Wednesday, 25 March 2015

Kenyataan Murka Majlis Raja-Raja Berkenaan Fitnah Tolak Hudud Oleh Malaysian Insider?

Kenyataan Akhbar

KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA BERKENAAN DENGAN LAPORAN PORTAL MALAYSIAN INSIDER BAHAWA MAJLIS RAJA-RAJA MENOLAK PINDAAN PERLEMBAGAAN BAGI PELAKSANAAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (II) KELANTAAN 1993 (Pindaan 2015)

Adalah dengan ini dimaklumkan rasa dukacita dan kemurkaan yang amat sangat pihak Majlis Raja-raja Melayu berhubung penyiaran satu artikel di sebuah portal yang mencemar ketinggian darjat dan martabat ke Bawah Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-raja Melayu.

2. Artikel yang membawa maksud Majlis Raja-raja menolak pindaan Perlembagaan mengenai pelaksanaan hudud itu merupakan suatu provokasi fitnah yang sangat jahat sekali ke atas institusi Kesultanan Melayu.

3. Majlis Raja-raja Melayu menafikan sekeras-kerasnya artikel berkenaan dan tidak pernah membincangkan mengenai pindaan Perlembagaan berkenaan pelaksanaan hudud sebagaimana yang ditulis.

4. Berikut merupakan intipati mesyuarat ke 237 pada 11-12 Mac 2015.

(i)  Sembah taklimat terkini pertahanan Negara oleh YM. Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Panglima Tentera Darat) dan mengenai keselamatan oleh YDH. Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar (Ketua Polis Negara).

(ii) Perkara-perkara mengenai Agama Islam.

(iii) Pelantikan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya.

(iv) Pelantikan semula seorang Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

(v) Pelantikan ahli Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran.

Sebarang usaha yang cuba mengheret dan mencemar nama baik Majlis Raja-raja merupakan suatu usaha terancang menghakis kedaulatan Sistem Demokrasi dan Raja Berperlembagaan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia,
Majlis Raja-Raja,
KUALA LUMPUR

25 Mac 2015


**************

Ini Berita Tidak Bertanggungjawab TMI. Tindakan Tegas Perlu Diambil Kerana Memfitnah Majlis Raja-Raja

Benarkah kenyataan di atas dibuat oleh Majlis Raja-Raja? Semakan kami kepada pemberi maklumat dalaman menunjukkan bahawa masih belum ada apa- apa berita pengesahan dari Majlis Raja-Raja mengenai kenyataan tersebut sebagaimana yang disiarkan pelbagai blog sejak petang tadi.

Walaubagaimanapun, sama ada sah atau tidak MRR ada mengeluarkan kenyataan di atas, TMI sudah seharusnya dikenakan tindakan kerana menggunakan nama Majlis Raja-Raja untuk sebuah berita yang dilihat memfitnah MRR seperti tidak berpegang dan mendukung sumpah Yang DiPertuan Agong untuk memelihara Islam pada setiap masa.

TMI perlu dikenakan tindakan.

9 comments:

  1. Majlis Raja patut SAMAN dan buat lapuran POLIS ke atas InsiderZIONIS/DAPBANGKAI tu! Main-main saja institusi DYMM Kesultanan Islam/Melayu kita - sampai bila BUMIPUTERA Islam/Melayu yg. MAJORITI NEGARA ISLAM; pusaka nenek moyang berzaman kita ni harus bersabar?!!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nek, patut yang telah diamanahkan memikul urusan Seri Paduka Baginda berbuat demikian bg pihak MRR.

      Ini tidak, semua menikus takut dgn TMI.

      Delete
  2. Itu hari guna gambar tipu pasal Hadi sekarang ni hina dan memburuk-burukkan nama baik Majlis Raja-Raja...memang melampau..bila SKMM nk tarik lesen TMI penipu ni Shabery?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shabery ni belum ada bibit2 keberanian untuk menjalankan amanah kuasa ditangannya. Tgk saha isu Kpop.

      Senyap sunyi dan perlahan bagai menunggu siput babi overhaul kelajuan bertindak.

      Delete
  3. Haram saja kaum Dajjal ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambil mana tindakan yg perlu yg dibenarkan di bawah undang2.

      Delete
  4. Pihak Dapigs lahanat terlalu desperate sehingga berani mati memfitnah Raja-Raja Melayu. YAM Sultan Kelantan dan Menteri Besar merupakan ahli yang hadir dalam mesyuarat Raja-Raja pastinya tahu sebarang keputusan dalam Mesyuarat tersebut dan tidak melanggar nya dalam pembentangan dalam DUN Kelantan baru-baru ini. Jahat betul TMI dan mesti dipertanggungjawab. Heret mereka ke mahkamah dan tutup ajer.

    ReplyDelete
  5. Tukang heret pun takut2 nak buat tindakan sebab takut akaun bulanan tercekik.

    ReplyDelete
  6. Klau smua dh takut, apa nk jd mlaysia ? Ada kah scra tk lngsong pihk brkuasa mnundng a repeat of May 13 ?

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.