Friday, 27 March 2015

Kebal Hang Tuah Kerana Taming Sarinya, Kebal TMI Kerana Ada Pengembiri Undang-Undangnya?

Setelah menanamkan perasaan benci di kalangan orang Islam kepada Raja-Raja Melayu melalui berita penolakan Hudud oleh Majlis Raja-Raja, semalam seorang lagi kolumnis Malaysian Insider disiasat berkenaan penulisannya mengenai PDRM.

Rasanya sudah banyak laporan polis dibuat ke atas TMI dan sudah banyak kali mereka disiasat di atas penulisan-penulisan yang diterbitkan di dalam portal tersebut. Tetapi sehingga hari ini, portal itu kelihatan amat kebal dan masih belum dikenakan apa-apa bentuk tindakan undang-undang.

Perkara ini menimbulkan satu kesangsian dan persoalan di dalam masyarakat. Jika Hang Tuah, semua pihak yang membaca hikayatnya tahu bahawa Taming Sari yang bersamanya merupakan sumber kekebalan dirinya, tetapi bagaimana pula dengan TMI? Apakah TMI juga mempunyai Taming Sari berkaki dua dan boleh berjalan, makan, suap  dan tidur?

Kenapa apabila PDRM melakukan siasatan, akan berlaku keadaan di mana kes-kes tidak dapat diteruskan atas alasan-alasan tertentu. Seolah-olah wujud elemen undang-undang sedia ada dan usaha yang dilakukan PDRM dikembirikan oleh pihak-pihak tertentu.

Persoalannya, siapa punya kerja yang mengembiri semua jenis undang-undang sehinggakan tiada lagi undang-undang yang boleh digunakan untuk membantu Yang DiPertuan Agong memelihara Islam pada setiap masa?



Perkara 11 (4) dikatakan pengembiri undang-undang ini sebagai tidak terpakai ke atas golongan bukan Islam.

Seksyen 298 di dalam Kanun Keseksaan juga tidak lagi ditafsirkan sebagai terpakai ke atas golongan bukan Islam yang membuat tindakan menghina dan berbaur provokasi ke atas umat Islam.

Siapa yang sedang membuat kerja gila memberi tafsiran songsang ala LGBT sehinggakan hampir tiada lagi undang-undang yang boleh digunapakai untuk mendakwa pihak-pihak bukan Islam yang mencetuskan provokasi ke atas umat Islam?

Pengembiri undang-undang ini harus dicari dan dikesan oleh pemerintah dan pihak berkuasa sebelum negara menjadi huru hara akibat tafsiran-tafsiran songsang undang-undangnya.

Kasihan dengan pihak PDRM, hampir semua siasatan kes yang melibatkan penghinaan ke atas Islam berakhir menjadi dedak anai-anai.

4 comments:

  1. Ben, taming sari ni adalah d antra krjan yng mmrintah, pguam ngara dn polis. Ktiga2 kategori ini adalh yg btngong jwab dlm isu yg kita sdng bncangkan. Kalau ktiga2 ni satu fikrah nk prthankn islam, mlayu dn raja this problem won't occur. Tngok case brsih dulu ribuan repot polis d buat ke atas btina garek tu, mna ada tndakn, tp presiden Isma krana bka sjarh bngsa cina pnjahat trus d tngkap dan d dakwa dn d bicarakn. So taming sari TMI ni bnar2 mmpunyai power sprti Jebat d bunuh oleh Tuah dgn tming sarinya. Pndeknya Ben, mnyotong dn mnikus adalah dlm fikrah ktiga2 institusi yg d ptangongjwabkan mnjga kselamatn ngara. Tungu dn lihat sja la Ben.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal Tuan.
      dgn tidak bergerak secara amanah dan effisien, maka jadilah kumpulan yang disebut tuan itu taming sari kepada puak2 spt TMI trsebut.

      Delete
  2. Betul tu Tuan,

    Keris lembik yg berkuasa ada wang gagal menggunakan hak yang betul.

    Dalam kerajaan, politik, NGO yg dibagi wang mungkin banyak berfoya2 dan berfikiran lemah. Tengok sahaja drama RTM, Media Prima, Astro pun dah tahu. Kata Bill Gates nak ukur bangsa itu tengok filem dan drama.

    Di Penang semua kampong Melayu bakal dirobohkan walaupun usianya lebih lama dari Kampung Baru rancangan briggs komunis.

    Di Perak pula dapat hak kekal,

    Kalau DAP tidak kejam, kenapa Azmin hanya berani mengusir Melayu dari rumah geran sah? Banyak lagi tanah kampung baru yang tiada geran sah kekal.

    Inilah akibat kuasa Melayu yang digunakan untuk memusnahkan Bangsa Melayu itu sendiri disamping kuasa jahat yang tak pernah dihukum oleh Pihak Berkuasa, Parti yang diundi menang/diamanahkan Rakyat.

    Seperti kes Lahad Datu, rakyat menunggu bila Tian Chua akan dihukum, sebaliknya peguam selesaikan secara Pintu Belakang dan bersenyum2 mcm ada udang.

    Rakyat beri spekulasi adakah komisyen Kidex memaafkan si jahanam ini? Dan lain kali bolehlah hina lagi perajurit.

    Kepada Penguasa undang2
    Kalau gagal jadi pendakwa dan penghukum adil, bagi pengkotak katik Negara - baik berhenti sahaja. Kes2 ini lebih besar dari kes langgar trafik light, tak bayar cukai, lesen mati dsb.

    Parang, Machine gun di tangan anda, janganlah bodoh dalam membuat tindakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrk hanya melayu pada jasad dan kad pengenalan saja...
      di dalam, entah binatang apa rupa ruh mereka

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.