Thursday, 26 March 2015

Malaysia Semakin Tidak Selamat, Terima Kasih Kepada Anak Professor Tajuddin

Ketua Polis Negara telah menyatakan kerisauan tentang perkembangan terbaru di dalam negara. Telah berlaku dengan begitu berleluasa tindakan demi tindakan provokasi yang dilakukan sehingga boleh mencetuskan reaksi balas yang keras dari pihak-pihak yang mungkin bertindak melampau.

Terima Kasih Prof Dan Keluarga

Terbaru, anak kepada ahli DAP, Prof Tajuddin Rasdi, yang tidak mempunyai apa-apa kedudukan besar di dalam parti tersebut kerana warna kulitnya, telah membuat satu racauan yang mengganggu kestabilan dan keamanan hidup bermasyarakat di bumi Malaysia.


Video yang dilihat mempersenda-sendakan Islam, dibuat dengan kerjasama Projek Dialog yang sememangnya sudah sekian lama terkenal Kebal dari segi undang-undang melebihi kekebalan Majlis Raja-Raja. Sudah banyak laporan polis yang dibuat, tetapi dijadikan dedak untuk memboroikan anai-anai sebaik semua kes diklasifikasikan sebagai "No Further Action" oleh pejabat pengembiri undang-undang.



Aishah, mungkin bodoh. Umat Islam boleh memaafkan sesuatu tindakan yang dilakukan kerana si pelaku tidak mempunyai ilmu, atau pendek kata lembam. Tetapi masalahnya, Aishah dan keluarganya mengakui mereka dari keluarga intelektual dan bijak. Jadi bagaimana mungkin umat Islam boleh memaafkan sebuah keluarga yang setaraf dengan "Einstein Tanpa Pencapaian Ini", jika mereka melakukan satu bentuk tindakan yang mengganggu gugat keharmonian kaum dan agama di negara ini?

Apabila video yang menunjukkan seorang gadis dengan keupayaan memahami undang-undang secara lembam, tetapi mengakui dirinya lebih bijak, terbuka, Einsteinwati, mencetuskan kontroversi menghina usaha pelaksanaan hukum hudud di Malaysia, maka perkara itu mencetuskan pelbagai bentuk reaksi dari kalangan rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia telah menggunakan hak kebebasan mereka untuk bersuara. Jelas apabila rakyat Malaysia menggunakan hak mereka untuk bersuara, pihak-pihak yang selama ini cuba menjadi juara hak kebebasan bersuara mula mempamerkan rasa tidak senang mereka. Ini termasuklah professor malang ini kerana perlakuan anaknya telah menyebabkan dirinya tidak dapat tidur malam.

Gangguan kepada sisi emosi dan mental Professor ini sehinggakan beliau mencampakkan keupayaan intelektual dan akademiknya ke belakang punggung. Prof Tajuddin Rasdi mula meracau membuat tuduhan tanpa bukti dan sandaran yang benar apabila menuduh anaknya diugut oleh orang-orang Melayu beragama Islam.

Persoalannya, apakah beliau boleh membuktikan tuduhannya itu dengan bukti yang tidak tertolak bahawa semua akaun laman sosial yang mengugutnya itu benar-benar milik orang Melayu beragama Islam?

Siapa sahaja boleh menjadi sesiapa sahaja di laman-laman sosial. Mat Afrika boleh menjadi seorang Jutawan Romeo dengan wajah ala Leonardo DiCaprio di laman-laman sosial. Ah Seng, tentera RBA boleh jadi Abu Bakar al Baghdadi di dalam laman-laman sosial. Jadi bagaimana beliau boleh memalitkan najis pada gelaran professor yang ada padanya dengan menuduh orang Melayu Islam melakukannya tanpa beliau sendiri boleh yakin dengan pasti pemilik-pemilik akaun itu bukan dari RBA?

Yang perlu Professor Tajuddin Rasdi buat ialah memastikan semua akaun yang mengugut bunuh dan rogol anaknya itu benar-benar akaun milik orang Melayu beragama Islam. Sehingga beliau boleh membuktikan perkara itu, barulah beliau boleh membuat rungutan dalam nada tuduhan tersebut.
Bawa bukti atau lebih baik diam dan didik ahli keluarga supaya kenal undang-undang dan prinsip-prinsip asas Rukun Negara wahai Professor.




14 comments:

  1. Banyak juga professor yang jadi gila, berkelakuan jijik dan tidak senonoh.

    Setelah bertahun2 mengkaji pemikiran mereka melangkaui dogma, menyiasat persoalan pelik dan mula menpersoal Tuhan.

    Maka dgn tidak sengaja atau sengaja persoalan seperti mengapa wanita tiada ZAKAR dijadikan alasan bodoh untuk memberi hak saksama.

    Allah telah jadikan species, fungsi makhluk untuk berperanan dalam role masing2.
    Tak perlu jadi prof atau mat saleh yang banya berfikir sampai merosakkan alam.

    Fitrah majority Nusantara beragama Islam, hidung kemek kulit sawo matang, tak perlu diulas. Jika masuk Kristian, pastinya manusia disini tak gembira dan menyembah makhluk Caucasian.

    Banyak Negro termasuk yg ternama seperti Mle Jakson menyesal menganut kristian yg gagal menjadikan bansanya setaraf mat salleh.

    200 tahun dulu melalui penulisan sarjana British Melayu - domestically happy and freedom in nature. R.O Winstedt juga mengungkap demikian.

    Persoalan meremehkan Tudung, Hudud hanyalah mainan untuk merosakkan keamanan benua yang ditumpangi makhluk yg cuba lari dari kebuluran dan kekejaman kerajaan asal negara mereka.


    Malang sekali. Anak professor yg Lembam akal tergagap2 membaca berita dijadikan alat propaganda yang menjatuhkan nilai intelek dan mungkin bakal mencetus kakacauan sosio ekonomi jika pihak2 yg kononnya reformis dari BFM mengatur langkah dari prepektif dan kesedaran Barat atau kesasauan dari kemunculan China menyaingi kuasa barat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah apa la yg di professkan oleh professor ini. Prosessornya jelas seperti rosak dengan tuduhan melulu seperti itu.

      Delete
  2. Bapak Prof...mak pakai tudung...anak free flow hair...tak tutup aurat....ketua keluarga dayus si bapak prof nie rupanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tidak tumpah bodoh melainkan atas kebodohan jugak..

      Delete
  3. Laaa..
    Ada lagi keluarga tunggang terbalik dlm msia ni.
    Ingatkan bang non sungai buloh sj ada keluarga 69.

    ReplyDelete
  4. Shabt kta mak pkai tudong dn bpak prof ! Apa hebtnya pkai tudung sdngkn itu fesyen bkan tutup aurat ! Btul bnyak prof kaji punya kaji akhirnya dia pula d kajikn oleh doktor pkar mental. Nasiht kta, agr prof dn klurganya brtaubat la, dn mntak ampun ke hadzrat Allah swt untk kmbali ke jlan yg bnar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mgkin prof ni tgh tunggu masa utk jadi subjek kajian.

      Delete
  5. BFM mengatur langkah dari prepektif dan kesedaran Barat atau kesasauan dari kemunculan China menyaingi kuasa barat.

    Bila SKMM nak tarik balik lesen penyiaran kepada BFM. Berapa kali BFM nak hina Islam dan Umat Islam baru SKMM nak ambil tindakan? Adakah dengan pertumpahan darah baru SKMM buka mata dan bangun daripada mimpi yang panjang?

    SKMM don't be so cheeky tak bertempat boleh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa la yg ketuai SKMM yg cheeky sangat tu..
      Trlalu lembab utk faham situasi.

      Delete
  6. mungkin IS yang buat ancaman bunuh tu. mungkin ada yg dah balik sini.kan ke ramai rakyat malaysia join IS. mungkin boleh juga ambush puak2 yang selalu menhentam islam kat negara ni. masa tu jgn plk salahkan polis. seniri mau ingat la, sarang tebuan jangan dijolok. you get what you give.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mgkin juga.
      Mgkin elok PDRM siasat prkara ni segera supaya Aisyah boleh diletakkan di dalam tempat yang paling selamat dibelakang jeriji besi.

      Delete
  7. Bkn aishah sj kna boh blkng jerji besi tp mak bpak dia skali, bru smua slamt. SKMM ni ktua dia pondan. Elok ltak dia bsama al juburi dlm bilik yg sma kat sungai buluh. Bkn bfm sja yg dia tkut tp bnyk lg yg dok fitnh islam dn raja2 dia tk brani trmsuk mlaysia kini dll.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.