Thursday, 19 March 2015

Hudud & Keadilan Untuk Jeffrey Deskovic

Megat Rizal M.H.

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam yang telah merencanakan setiap detik kehidupan yang sedang kita semua lalui kini. Hari ini bakal berlangsung perbahasan masuk hari kedua pembentangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Seperti yang dijangka segelintir kafir harbi sedang meroyan dengan salah faham yang telah dihidupkan oleh propaganda fitnah yang telah mereka sendiri bawa sejak sekian lama. Mereka sudah gagal menggunakan akal dalam memahami kepentingan umat Islam, tidak kira latar belakang politik untuk menerima undang-undang yang telah ditetapkan Maha Pencipta kepada setiap makhluknya.



Apa yang lebih mengelirukan, walaupun telah diperjelaskan bahawa pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II ini hanya untuk umat Islam, mereka masih lagi membantah keras seperti mahu meletakkan veto kepada bagaimana lebih 20 juta Muslim di Malaysia patut hidup. Sudah terang lagi bersuluh mereka-mereka ini bukanlah golongan yang mahu berdamai dan hidup aman harmoni dengan Islam dan umatnya. Walaupun Perlembagaan Persekutuan kita dengan jelas menegaskan bahawa agama-agama lain boleh diamalkan dengan keadaan aman dan damai dengan Islam, Agama Persekutuan, mereka masih lagi mahu bersikap menentang.

Lazimnya mereka akan berhujah bahawa kebanyakkan negara yang melaksanakan hudud adalah terbelakang daripada segi kemajuan materialisme dan kekurangan serba-serbi. Kegagalan untuk golongan ini untuk memahami dengan lebih mendalam perebutan kuasa dalam percaturan geo politik dunia juga tidak membantu mereka untuk lebih memahami kenapa dan mengapa, Mesir, contohnya, kekal ‘a failed state’.

Mereka kemudiaannya akan mula menuding kepada kemajuan materialisme yang sedang dialami Barat. Mereka akan bercerita tentang Amerika Syarikat, Australia, Sweden dan negara-negara Kesatuan Eropah lain sebagai ‘bastion’ kepada ketamadunan yang sepatutnya ditiru semua negara Islam. Dalam memperkatakan kekayaan yang dimiliki oleh negara-negara tersebut, mereka akan mengelak daripada bercakap tentang ratusan tahun penjarahan kekayaan sesebuah negara seperti kebanyakkan negara rantau Asia Tenggara contohnya yang pernah dijajah Sepanyol, Inggeris, Belanda, Perancis dan Portugis.




Sejarah Itali di Afrika Utara juga bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Namun itu semua tidak penting kepada mereka. Mereka cuma mahu memperkatakan berkenaan dengan kekayaan yang dimiliki negara-negara tersebut dan bukannya bagaimana ianya diperolehi. Pandangan Islam bahawa matlamat tidak akan sesekali menghalalkan cara, bukanlah satu kayu ukur yang mahu mereka faham.

Tidak kiralah sebagaimana  kerap si ‘Economic Hit Man’ John Perkins berkali-kali membuat pengakuan tentang cara jahat dan terkutuk Amerika Syarikat, terus-menerus mengumpulkan kekayaan negara tersebut kini. John Perkins menjelaskan bahawa negara-negara membangun yang berhutang akan dipaksa untuk mengikut telunjuk ‘Koboi Dunia’ itu dalam setiap aspek pentadbiran negara tersebut.

‘Economic hit men (EHMs) are highly paid professionals who cheat countries around the globe out of trillions of dollars. They funnel money from the World Bank, the US Agency for International Development (USAID) and other foreign “aid” organizations into the coffers of huge corporations and the pockets of a few wealthy families who control the planet’s natural resources. Their tools included fraudulent financial reports, rigged election, payoffs, extortion, sex and murder. They play a game as old empire, but one that has taken on new and terrifying dimensions during this time of globalization’ jelas John Perkins lagi.

Walaupun sering dianggap sebagai sebuah demokrasi contoh, kepada mereka-mereka yang sering mengikuti perkembangan sosio politik negara tersebut tahu bahawa Amerika Syarikat bukanlah sebuah utopia yang kita semua dambakan.



Jeffrey Deskovic sangat kenal dengan sistem keadilan yang diamalkan di Amerika Syarikat, lewat tahun lepas beliau telah dianugerahkan sebanyak RM158,270,000 setelah menang dalam kes samannya terhadap sherrif penyiasat Daniel Stephens dan Putnam County, New York.

Pada tahun 1989, seorang gadis sunti berumur 15 tahun, Angela Correa yang tidak pulang ke rumah ditemui mati dalam keadaan tercekik, dipukul dan dirogol. Jeffrey Deskovic yang menunjukkan minat yang mendalam tentang kes pembunuhan tersebut kemudiaan disyaki pula oleh pihak berkuasa.


Jeffrey Deskovic Semasa Remaja. Ketidakadilan bebanan sistem pembuktian sistem perundangan tersebut telah merampas usia muda dan remajanya.

Memetik laporan yang disediakan oleh innocentproject.org sebuah badan amal yang membantu mereka-mereka yang tidak bersalah dengan menggunakan teknologi ujian DNA dan lobi untuk mengubah kecacatan sistem keadilan sedia ada supaya kes serupa tidak berulang, ‘Police spoke with Deskovic eight times in December 1989 and January 1990. Descovic began his own “investigation” of the case, giving officers notes about possible suspects. Police asked Descovic to submit to a polygraph examination and he agreed in late January 1990. He believed that, if cleared, he could continue to help the police with their investigation.’



‘Deskovic was taken to a private polygraph business run by an officer with the local Sheriff’s Department, who, according to trial testimony, had been hired to “get the confession.” Deskovic was held in a small room there with no lawyer or parent present. He was provided with coffee throughout the day but no food. In between polygraph sessions, detectives interrogated Deskovic.’

Menurut lohud.com, ‘At the 1990 criminal trial, jurors knew Deskovic’s DNA test did not match the semen found on the victim. But they relied on Assistant District Attorney George Bolen’s spin that the victim could have had consensual sex with someone else before the killer raped her. Bolen was able to do that because Stephens claimed Deskovic told him that the killer may not have ejaculated.’

Lelaki tersebut menafikan bahawa beliau ada berbuat pengakuan sedemikian rupa kepada sheriff penyiasat Daniel Stephens dan mendakwa bahawa lelaki tersebut menipu dan merekayasa kenyataan tersebut setelah mengetahui bahawa ujian DNA telah gagal.

Dia walau bagaimana pun tetap disabitkan kesalahan walaupun ujian DNA sperma yang terdapat pada mangsa, Angela Correa tidak sama dengan DNA sperma yang diambil daripadanya. Setelah lebih enam belas tahun beliau menjalani hukuman penjara di Elmira Correctional Facility sebuah pusat tahanan maksimum, DNA tersebut didapati menyamai seorang lelaki bernama Steven Cunningham yang kemudiaannya mengaku terhadap jenayah rogol dan bunuh yang dilakukannya ke atas gadis malang tersebut.



‘I spent 16 years in prison, wrongfully convicted at age 17 of murder and rape, despite a negative DNA test. I lost all seven of my appeals, and I was turned down for parole. Finally, at age 32, I was exonerated after further DNA testing that identified the actual perpretrator’, keluh beliau yang kini menjalankan kerja amal dengan sebuah yayasan yang diasaskannya sendiri. The Jeffrey Deskovic Foundation of Justice juga telah berjaya membebaskan seorang lagi mangsa kepada kecacatan sistem keadilan ciptaan manusia yang terbukti zalim iaitu mendiang William Lopez.

Memetik deskovic.org, ‘Deskovic immediately recognized Lopez’s case as having the classic hallmarks of a wrongful conviction: a dearth physical evidence, a prosecutor who withheld exculpatory evidence, hapless defence attorneys, a hostile judge. Especially alarming was the fact that the trial had turned on the testimony of two eyewitnesses, one of whom had described the killer to police as a dark black man taller than 6’3 (Lopez was short, with a lighter complexion). The other had been on a two-day crack binge at the time of the crime. Later she would tell a cellmate at Riskers Island that Lopez was not really the killer, according to the cellmate, who sent a letter describing the recantation to Lopez’s lawyer. The letter arrived after trial but before sentencing, yet his lawyers did nothing with it at the time.’

‘Deskovic’s team eventually uncovered more evidence of Lopez’s innocence. Most significantly, they tracked down another witness to the crime, who had since been deported to the Dominican Republic. Via video feed, he testified at a hearing that he was “certain” Lopez was not the man he saw, describing the real killer as having dark black skin’

Mendiang William Lopez juga menerima nasib yang hampir sama dengan Jeffrey Deskovic kerana telah disalah tuduh dan dihukum. Namun malangnya mendiang telah diserang asma yang kronik sehari sebelum kes saman berjumlah RM471,200,000 akan bermula.

Kedua-dua lelaki ini merupakan statistik kepada ketidakadilan sistem kehakiman yang diamalkan di Amerika Syarikat. Menurut buku Convicted But Innocent: Wrongful Conviction And Public Policy yang ditulis oleh C. Ronald Huff, pengarah di Criminal Justice Research Center, School of Public Policy and Management di Universiti Ohio State, terdapat seramai 10,000 orang tidak bersalah yang dijatuhi hukuman jenayah berat setahun di Amerika Syarikat.

Menurut video yang disediakan oleh yayasan kelolaan Jeffrey Deskovic pula terdapat lebih daripada 120,000 orang yang dipenjarakan walaupun mereka sebenarnya tidak bersalah. Bayangkan pula dengan nasib mereka-mereka yang dijatuhi hukuman mati walaupun sebenarnya tidak bersalah?!



Undang-undang ciptaan manusia sememangnya tidak sempurna dan tidak mampu memberikan keadilan yang sebenar seperti mana sistem perundangan syariah. Sistem keadilan Islam, sama seperti sistem perbankan Islam yang telah mendapat tempat dan terbukti lebih adil dan selamat perlu dibenarkan untuk terus berkembang kerana ianya bersifat mendidik dan bukannya untuk menghukum semata-mata.

Dalam ketika sesetengah daripada kita sedang mengkritik keras sehingga ada yang menuduh sistem kehakiman kita telah ‘bersekongkol dengan Syaitan’ hanya kerana kurang berpuas hati dengan hukuman yang djatuhkan terhadap Anwar Ibrahim sehingga didakwa dengan Akta Hasutan 1948, maka moleklah kiranya kita melihat kembali kepada sistem perundangan yang telah ditetapkan Allah SWT kepada setiap makhluk-Nya.

Undang-undang jenayah syariah bukanlah sekejam yang digembar-gemburkan oleh mereka-mereka yang jahil. Dakyah dan fitnah yang telah digerakkan oleh para orientalis benci Islam sejak sekian lama tentulah sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi segelintir daripada penduduk bukan Islam yang jahil dan jumud pemikiran.

Masakan Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah mensyariatkan sesuatu yang zalim kepada kita semua, Islam sebagai rahmat seluruh alam amatlah menitik-beratkan kepada konsep keadilan kepada semua.



Dan kepada mereka-mereka yang saban minggu berdemo dan saban hari memegang lilin solidariti kepada Anwar Ibrahim, elok juga mereka merenung kembali kenyataan yang telah dibuat oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang setelah Ketua Pembangkang itu didapati bersalah meliwat pembancuh kopi dan dipenjarakan selama lima tahun bahawa ‘hanya undang-undang syariah sahaja yang dapat member keadilan sebenar’.

Mungkin ada benarnya kenyataan itu?



Baca Juga :
http://www.westchesterda.net/Jeffrey%20Deskovic%20Comm%20Rpt.pdf

4 comments:

  1. HUKUM HUDUD SEMASA ZAMAN KE KHALIHAHAN ISLAM JUGA TURUT MELIPUTI ORANG BUKAN ISLAM...SEHINGGA BAYAK NEGARA PERSEKITARAN MAHU BERNAUNG DIBAWAH EMAPAYAR ISLAM.....ISU UTAMA DISINI ADALAH KETIDAKMAMPUAN PIHAK PAS MENJELASKAN DIDALAM HUJAH MEREKA BERKENAAN KELEBIHAN HUKUM INI.... KITA SEMUA TAHU ARANG KAFIR DUNIA MEREKA DIPENUHI MAKSIAT,, SUMBER PENDAPATAN MEREKA JUGA BANYAK DARI YANG HARAM SAMADA DARI URUSAN KEWANGAN / PERNIGAAN ATAU PENGELAPAN DAN RASUAH.. ,MEREKA AKAN TERLIBAT SAMA JIKA HUKUM HUDUD DILAKSANAKAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya yang bersalah akan takut dengan kesalahan yang dihukum berat..

      Delete
  2. Alhamdullilah Hudud telah berjaya diluluskan sebulat suara!

    Kapir makan hati ler..menang sorak...baru tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru diluluskan di DUN..

      Seharusnya, dan kalau boleh ikut roadmap asal yang telah dibincangkan dan dipersetujui sebelum ini..

      Apa pun, semoga ianya berjalan lancar dan langkah yang diambil ini mmbawa hasil yang telah dibincangkan dengan perubahan2 politik yang akan menyusul seterusnya..

      Amin..

      Buat kerana Allah dan bukan manusia dan dunianya yang sempit..

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.