Batu Bersurat Terengganu yang berisikan petikan hukum hudud ditarikhkan pada 1303 Masihi.

Untuk sebuah penulisan berevolusi dari skrip Kawi, Pali dan kemudian kepada Jawi yang mampu dibaca secara umum oleh semua pihak, prosesnya tidak berlaku dalam sehari dua mahu pun setahun dua. Malah 57 tahun juga pun tidak. Lihat sahaja produk-produk vernakular tempatan. 57 Tahun merdeka, bukan hanya tidak fasih malah masih memerlukan khidmat penterjemah apabila didakwa di mahkamah-mahkamah. Malah ada yang sampai menjadi Ahli-Ahli Parlimen tetapi Perlembagaan Persekutuan sendiri pun tidak difahami sepenuhnya.

1303 tarikh yang dicatatkan pada Batu Bersurat Terengganu bukanlah menunjukkan tarikh Islam datang ke Semenanjung Tanah Melayu, tetapi Batu Bersurat tersebut menunjukkan kepada kita bahawa pada tahun 1303, proses evolusi asimilasi budaya Islam ke dalam masyarakat Melayu sudah pun lengkap dan matang. Untuk sebuah evolusi masyarakat dan penulisan di dalam masyarakat berevolusi mencapai tahap kematangan seperti ini, ia memakan masa beratus tahun lamanya.

Lihat sahaja dengan generasi produk vernakular tempatan. Mereka mendakwa mereka sudah berada di Semenanjung Tanah Melayu sejak lebih ratusan tahun lamanya. Tetapi apakah mereka sudah berasimilasi sepenuhnya dengan budaya tempatan, bercakap dengan fasih bahasa tempatan dan menggunakan sepenuhnya tulisan bahasa tempatan di dalam kehidupan sehari-harian mereka. Bukankah itu sangat jelas menunjukkan bahawa sesuatu evolusi itu pasti memerlukan masa yang panjang untuk berlaku?

Paranoid.

Sejak Islam bertapak dan menjadi kuasa pentadbiran di negara-negara Melayu di Nusantara, tongkang-tongkang dari China bertali arus masuk dan keluar. Tetapi kebanyakannya masuk tidak keluar-keluar. 

Untuk golongan yang masuk dan tidak keluar-keluar, mereka mendapati Negara-Negara Melayu Nusantara, lebih menjanjikan peluang kehidupan yang lebih cerah, selamat, adil dan lebih selesa berbanding tanah tumpah darah mereka sendiri yang bergelumang dengan pelbagai masalah dan peluang-peluang kehidupan yang semakin sempit di sana.

Tiada seorang pun daripada mereka mempertikaikan undang-undang Islam yang diamalkan serta dijalankan di dalam negara-negara Melayu tersebut.

Kurun ke 14, Hukum Kanun Melaka sejak Kesultanan Melayu Melaka juga menerapkan undang-undang Islam di dalamnya. Tongkang-tongkang dari China masih bertali arus masuk mencari kehidupan yang sempurna dan berasa senang untuk terus berada di negara Melayu tersebut tanpa rasa mahu pulang.

Kemudian datang pengganas Kristian Portugis. 1509, mereka lari lintang pukang ketika mana orang-orang Islam di Melaka bersatu. 1511, pengganas Kristian Portugis ini kembali ketika mana sudah wujud watak-watak seperti Ninachatu dan Si Kitul yang memecahbelahkan dan menjadi pengkhianat kepada orang-orang Melayu.

Hasilnya, Kesultanan Melaka rebah tetapi tumbuh kembali dan membuka negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu. Portugis hanya menguasai Melaka dan pelabuhannya. 

Setelah Portugis, datang pula pengganas Kristian Belanda. Selepas Belanda, datang pula kumpulan penipu Kristian Inggeris. Mengganas dan menipu seolah menjadi lumrah kepada kumpulan yang cuba menguasai negeri-negeri Tanah Melayu.

Tetapi, sejak pengganas dan penipu Kristian Eropah bertapak di Semenanjung, mereka tidak dapat menyentuh kuasa dan mengubah hak-hak Islam di dalam negeri-negeri Melayu.

Setelah Melayu kembali bersatu, pada 1957 negara akhirnya bebas sepenuhnya daripada semua perjanjian untuk menerima penasihat-penasihat Residen Inggeris.

1957, Persekutuan Tanah Melayu mempunyai Perlembagaan baharu. Islam diletakkan sebagai Agama Negara. MCA dan MIC bersetuju kerana orang-orang Melayu mahu berkompromi dengan menawarkan kepada mereka taraf warganegara.

Sehingga hari ini, orang-orang Melayu belum bangkit mempersoalkan kewajaran Kontrak Sosial terbabit. Ia hanya berlaku dalam perbincangan di kedai-kedai kopi. Parti-Parti Politik Melayu yang besar belum bersuara dengan tegas mempertikaikan kontrak sosial terbabit.

Tetapi berbeza dengan Parti-Parti Politik berteraskan adik beradik Cina seperti MCA dan DAP. Mereka kini lantang secara rasmi sedang mempertikaikan kontrak sosial ini.

Tidakkah mereka terfikir bahawa apabila Melayu bersatu nanti, dan jika mereka benar-benar sudah fed-up dengan perangai kiasu tak kenang dek untung golongan yang tidak fasih berbahasa kebangsaan ini, takut nanti cakap-cakap kedai kopi berakhir di Parlimen menuntut 61% kek ekonomi negara dikuasai Melayu, memperkenalkan cukai kepala, cukai tidak fasih bahasa kebangsaan, penutupan sekolah-sekolah vernakular, mewajibkan nama nasional digunakan seperti di Indonesia dan merealisasikan apa sahaja yang pernah muncul dalam fantasi paranoid Lim Kitsiang dan keturunanannya.

                                               Paranoid Tak Habis-Habis. Apa Hal Dengan Diorang Ni?



Semalam, giliran paranoid MCA. Beratus tahun nenek moyang mereka hidup di dalam sistem kerajaan negara-negara Melayu yang berteraskan hudud al Quran tanpa membantah. Malah sehingga sanggup menumpahkan benih untuk melahirkan keturunan yang akhirnya akan diterima menjadi rakyat Malaysia hasil toleransi orang-orang Islam di Tanah Melayu. Ini kerana nenek moyang mereka yang waras ini tahu bahawa apabila Melayu dikawal oleh agama mereka secara tegas sepenuhnya, Melayu tidak akan menindas, tidak akan bersifat perkauman, mementing keadilan sesama manusia dan akan memajukan negara sebagaimana yang dianjurkan Islam.

Plesiden MCA berkata di dalam laporan portal Cina bernama Melayu, Malaymail :

"We cannot allow the non-Muslim community to live in fear and under threat forever," MCA president Datuk Seri Liow Tiong Lai said in his address. (1)

Plesiden MCA sebenarnya menghina kebijaksanaan nenek moyangnya yang pada ketika itu sangat yakin untuk tidak pulang kembali ke Tanah Besar China apabila tinggal di negara Melayu yang diperintah oleh undang-undang Islam pada waktu itu. Malang bagi nenek moyangnya untuk mempunyai cicit yang sangat paranoid tidak tentu hala.

Kemudian beliau berkata : 

MCA today also called for a national response to “embrace moderation and reject extremism” following the rising support for militant group Islamic State (IS) in the country. (1)

Ya, kami bersetuju pada separuh kenyataan Plesiden MCA. Tetapi, ekstremisme bukan hanya berlaku pada golongan penyokong IS, tetapi turut berlaku dikalangan mereka yang terdidik dengan dakyah vernakular tempatan. Setakat ini, mereka-mereka yang dikatakan terlibat dengan IS belum bertindak ganas dan diluar ketamadunan manusia waras di dalam negara. 

Tetapi, IS Vernakular sudah pun bertindak ganas dan membuat provokasi ganas untuk mencetuskan ketegangan kaum dan agama di dalam negara.

Plesiden MCA harus jujur untuk mengakui bahawa IS Vernakular juga turut wujud. Jadi, sebagai Plesiden MCA, beliau juga seharusnya menunjukkan kesungguhan yang bersungguh-sungguh untuk memastikan isu keganasan IS vernakular turut ditangani supaya peristiwa seperti 13 Mei 1969 tidak berulang kembali di Tanahair ini.

Kita semua cintakan keamanan. Tetapi peristiwa-peristiwa dan provokasi IS verkanular seperti di bawah ini sangat-sangat mengundang bahaya. Plesiden MCA harus segera bertindak selari dengan apa yang dianjurkannya seperti petikan di atas.







“Despite being so crazy and cruel in its religious extremism, the terrorist organisation IS attracts many Malaysians to join … This is a wake-up call that this terrible and unhealthy IS trend has hit Malaysia,” Liow warned.  (1)

Thanks to you and your likes la MCA and DAP. Orang tidak menjadi gila dalam satu hari. Provokasi yang berterusan menjadikan golongan yang selama ini cuma memendam rasa dan perasaan marah mereka, menggunakan semua provokasi ini sebagai satu alasan untuk mereka bertindak ganas.

Jadi, Ingat... Setiap kali anda berparanoid, anda hanya mencipta dan menimbunkan satu demi satu alasan untuk golongan yang mudah bertindak ganas untuk keluar dan menggunakan sikap paranoid anda sebagai alasan untuk memberi mereka justifikasi dengan tindakan ala IS mereka.

Bermuhasabahlah tuan Plesiden.





Rujukan :

1) http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/mca-says-will-oppose-pass-hudud-to-prevent-constitutional-crisis#sthash.MlmgEEwH.dpuf

*Odikal : Otak Di Kepala Lutut. Pinjam terma Helen Ang.

9 comments:

  1. Memang depa ni saja cari nahas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak gaya, Gene kewarasan nenek moyang mereka tidak dapat diwarisi dengan sempurna oleh golongan ini.

      Delete
  2. Gambar dia pakai baju Nazi tu kasi viral kat US pun ok. Sebab diaorg mmg sensitif dengan benda tu terutama pihak Yahudi sbb Hitler kononnya telah bunuh berjuta yahudi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok sgt tu tuan.

      Kami pernah mencadangkannya dalam Artikel sebelum ini..

      http://www.bangkit.info/2015/02/nazi-alvavi-bebas-hina-islam-apa.html

      Delete
  3. Betoi Ben. Pasai apa pengganas Vernakular boleh terlepas radar pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb pengganas vernakular mmpunyai towkey2 yg menternak politikus penakut macam tikus kita dalam poket2 mrk.. tidak kira dipihak mana mrk berada, semuanya diternak di dalam poket ketua2 pengganas vernakular..

      Delete
  4. Mereka makin aggressive kerana menjadi sombong setelah China berjaya menguasai ekonomi dunia..

    Kekuatan dari luar itu menyebabkan mereka boleh berlagak samseng kerana ada abang BESAR.

    melupakan sejarah asal usul yg dulu pernah dibela dengan baik oleh masyarakat nusantara.

    Mmg dasar yg tak mengenang budi baik setelah menemui kekuatan lain. Lalu cuba membuli pula manusia/ sistem yg pernah menyelamatkan mereka dari kebuluran dan kezaliman negeri asal mereka.

    Akhirnya orang yg dulu ada budi pekerti, sipan santun asalnya, menghormati tetamu juga sudah mula menjadi liar..

    Jangn sehingga ada yg mati menjadi mangsa akibat KEMPEN PARTI BODOH yg menjanjikan SYURGA untuk manusia2 angkoh ini..

    Adalah lebih baik manusia2 angkoh ini meninggalkan Malaysia yg tak sebaik dari negara asal mereka yg diyakini lebih maju itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya, mrk lebih besar kepala kerana adanya Singapura dan fund2 dari Taiwan.

      China tidak mahu menerima mereka sejak dahulu. Kesombongan mrk juga menyebabkan China tidak cukup standard bagi mrk.

      Gol ini lebih kepada asosiasi dgn Singapura dan Taiwan. Semenjak Singapura mmpunyai ketumbukan tenteranya sendiri, wang yg banyak dan dibentuk utk mnjadi kembar Israel ditengah2 negara Islam, mrk ini besar kepala.

      Tetapi kepala mrk menjadi betul2 besar bila ada watak2 Melayu pengkhianat seperti Ninachatu dan SiKitul muncul dalam jumlah yg memberikan mereka Harapan Baru Utk Malaysia.

      Malaysia dan China tidak gemar dgn gol spt ini.

      Delete
  5. Smuanya brpunca dri umno mnsuh ISA-Aljuburi mngepalai sgala tntutan mrk dn PAS bkrjasama dgn babi2 ni mka dri betis ke paha la. Smuanya ni orng mlayu islam la bg jln. Nak salah sapa lg kalau bkn kategori mlayu islam yg sy ktakn d atas.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.