Sunday, 8 March 2015

Malaysia & Rasa Rendah Diri

Megat Rizal M.H.

Acapkali sering kita mendengar sesetengah pihak daripada kalangan warga kita sendiri yang suka sangat membandingkan negara kita yang mempunyai populasi hampir 30 juta orang dengan negara sebuah pulau yang besar sedikit saja daripada Pulau Pinang.

Menurut mereka ini semuanya baik-baik belaka di Seberang Tambak, kerajaannya tidak rasuah, taraf hidupnya kelas satu, gajinya tinggi, tukaran wangnya besar, malah segala macam perbandingan dilemparkan supaya Malaysia kelihatan serba tidak kena hendaknya dengan kepimpinan sedia ada.

Sindrom kiasu tidak bertempat dan tidak pernah mahu bersyukur dengan ‘hujan batu di negeri sendiri’ ini semakin menjadi-jadi semenjak kemenangan parti-parti politik yang membawa ide politik baru, yang menghalalkan apa saja cara dan isu, asal saja ianya kelak bakal membawa kemenangan kepada pakatan mereka.

Penting untuk kita, semua, sama ada yang menyokong mereka dan politik baru yang mereka bawakan, atau tidak, kesetiaan mereka terletak di mana sebenarnya?

Di Amerika Syarikat yang sering dibangga-banggakan mereka contohnya, sama ada seseorang itu daripada parti Republikan mahupun Demokrat, mereka tidak pernah akan lupa bahawa mereka masih lagi warga Amerika, yang akan bangun berdiri tegak menghormati setiap kali lagu The Star-Spangled Banner dimainkan dan mempertahankan apa saja dalam kerangka sebagai warga yang patuh dan patriotik.



Dikalangan kita pula, kerana bencikan sesebuah parti politik yang sudah lama memerintah Putrajaya contohnya, ada yang memilih untuk menghina Negaraku, Jalur Gemilang dan Perlembagaan Persekutuan. Bakal pemimpin yang bagaimanakah sedang sesetengah daripada kita bantu berarak ke Putrajaya kini?

Adakah ini merupakan barisan pemimpin pilihan kita semua menjelang negara mencapai status negara maju 2020 kelak?

Adakah dengan ‘Ubah’ dan ‘Ini Kalilah’ bermakna kita harus menjadi seorang warga sebuah republik baru yang semakin kelihatan sisi hodohnya kelak? Jika tidak kenapakah pula, ramai daripada kita yang mahukan perubahan contohnya, sering menitik-beratkan apa yang Barat fikir dan mahu, untuk negara kita?

Kerdil sangatkah Malaysia sehinggakan semua yang bakal dilakukan harus mendapat tempat dan pujian dikalangan kerajaan atau organisasi Barat?

Kita tidak ada masalah jika teguran tersebut sememangnya berasas namun golongan ini kelihatan selalunya seperti sengaja mahu memperkecilkan seribu satu bentuk pencapaian yang telah dibuat oleh kerajaan sedia ada. Hal ini boleh dilihat dengan keghairahan mereka memburuk-burukkan negara di dalam dan di luar negara.

Khabarnya, himpunan untuk memperjuangkan seorang pesalah liwat bakal diadakan di sepuluh bandar besar di luar negara, serentak dengan demo yang bakal diadakan di Kuala Lumpur. Mungkin mereka perlu lebih belajar bersyukur supaya keamanan dan kesejahteraan yang kita nikmati kini, tidak hilang begitu saja seperti yang dapat kita lihat disesetengah negara dikalangan kita.

Tentunya juga dalam kita memperjuangkan hak seorang individu, mahupun hak rakyat  sekalipun kita tidak mahu Malaysia bertukar menjadi Mesir pasca Arab Spring dan Morsi?! Apa yang ada pada rakyat Mesir sekarang ini selain daripada kegagalan ekonomi dan kesengsaraan politik sebahagian besar warganya.

Jadi tentunya kita kurang senang apabila susuk-susuk yang jelas bersikap anti kerajaan sedia ada semakin galak melatah dengan segala macam pernyataan yang semakin memperlihatkan kekerdilan jati diri mereka dan kedangkalan buah fikiran mereka kerana seperti sering mahu cuba untuk menjadi ‘poodle’ kepada Barat dan agensi yang menggerakkannya.

Semalam penganjur #KitaLawan dengan bangga seolah-olah mahu memberi amaran kepada pihak berkuasa Malaysia bahawa demo haram yang bakal diadakan mereka kelak akan dihadiri pemerhati-pemerhati antarabangsa! Tentunya kita faham babak-babak drama yang bakal dipersembahkan kepada pemerhati-pemerhati antarabangsa, yang datang dengan seribu satu dossier untuk menekan Malaysia di peringkat dunia kelak.



Adakah Kuala Lumpur bakal bergolak dan berdarah seperti Hong Kong suatu ketika dulu?
Bentuk campurtangan luar yang galak diberikan oleh Barat kepada beberapa isu Malaysia terutamanya berkenaan dengan isu yang membabitkan ‘agen’ mereka Anwar Ibrahim, meminjam terminologi Tun Mahathir beberapa hari susuk tersebut dipenjarakan, sememangnya difahami.

Tentunya rentetan daripada itu kita masih ingat anak kepada pesalah tersebut ada memberitahu satu Malaysia bahawa wakil daripada kedutaan Jerman akan ‘mencemar kaki’ melawat Kompleks Penjara Sungai Buloh untuk melihat dan memeriksa keadaan ‘Perdana Menteri Menunggu’ tersebut.

Tambah Nurul Nuha lagi, “World leaders have expressed their disappointment,”. Betul lah tu!

Untuk pengetahuan Nurul Nuha juga rakyat Malaysia masih ingat akan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Lim Kit Siang bahawa “Malaysia again the international doghouse over the rule of law, democracy and human rights – no more terrible start for Malaysia this year as member of UNSC and Chairman of ASEAN”, hanya kerana bapanya, rakan seperjuangan Lim Kit Siang dipenjarakan selama lima tahun.

Begitu mudah negara kita diperlekehkan di peringkat antarabangsa seperti menunggu-nunggu Malaysia yang aman, damai dan sejahtera, gagal seperti kebanyakkan negara yang berpenduduk Islam yang tinggi lain.

Hanya kerana seorang yang dipuja sebagai ‘Anugerah Tuhan’ didapati bersalah atas kes jenayah luar tabie, seluruh negara terpalit dengan tuduhan sangat menghina. Institusi Kehakiman juga tidak terlepas daripada tuduhan yang sangat menghina. Dashyat sungguh politik baru yang dimainkan mereka. Sama seperti George W. Bush, si redneck asal Texas, yang suka memberi ultimatum kepada mereka-mereka yang tidak mahu mengikutnya, sebagai musuh-musuhnya!

Lim Kit Siang merupakan salah seorang tokoh veteran dalam parti DAP, sebuah parti yang baru-baru ini telah memperkecilkan kedudukan universiti-universiti tempatan kita yang dikatakan tidak berkualiti dan bertaraf rendah, hanya kerana sangat sedikit warga Australia dan Eropah belajar di sana. Tentunya warga antarabangsa lain, cerdik pandai daripada lain-lain negara tidak menjadi ukuran kerana mereka bukan ‘Aussies’ dan ‘Europeans’ seperti yang dipersoalkan oleh ahli DAP yang juga merangkap pengarah sebuah badan pemikir Pulau Pinang.



Masalah inferiority complex mereka memang jelas kelihatan. Pada mereka apa saja yang datang daripada Barat, tentunya baik-baik belaka. Mungkin juga “bubonic plague, chicken pox, pneumonic plague, cholera, diphtheria, influenza, measles, scarlet fever, smallpox, typhus, tuberculosis, and whooping cough” dibawakan oleh penjajah Eropah yang membunuh hampir 20 juta Orang Asli Amerika Selatan satu ketika dulu juga perkara yang sangat baik bagi golongan ini.

Semalam Presiden Badan Peguam Malaysia Christopher Leong yang baru-baru ini dikecam hebat ahli-ahlinya kerana pandangan berat sebelah terhadap badan kehakiman negara menyokong ‘Anugerah Tuhan’ telah memberi amaran bahawa, usaha yang sedang dilakukan sesetengah pengamal undang-undang yang mahu sebuah lagi badan peguam selain daripada yang sedia ada, yang dikatakan berpihak kepada pihak-pihak tertentu hanya akan mengundang kecaman antarabangsa ke atas negara. Katanya dalam sebuah portal tempatan “Be prepared not only for local and international condemnation, but the most brutal fight by the Malaysian Bar for our independence,”.

Kita faham bab ‘brutal fight’ tersebut dan kita setuju sesi bertukar-tukar pandangan sesama pengamal undang-undang negara penting dan baik untuk negara dalam jangka masa panjang, namun yang kita tidak faham ialah pemikiran rendah jati diri bahawa negara luar akan menghentam kita. Apa sangat yang kita hiraukan dengan negara luar?



Setelah lebih 50 tahun penjajah Barat berambus daripada tanahair, kita sudah boleh berhenti berharap dengan Barat yang bukannya datang ‘berita baik’ semata-mata. Tentunya kita masih ingat sesi serkap jarang yang telah dilakukan oleh seorang cendekiawan Barat yang menuduh kita melayan minoriti kita sebagai warga kelas dua, hanya kerana dia bertemu dengan golongan-golongan ini tanpa melihat dulu rumah-rumah agam yang mereka diami.

Kenyataan yang dibuat oleh Prof. Ramadan tersebut mendapat kritikan di media sosial oleh sesetengah daripada kita yang dengan berani membuktikan bahawa professor Oxford itu telah tersalah maklum dalam kenyataan yang dibuatnya tempoh hari.

Namun nampaknya bagi sesetengah daripada kita semakin maju dan pesat kemajuan fizikal yang dialami negara, semakin kerdil dan rendah diri mereka rasa!


6 comments:

  1. Tak de keja diorang ni. Asyik sembah amerika ja.. tak dak maruah dan jati diri langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah manusia2 dengan inferiority complex yang bakal menjahanamkan negara menjadi sebuah negara yang terjajah nanti..

      Delete
    2. Inilah manusia2 dengan inferiority complex yang bakal menjahanamkan negara menjadi sebuah negara yang terjajah nanti..

      Delete
  2. Mereka ini menyemak aje sebenarnya...buat ranking happy Malaysia jatuh menjunam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. hidup tidak lain hanya untuk merosakkan imej dan kedaulatan negara di mata dunia..

      Delete
  3. Mmng puak ni tkdak maruah. Mrk ni adalh barua yahudi nk rosakn islam dgn mndpt dana sbgai upah. Kta kna ingt srngn yahudi trhdp islam skrng trtmpu kpd islm ngara kita. Barua2 yg bkn islam mnggunakn barua2 yg mngaku islam sbgai alat mmusnhkn islam d tnah air kita. Jd kta umat islm hndklah brsatu spya tdk trprngkp dgn agenda jht mrk. Mrk bkrja 24 jm mngatur strategi dlm usaha nk mrosak aqidah kita umat islam. Seorng dr barua2 mrka dh trkurung, tp ingat walau pun trkurung susunan agenda yg d amnahkn yahudi ia tlh susun dgn rapi sprti demo brlilin, pohon pngampunan, demo sogo dn nk hdir sdang parlimen adalh rncngan jht mrk. Kita kna fikir smasak2 dgn agenda jht mrk agr kita tk trprngkp dn mncri jln mnangkis sgala agenda jht mrk, insyaAllah.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.