Wednesday, 11 March 2015

‘Majlis Kafir’ Acuan Malaysia?

Pada 25hb Februari lepas Parlimen Austria telah memutuskan untuk meminda perundangan yang menjaga hal ehwal Islam dalam negara tersebut. Perundangan baru itu bakal menyekat mana-mana persatuan Islam tempatan daripada menerima sebarang dana daripada negara atau pertubuhan luar daripada Austria. Selain daripada itu perundangan baru itu juga mengkehendaki mana-mana Imam yang dilantik harus fasih berbahasa Jerman supaya mudah untuk pihak berkuasa tempatan memantau isi khutbah yang bakal dicernakan.

Undang-undang tersebut dibanggakan oleh Menteri Integrasi Austria, Sebastian Kurz sebagai mempromosikan ‘Islam of European character’ dengan menghalang pengaruh Islam daripada mana-mana organisasi atau negara luar.

Sememangnya kita kurang jelas dengan apa yang dimaksudkan oleh Sebastian Kurz berkenaan dengan ‘Islam of European character’, namun dengan melihat kepada keghairahan Barat untuk mengkosherkan Islam kepada bentuk yang lebih mudah dicerna mereka dengan mempopularkan gagasan Islam Liberal, kita seperti dapat mengagak bahawa itulah satu-satunya jalan yang mereka mahu kita semua ikuti.

Jadi tidak hairanlah apabila ketika mereka terlolong dan terlalak supaya kita di Malaysia dengan buta tuli membuka pintu kepada seribu-satu macam kebodohan yang mereka bawa, atas nama kebebasan bersuara dan sebagainya, mereka semakin mula menutup segala ruang supaya Islam berjaya dikongkong di negara mereka.

Khabarnya perbuatan itu kelak bakal mengekang kegiatan keganasan dan ektremisme agama yang bakal dibawa masuk daripada luar Austria dan ini membuatkan beberapa negara Eropah berminat dengan perundangan yang baru dibuat oleh kerajaan Austria. Terkini negara Perancis juga telah mula menyekat dana-dana untuk membina masjid yang datang daripada Arab Saudi dan Qatar.



Mungkin juga melihat kepada betapa Austria, salah sebuah negara Kesatuan Eropah yang dihormati sesetengah daripada ‘moderates’ tempatan, elok juga rasanya jika langkah yang dibuat oleh kerajaan Austria tersebut mendapat sahutan kerajaan kita di Malaysia.

Mungkin dengan berbuat sedemikian, kedudukan negara kita di mata dunia akan naik mencanak dan kita akan lebih dihormati kerana kita sudah mula mengikut jejak bertamadun mereka, seperti yang selalu mereka dambakan?!

Tentunya melihat kepada aktifnya sesetengah pertubuhan bukan kerajaan dan beberapa portal berita yang mendapat dana luar telah lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan kepada perpaduan dan keharmonian negara, molek juga rasanya jika kerajaan Malaysia memulakan langkah pro aktif dengan mengadakan undang-undang untuk mengawal kemasukan dana luar atau dana asing daripada mana-mana pertubuhan atau negara luar.

Ini penting supaya pengaruh anasir luar seperti daripada NED (National Endowment Development) yang didanai Amerika Syarikat atau mana-mana pertubuhan yang berkaitan dengan George Soros, si penyangak mata wang, yang telah mencuri kekayaan kita di Malaysia dan juga Asia Tenggara beberapa tahun lalu boleh dikekang secara lebih efektif.

Begitu juga dengan kemasukan tanpa kawalan mubaligh Kristian daripada Barat atau Korea Selatan, mahupun sami-sami asing haruslah dipantau dengan lebih ketat dengan menggariskan beberapa panduan yang jelas tentang kod aktiviti yang dibenarkan supaya elemen ektremisme daripada luar yang berbahaya kepada keamanan dan keharmonian Malaysia boleh dibendung segera.

Mungkin juga adalah lebih baik supaya mubaligh-mubaligh atau sami-sami daripada luar fasih berbahasa Malaysia supaya mereka dapat faham dan menghormati budaya dan sentimen tempatan. Ini dalam jangka panjang bukan saja dapat mengurangkan sebarang salah faham dalam kerja dakwah mereka malah dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian di antara pelbagai agama di Malaysia. Ini juga penting supaya undang-undang negara dapat dihormati oleh mereka kelak.

Tentunya Kesatuan Eropah, yang memandang dengan penuh minat perundangan ke atas Islam oleh Austria tersebut dan Amerika Syarikat, dengan NSA (National Security Agency) dan Patriot Actnya boleh bersetuju dan faham dengan langkah yang bakal diambil oleh Malaysia kelak.






Tentunya juga mereka, tidak seperti MCCBCHST ("It is Muslims who are indulging in killing and condemnation of other religions and religionist."), tahu dan sedar bahawa ektremisme datang dalam pelbagai warna dan agama!

7 comments:

  1. sangat setuju ikut langkah kerajaan Austria utk agama2 lain. masalahnya pemimpin2 ada telo tak? kita patut tunjuk pada kapir2 who's the boss. malangnya pemimpin2 kita pulak menjadi yes boss kepada mereka. dunia memang sudah terbalik.

    jentayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mgkin terlalu banyak "terhutang budi" dengan mrk2 ini sampai tidak berani bertindak, takut2 salur nafas ekonomi dan kemewahan yg dinikmati tercekik pula nanti..

      Delete
  2. Sy stuju dgn ben. Kita mlaysia prlu ikut scara Austria dgn mnyekat dana asing dn mbaligh2 kristian,budha, hindu, sikh dn lain2 mmasuki mlaysia dgn syrat yg ktat. Dlm prkra ni, mlaysia mesti kuatkuasa ssuatu sprt Austria adakn d ngara mrk. Mrk buat nk jga agama mrk, jdi tk salah kta buat jga agama islam, krana : islam is the religion of the federation. Cma brani ka pmpinan krjaan sotong lakukan. That's a big ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah seorang strategis Bangkit menulis penulisan di atas Tuan.

      Ya.. jika mereka boleh, kenapa kita tidak? Jika mereka berani membuat sekatan, kenapa mesti kita takut2 utk melakukannya?

      Jadi apa guna kedaulatan jika asyik kesotongan saja..

      Delete
  3. Bila lagi kerajaan Malaysia nak buat undang-undang untuk kawal kemasukan dana asing, money laundering yang mudah sangat masuk Malaysia?

    Kalau ada ahli politik kita ditawarkan RM100 juta hanya untuk lompat parti, bayangkan berapa banyak sebenarnya duit luar yang diseludup masuk ke dalam?

    Bank Negara tak pantau ke?

    Tun Mahathir dah cakap pasal isu ni dah lama dah, bila kita nak ambil tindakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrk lebih berminat memantau madrasah atas "arahan program2 minda oleh media antarabangsa"..

      Dancing to CNN's and DAP's tune. Maca, tak ada tulang belakang pendirian langsung.

      Inilah jadinya bila yang harus menjalankan serta diamanahkan kuasa terkena sindrom minda burung kakak tua.

      Delete
  4. Malaysia lucu ...

    UMNO mahu menjaga Islam dan Melayu/Bumiputra tetapi dahagakan pengiktirafan barat

    PAS mahu menjaga ISLAM tetapi menjilat semua Kapir di Malaysia

    PKR mahukan kebebasan seks dan segala galanya yang haram tetapi mahu mempertahankan Islam

    DAP dan Kapir kapir cina dan India celaka di Malaysia TUAN TANAH di MAlaysia boleh berkata dan berbuat apa sahaja di Malaysia.

    PAS=UMNO=PKR=Penjilat Tegar Cina Cina Kapir Ekstremis DAP/MCA/GERAKAN

    PEMIMPIN BANGSAT
    MELAYU MEREMPAT
    ISLAM TERJERAT

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.