Thursday, 12 March 2015

Lawak Bangang Rumah Putih!

Megat Rizal M.H.

Apa lagi yang kita boleh harapkan kepada Amerika Syarikat kali ini?



Semalam media-media pro pembangkang seperti The Malaysian Insider riuh sekampung apabila pungutan suara supaya Amerika Syarikat membuli negara kecil kita melalui campur tangan ke atas Putrajaya supaya membebaskan pesalah liwat, Anwar Ibrahim, ‘Make the release of Malaysian Opposition Leader Anwar Ibrahim from prison a top priority for US policy toward Malaysia’ tiba-tiba dibuang terus daripada laman  www.petitions.whitehouse.gov, setelah dilaporkan telah mencapai melebihi 97 ribu tandatangan.

Kejadian tersebut berlaku tanpa sebarang penerangan berkenaan dengan sebab musabab mengapa ianya dibuang secara tiba-tiba? Ini menimbulkan kegusaran dan kemarahan kem yang tetap mahukan Negara Polis Dunia itu supaya mencampuri hal ehwal dalam Malaysia, sebuah negara berdaulat, bebas dan merdeka!

Apa yang ketara ialah apabila pungutan suara tersebut cuba diakses, nota pemberitahuan memaklumkan bahawa pungutan suara untuk Amerika Syarikat campurtangan dalam usaha pembebasan Anwar Ibrahim telah dibuang kerana telah melanggar syarat-syarat tertentu. Dalam laman itu tertera ‘The petition you are trying to access has been removed from the site under our Moderation Policy because it is in violation of our Terms of Participation’.

Di antara syarat-syarat yang jelas tertera ialah kempen pungutan suara tersebut dilarang menggunakan ‘bots’ ataupun robot internet untuk mencapai sasaran tandatangan 100 ribu yang diperlukan oleh laman web tersebut.

The White House may disable user accounts, remove associated signatures and remove petitions created or signed by users that it has reasonable belief do not satisfy the above rules.

The White House may also block access from IP addresses that it has reasonable belief are using automated systems or bulk processes to create multiple user accounts or petition signatures,’ jelas syarat-syarat itu lagi.


https://www.facebook.com/limkitsiang2.0/photos/a.97385066072.92507.35787761072/10152628694106073/?type=1&theater

DAP yang sebelum itu dengan ghairah melalui Lim Kit Siang (akaun facebook limkitsiang2.0) pada 9hb Mac sebelum itu sibuk mewar-warkan kepada ramai yang ‘sewaktu dengan mereka’ supaya mencukupkan sasaran pungutan suara sebanyak 100 ribu tandatangan dengan penuh yakin mendakwa ‘1,507 signatures to save Anwar in last 40 minutes.’ Masih memerlukan 6,893 tandatangan lagi. Dan kemudiaannya memberitahu pengikutnya bahawa ’With average of 1k per hour,100k signatures can be reached by 5 pm today!’.

100 ribu tandatangan ialah jumlah yang harus pungutan suara tersebut kutip dalam tempoh masa 30 hari ianya berada di atas talian.

Jadi tidak hairanlah apabila pembuangan pungutan suara tersebut telah membuatkan mereka berang. Ng Wei Aik yang terkenal dengan ‘insiden kedai mamak’ tidak berapa lama dulu mengatakan bahawa pembuangan pungutan suara tersebut menimbulkan tanda tanya ramai, ‘that there were elements of sabotage’.

Cepat betul DAP dan apparatus mereka menyimpulkan sesuatu peristiwa nampaknya. Apa guna berhabis dengan Penang Institute jika beginilah sikap pemimpin-pemimpin DAP?

Ahli Parlimen Tanjong itu bagaimanapun dalam kenyataan yang dikeluarkannya menggesa Rumah Putih ‘to shed some light over this incident’.

Begitu juga dengan PKR, melalui Timbalan Presiden parti tersebut menuduh Putrajaya mungkin terlibat dalam pembuangan pungutan suara tersebut. Beliau bertwit ‘The Free Anwar petition Whitehouse has been suspended… I suspect Malaysian government has sabotaged the petition and undermined the process’.

Nampaknya walaupun sudah diangkat menjadi kerajaan oleh rakyat Malaysia dibeberapa negeri, sikap mereka masih tidak ubah nampaknya, walaupun sering melaungankan ‘Ubah’, sikap tipikal pembangkang mereka masih menebal, apa saja yang tidak kena tentunya kerja kerajaan Malaysia!

Bertanggungjawablah sikit, sila buang ‘pembangkang kompleks’ tuan-tuan semua!

PKR kemudiaannya diberitakan telah membuat laporan rasmi berkenaan dengan isu tersebut dengan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia dan masih menunggu kenyataan balas daripada kedutaan tersebut.

Maka berteriaklah John R. Mallot, bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia yang pernah mengugut untuk menyaman beberapa akhbar tempatan pada suatu masa dulu apabila menyiarkan penulisan yang menuduh beliau sebagai ‘pet’ Anwar Ibrahim, bahawa beliau tidak tahu menahu tentang pembuangan kempen pungutan suara tersebut kerana tiada sesiapa pun daripada Rumah Putih tidak mengemelkan beliau tentang perkara tersebut.

Beliau yang dalam pungutan suara yang dimulakannya itu antara lainnya menulis ‘Anwar Ibrahim... a longtime friend of the United States’, ketika Ketua Pembangkang itu cuba untuk menepis tuduhan sesetengah pihak bahawa beliau merupakan ‘alat’ kepada CIA. Tun Mahathir pernah berkata bahawa Amerika Syarikat kurang senang kerana Anwar Ibrahim, ‘agen’ untuk ‘regime change’ sudah dipenjarakan.


Anwar Ibrahim yang suatu ketika dulu pernah dituduh ‘berbaiah’ dengan Israel kerana dikatakan akan mempertahankan hak negara haram tersebut untuk mempertahankan jajahan haramnya itu, apabila kenyataan yang dibuatnya seperti yang dilaporkan oleh The Wall Street Journal ‘I support all efforts to protect the security of the state of Israel’ ditafsir sesetengah pihak sebagai pengkhianatan kepada penderitaan dan aspirasi bangsa Palestin yang telah dijajah dan dihalau daripada tanahair mereka sendiri untuk bebas dan merdeka.

Mungkin itulah agaknya sebab kenapa seluruh dunia Zionis Barat seakan meroyan apabila beliau dipenjarakan.



Menurut John R. Mallot yang mendakwa bahawa menurut pemahamannya kempen pungutan suara tersebut tidak melanggar sebarang syarat-syarat laman web tersebut, kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Rumah Putih tidaklah mencukupi . ‘The Administration must follow its words with action’ kata John R. Mallot lagi.

Kita tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan tindakan yang patut Uncle Sam ambil terhadap Malaysia seperti yang dimahukan John R. Mallot?

Adakah kita bakal dihujani serangan ‘drones’ seperti yang berlaku dibeberapa negara Islam seperti Afghanistan, Pakistan dan Yemen, jika Putrajaya berdegil tidak mahu tunduk untuk membebaskan Anwar Ibrahim?

Ataupun serangan udara ala Syria untuk ‘regime change’ sebelum kita diserang secara habis-habisan seperti Iraq, juga untuk ‘regime change’ suatu ketika dulu?

Namun menarik untuk kita tahu ialah apa yang membuatkan agen-agen subversif semakin geram ialah apabila pungutan suara yang berlawanan, ‘Respecting the sovereign nation of Malaysia’ yang tidak mahu sebarang campur tangan Amerika Syarikat dalam hal ehwal dan perundangan Malaysia masih berjalan dengan (setakat itu) dengan lebih 74 ribu tandatangan.

Pungutan suara yang diadakan sehari selepas kempen John R. Mallot itu juga mengkritik Amerika Syarikat supaya ‘look at their own human rights issue and stop the torture of detainees at Guantanamo Bay’.

Lalu hari ini Rumah Putih dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka secara tidak sengaja telah membuang pungutan suara menyuruh campurtangan dalam urusan pembebasan Anwar Ibrahim ‘after it detected a high number of fraudulent signatures on a petition related to the Malaysian opposition leader’, lapor themalaymailonline.com.

Laporan itu juga mendedahkan bahawa “high number of anomalous signatures” telah dikesan ketika mereka melakukan ‘standard fraud checks’. Namun apa yang terjadi ialah kempen untuk ‘membebaskan Anwar Ibrahim’ telah dibuang secara salah kerana yang melakukan ‘penipuan’ dengan “high number of anomalous signatures” ialah kempen supaya tidak ada campur tangan dalam hal dalaman Malaysia.

Lalu terjadilah apa yang dilabelkan oleh Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek sebagai satu ‘big joke’ dan peristiwa yang amat memalukan bagi Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa besar yang mempunyai ‘the best IT experts’!

Laman web tersebut memutuskan untuk membuang “a number of signatures that violated the We the People Terms of Participation”.

Terkini jumlah tandatangan pungutan suara ‘Make the release of Malaysian Opposition Leader Anwar Ibrahim from prison a top priority for US policy toward Malaysia menurut laporan themalaymailonline.com ialah sebanyak 109,061 tandatangan dan jumlah pungutan suara berlawanan yang bertajuk ‘Respecting the sovereign nation of Malaysia’, setelah ‘pembetulan’ mendapat sebanyak 12,070 setelah lebih 60,000 tandatangan ‘removed during the fraud check.

Lalu kenyataan Rumah Putih itu disambut oleh John R. Mallot sebagai sesuatu yang ‘magical and rare’ kerana telah mencapai tandatangan lebih 100 ribu sebelum tarikh akhir tamat tempoh kempen. Beliau kemudiaannya menambah ‘It is very rare for any petition on the White House website to garner more than a few thousand signatures’.

Adalah menarik untuk kita menjenguk sejenak beberapa perkara yang berlaku sebelum pungutan suara tersebut diturunkan secara tiba-tiba ialah ketika tandatangan kepada kempen tersebut sedang naik mendadak menurut John R. Mallot yang sedang memantau kempen tersebut.





Apakah yang dikesan oleh laman web tersebut? ‘Bots’ yang sedang agresif menurunkan tandatangan? Beberapa ribu tandatangan sejam?

Betullah tu!

Kecewa dengan ‘magic’ yang dibuat oleh White House tersebut Ahmad Shabery Cheek bertanya lagi ‘Are they writing the same story to enable them to interfere in conflicts in Vietnam, in Afghanistan, in Iraq, in Libya and wherever’. Datuk Seri, sememangnya, Uncle Sam adalah pengamal ‘matlamat menghalalkan cara’ tegar!

Tentunya kita semua masih ingat akan peristiwa Amerika Syarikat menyerang Iraq secara unilateral dengan premis menipu ‘weapon of mass destruction’ dengan membelakangkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Apa lagi Amerika Syarikat mahu?



Kita tidak tahu apa yang akan dilakukan Amerika Syarikat setelah mendapat lesen tersebut. Adakah ianya akan digunakan untuk menekan pemimpin kita supaya menerima membuta tuli TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik) yang dikritik Tun Mahathir sebagai pintu belakang kepada penjajahan Amerika Syarikat alaf baru untuk menyedut kekayaan ekonomi sesebuah negara ahli?

Adakah ianya akan digunakan untuk menekan kita supaya menuduh Rusia sebagai dalang yang bertanggungjawab terhadap kes keganasan antarabangsa tembak jatuh MH17?

Atau mungkinkah kita akan diserang atas nama keadilan sejagat untuk membebaskan Anwar Ibrahim?

Atau mungkinkah juga Amerika Syarikat akan menghantar ‘drones’ pembunuh di majlis-majlis kenduri kita seperti yang berlaku di Afghanistan, Pakistan dan Yemen, sambil pegawai NSA (National Security Agency) menonton video ‘streaming’ masa nyata dan bertepuk tangan seperti video ‘Collateral Damage’ yang kita pernah lihat berlaku di Iraq, pasca kejatuhan ‘regim’ Saddam Hussein, seperti yang didedahkan oleh Wikileaks atas ihsan dan ‘liberty’ Bradley Manning yang dipenjarakan selama 35 tahun kini?

Kebebasan bersuara? Charlie Hebdo? Whistleblower, Rafizi Ramli?



Edward Snowden yang sekarang berada dalam buangan di Rusia dalam filem dokumentari yang bertajuk ‘Citizen Four’ yang merakamkan detik-detik bekas ‘pekerja’ NSA itu menjadi ‘whistleblower’ mendedahkan rahsia NSA kepada seorang wartawan kolumnis Guardian US, Glen Greenwald dan dunia, mendedahkan bahawa pegawai-pegawai NSA dapat menonton serangan ‘drones’ pembunuh dalam masa nyata secara ‘streaming’ di mana-mana saja lokasi di dunia!



Syabas untuk mereka yang mahukan campurtangan Amerika Syarikat ke atas Malaysia, anda sedang bermain api. Anda mungkin tidak sedar dengan siapa yang sedang anda terjebak sekarang?!

Amerika Syarikat dilabel sebagai ‘Syaitan Besar’ oleh Presiden Hugo Chavez, si perjuang marhaen sebenar bukan seperti sesetengah pemimpin yang hanya akan berteriak isu-isu marhaen dan kuasa rakyat apabila semakin terdesak dan apabila kebebasan peribadi semakin tergugat.

Presiden Chavez sudah cukup masak dengan permainan jahat Uncle Sam untuk menjatuhkannya dan menjajah dan menjarah ekonomi negaranya.



Namun kepada mereka-mereka yang tidak mahukan campurtangan Amerika Syarikat, penulis ucapkan syabas dan terima kasih.

Nampaknya dengan senario politik negara yang penuh dengan kebencian, sesama agama pula adakalanya, kita semua hanya boleh terus berusaha dan memperbanyakkan berdoa supaya negara dapat ditadbir mengikut acuannya sendiri tanpa sebarang campurtangan Amerika Syarikat, NATO mahupun apa saja!


9 comments:

  1. Apa lah heboh sgt pasal petisen ni...negara kita cara kita lah ... Amerika jgn nak nyebuk...jaga negara sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amerika mmg sifat rujinya mesti menyibuk.. ditambah pula bila mana ada pemuja Tokong Demokrasi terbabit dalam negara..

      Delete
  2. Memang kaki spin. Apa guna NSA klu suka hati boleh spin macam ni...tak boleh harap punya sistem...nampaknya nasiblah ye siapa yg kena...US dan undang2 rimba mmg tak dpt dipisahkan! Apa liberty?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle Sam hidup atas talian hayat kebodohan umat manusia di dunia yang sentiasa memandang mereka sebagai Tokong Harapan.

      Delete
  3. Tangkap dan humbankan saja agen2 Setan ke dalam penjara...mmg tak guna!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. tangkap.. tapi persoalaannya, bila keberanian mahu menangkap agen-agen asing ini akan timbul dalam kerandut keberanian pemerintah?

      Undang2 sudah ada, pengkhianat pun sudah ada, yg belum ada ialah action..

      Delete
  4. Sblm apa2 tndkan d buat oleh syaitan k atas ngara kita pihak polis knala btndak pntas mnahn barua2 syaitan tmptan. Phak polis tntu ada bukti2 mngenai aktiviti barua2 ni.. tngkap sja dn tnjukan bukti2 yg mrk bnar2 barua syaitan. Jgn tnya sotong2 yg sntiasa mnyotong klau d mntk kbnarn. Tngkp aja mngikut undng2 kslmatan ngara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tuan.. kita mahukan action.. letih la menahan percikan air liur "Kami Beri Amaran".. "Kami akan bertindak"..

      Delete
  5. Seronok jadi syaitan kat Malaysia ni. hmmm....

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.