Friday, 6 March 2015

Hak Untuk Tidak Berdemo

Nampaknya setelah sekian lama aman dan tenang, Kuala Lumpur akan bergolak lagi dengan laungan suara ‘keadilan’ dan dentuman kaki-kaki yang akan bergerak ke sebuah pasaraya yang menjadi tumpuan warga Kuala Lumpur, terutamanya orang Melayu, untuk bersenggang sambil membeli-belah setelah penat lelah bekerja sepanjang minggu.

Pasaraya yang sering menjadi tumpuan warga marhaen untuk berehat-rehat itu sambil menikmati muzik jalanan daripada ‘buskers’ tempatan akan diserbu mereka-mereka yang dikhabarkan bakal mendapat elaun harian sebanyak RM150 seorang untuk ‘menghuru-harakan’ hujung minggu warga Kuala Lumpur yang lain.

Sekadar Gambar Hiasan. Tiada Kena Mengena Dengan Yang Hidup Atau Mati Atau Yang Sedang Berada Di hospital.
Kumpulan yang akan memakai baju serba hitam itu katanya mahu menzahirkan rasa ketidak-puasaan hati mereka apabila pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ mereka dipenjarakan atas kesalahan meliwat seorang anak muda, ‘si pembacuh kopi’ yang sering dibawa majikannya ke luar negara dengan elaun lumayan seorang eksekutif kanan.

Golongan semi anarkis ini sememangnya tidak menghiraukan kesusahan yang bakal mereka hadiahkan kepada warga Kuala Lumpur yang lain, yang mahu berehat bersama keluarga setelah penat bekerja atau mereka-mereka yang mahu bekerja di pasar raya tersebut yang sememangnya tidak mahu terlibat langsung dengan siri demonstrasi #Kitalawan yang mereka perjuangkan.

Pernahkah mereka ini yang didukung sebuah parti politik pseudo sosialis (tidak ada apa yang sosialis tentang pemimpin-pemimpin atasan parti ini, kecuali beberapa siri hemburan retorik marhaen kosong yang sering dipopularkan pemimpin numero uno mereka!) mahu berfikir sejenak tentang hak warga Kuala Lumpur untuk tidak berdemo?

Hak untuk warga Kuala Lumpur keluar bersenggang bersama keluarga mereka dalam keadaan selamat dan aman? Hak untuk seorang kawan bertemu seorang kawan yang lain pada masa yang dijanjikan? Hak untuk seorang pekerja pergi dan balik kerja dengan selamat tanpa sebarang kelewatan? Hak untuk warga OKU bergerak dengan selamat tanpa sebarang gangguan? Hak untuk seorang ibu tidak risaukan akan anak perempuannya yang belum pulang kerana terdapat rusuhan? Hak untuk peniaga-peniaga kecil mencari sedikit rezeki semasa cuti hujung minggu?

Sememangnya sudah terang lagi bersuluh, gerakan yang didukung sebuah parti yang kononnya memperjuangkan keadilan untuk semua itu hanya sekadar retorik kosong, kerana acap kali telah dibuktikan oleh masa, sama seperti sebab musabab parti tersebut ditubuhkan dulu, mereka nampaknya sekali lagi hanya akan memperjuangkan nasib seorang pesalah laku undang-undang negara.


‘Kesian’ dengan mereka. Kesian juga dengan kita!

9 comments:

  1. Habislah huru-hara lah KL esok!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. x da huru haranya..
      Haru ada la tuan..

      Delete
  2. Mari kita tgk siapa yg KENA tngkp esk?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketua Pemuda PKR Kelana Jaya Saifullah Zulkifli ditahan polis dan kini dibawa ke balai polis Jinjang dan dipercayai mempunyai kaitan dengan himpunan #Kitalawan yang berlangsung sebentar tadi di Kuala Lumpur. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketua-pemuda-pkr-kelana-jaya-ditahan-polis#sthash.70hgFJuQ.dpuf

      Delete
  3. 'Perubahan untuk rakyat lebih penting, pesan Anwar dari penjara

    "Kita dapat pesanan dari Datuk Seri Anwar di penjara baru-baru ini, beliau sampaikan penghargaan kepada semua terutama kepada aktivis yang berkumpul setiap malam di hadapan Penjara Sungai Buloh.…'

    http://www.keadilandaily.com/perubahan-untuk-rakyat-lebih-penting-pesan-anwar-dari-penjara/

    Bila dia dah sedar rakyat dah tak sokong, ahli sendiri nak datang pun penat jenuh nak suruh, dia mula buat drama baru, untuk marhaen konon! Poodah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 40 tahun negara sibuk membuang masa sebab dia tidak tahu cara terbaik menguruskan nafsunya..

      Semoga negara aman dengan dirinya menghuni Sungai Buloh.

      Untuk penghuni Sungai Buloh yang lain, anggaplah pengorbanan anda menerima seorang banduan baru ini sebagai satu pengorbanan besar membuang semua keselesaan diri dan keselamatan demi kemaslahatan negara.

      Delete
  4. Ben pati yg bjuang smata2 krna alJuburi ni mmng tkdak pndirian. Satu msa hntam institusi raja2 nk jdkan ngara republik dn d msa yg lain mrapak smbh mnta ampun kat YDP pulak. Apa punya bngsat ni. Klau mntk ampun ni, mkanya mngaku salah la ! Bkn bgitu Ben ? So bkn satu knspirasi politik nk buruk pmimpin banduan ni ! Rehat lima thun mntak ampun kpd Allah swt dn muhasabh diri dn buat reformasi atas diri sndiri. Smoga Allah swt trima reformasi diri tu - bkn nak reformasi negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Tuan..mmg tak ada maruah.. malah muka tebal dan tidak ada rasa malu dengan sikap flip flop dan berubah2 wajah dalam masa yang singkat..

      Patut 5 tahun ini dimanfaatkan untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan..

      Delete
  5. Kalu aku jadi polis, aku kumpul intel sapa general2 demo ni dan tangkap meka 6 jam sebelum demo dan sumbat penjara. Reman meka 12 jam cukup. Pasti demo jadi kelam kabut bila tak ada general. Kalu pendemo berkelakuan ganas, tahan & dakwa sahaja.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.