Wednesday, 25 March 2015

Bodoh Dan Nazri Berpisah Tiada

Mungkin terjaga dari mimpi ngeri direjam dengan batu dan melihat ahli keluarga disebat seratus kali semasa tidurnya, Nazri Abd Aziz terbangun dan lantas mewiridkan satu-satunya wirid bombastik yang beliau tahu sejak dahulu.

“Itu Bodoh, Ini Bodoh, Begitu Bodoh, Begini Bodoh,”

Nazri Kata Hanya Orang Bodoh Bincangkan Hudud Di Malaysia



Kenapa La Sibuk-Sibuk Bincang Pasal Hudud. Bodohkan Diorang Ni?

Nazri dan Kebodohan memang sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Bagai Qarin yang dilahirkan bersamanya. Perkataan bodoh itu seolah sudah bersama dengan mindanya sebelum tali pusatnya dipotong.

Ini Ketika Pertama Kalinya Nazri Menunjukkan Kemampuan Menggunakan Perkataan Bodoh Ke Atas Gerakan Yang Perjuangkan Kedaulatan Islam di Malaysia.


Jika dihitung di akhirat nanti, mungkin perkataan “Bodoh” itu merupakan kosa kata yang digunakannnya dengan prolifik, kerap dan fasih tetapi sentiasa menyinggahi sasaran yang gagal tepat.

Bergelumang dan berpelukan dengan kebodohan sentiasa menjadi acara publisiti media Nazri Aziz. Untung tangganya untuk memanjat ke puncak perdana kuasa sangat pendek kecuali cita-cita mahu menjadi Presiden Republik Malaysia yang pertama seperti jalan yang ditelusuri Yusof Ishak di Singapura digagahinya.



Alhamdulillah beliau hidup dikala umat melayu Islam belum ramai bermulut kreatif celupar tanpa takut dosa seperti Mat Sabu. Anwar Ibrahim dijuburikannya kerana sangkutan dosa menyemai benih diluar kebun-kebun yang subur.

Jika Sabu tidak sibuk dengan mengipas Maharaja Lim anak beranak, tentu sahaja Mat Sabu sudah menggelarkan Nazri Aziz al Bodowi kerana mulutnya gemar berwurud dengan perkataan tersebut.

Malu-Malu Pula.. Nasib Baik Tak Pakai Subang.

Kita sudah biasa melihat Nazri berpelukan dengan kebodohan. Kita tidak hairan dengan kecenderungannya itu. Nazri boleh terus memeluk perkataan bodoh dan kebodohan itu sehingga Izrail datang memanggil. Dipersilakan.

6 comments:

  1. Nampak gaya pada Nazri serba serbi bodoh. Demo anti Interfaith bantah majlis kafir mwnghina Islam bodoh. Buat hukum Hudud bodoh. Nazri memang terserlah kepandaiannya. Anak Nazri lagi pandai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tak tumpah bodoh kalau tidak pada kebodohan juga..

      Delete
  2. MENYAMPAH betul si mamat-LIBERAL-BANGANG/BONGKAK-si GALAK-PELUK-gong engDAPBANGKAI ni, ni jenis Islam/Melayu apa - menteri pula tu! Sampai begitu sekali dia MENGHINA ISLAM/umatnya! Dia ingat undg-undg Perlembagaan melebihi/lebih tinggi taraf dari undg-undg SYARIAH; sedgkan ISLAM adalah UGAMA NEGARA, mengikut undg-undg perlembagaan pun! Lihat artikel BERNAS ini di https://akarimomar.wordpress.com/2015/03/24/orang-gila-macam-nazri-sahaja-yang-tidak-, percayakan-hudud/ , Orang Gila Macam Nazri Sahaja Yang Tidak Percayakan Hudud, 24 March, 2015!

    Patut dah lama diPECATkan si mamat ni - tengoklah PELANCONG/PELABUR diagungkan lebih dari rakyat sendiri, sampai yg. si PENDATANG KAPIR-amat BIADAP bukan main bermaharajalela kat NEGARA ISLAM ni; termasuk mempromosikan budaya SIAL Barat-Zionis depa sesuka hati cthnya iklan GERGASI-PORNO di kedai baju-dlm. ala-PELACUR di VIC-secret di 'mall' Nu-ZIONIS baru kat sentral tu!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iklan tu dah tanggal lepas didedahkan Nek..

      Takkan la sampai kena sound baru nak bergerak sedar yg kita ada undang2..

      Dia ni memang suka memeluk kebodohan.. itu lumrah hidupnya..

      Delete
  3. Betul ke Ben dah ditanggalkan? Nanti Nek pi tengok - patutnya ini kerja Jab. Agama Islam/Jakim dari awal lagi!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah Nek. Kami hantar team pergi followup.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.