Wednesday, 18 March 2015

Adakah Tony Pua Bermaksud Raja-Raja Melayu Di Bawah Telapak Kakinya?

Berang dengan rakan seperjuangannya, Nurul Izzah yang ditahan untuk siasatan lanjut berkenaan dengan dakwaan menghasut dibawah Akta Hasutan 1948, Tony Pua mula meroyan dengan tweet yang tidak kurang menghasut apabila berkata ‘Bastards. Real bastards. Royal my foot.’

Namun untuk berlaku adil kita perlu bertanyakan sendiri kepada Tony Pua supaya tweet beliau yang sudah dipadam itu dapat difahami semua.

Pertama kita mahu bertanya kepada Tony Pua, siapa yang dikatakan beliau sebagai ‘Bastards’? Ketua Polis Negara kah? Atau seluruh anggota Polis Diraja Malaysia kah? Atau seluruh kerajaan Malaysia kah?

Siapa pula yang dimaksudkan Tony Pua sebagai ‘Real bastards’? Ketua Polis Negara kah? Atau seluruh anggota Polis Diraja Malaysia kah? Atau seluruh kerajaan Malaysia kah?



Dua soalan sebelum ini akan membawa kita semua kepada soalan yang seterusnya. Soalan ketiga sama dengan apa yang ditanya oleh Ketua Polis Negara sendiri yang aktif memantau gerakan subversif dikalangan media-media sosial. Apakah yang dimaksudkan oleh Tony Pua dengan perkataan ‘Royal my foot’? Raja-Raja Melayu kah? Seluruh golongan kerabat Raja kah? Atau semua jabatan Polis Diraja Malaysia kah? Atau Yang di-Pertuan Agong kah?

Persoalannya, jika Tony Pua cuba untuk menghina Ketua Polis Negara hanya kerana Nurul Izzah ditahan untuk siasatan dengan memanggil beliau sebagai ‘Bastards. Real bastards.’ Soalan yang perlu seluruh rakyat Malaysia tanyakan kepada lelaki ini yang digajikan kita semua ialah adakah perbuatan beliau itu sesuatu yang wajar diucapkan oleh seorang Yang Berhormat, pemimpin kepada segelintir rakyat Malaysia?

Jika ya kita mahu perbuatan membuli Ketua Polis Negara itu disiasat dengan akta yang sesuai supaya perbuatan kurang sopan untuk membuli dan menghina seorang penjawat awam ini dapat dihentikan segera!

Sebaliknya, jika ianya sememangnya tidak ditujukan kepada Ketua Polis Negara yang hanya menjalankan tugasan yang telah diamanahkan kepadanya, maka kita mahu Tony Pua menjelaskan sama ada tweet beliau ditujukan kepada seluruh jabatan Polis Diraja Malaysia?

Adakah dengan hanya melakukan satu amalan siasatan rutin seperti kes-kes lain, seperti yang termaktub dengan Akta Polis 1967, semua anggota Polis Diraja Malaysia, lebih 100,000 anggota kesemuanya, layak dilabel Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu sebagai ‘Bastards. Real bastards.’?

Pemimpin jenis apakah yang sudah diundi oleh sesetengah daripada kita ini? Adakah mereka-mereka ini kelak bakal memegang tampuk pemerintahan Putrajaya?

Khalayak akan terfikir, jika sebelum memerintah lagi mereka sudah melabelkan Polis Diraja Malaysia sebagai ‘Bastards. Real bastards.’? Bagaimanakah pula jika mereka memerintah kelak bagaimanakah nanti layanan mereka terhadap ke semua anggota Polis Diraja Malaysia? Apa Polis Diraja Malaysia tidak pernah berjasa kepada masyarakat di Parlimen Petaling Jaya Utara kah, sehinggakan mereka layak dihina sedemikian rupa?

Ahli Parlimen DAP itu patut menjelaskan dengan segera supaya sebarang salah faham yang terhasil daripada tweet tidak bertanggungjawab beliau itu, yang telah dipadam beliau, dapat dihentikan serta-merta!

Maka melalui tweet balas yang dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan kepada umum bahawa Polis Diraja Malaysia bakal memanggil Tony Pua, untuk bertanyakan maksud tweet ‘Royal my foot.’ yang dibuat beliau kelmarin.

Terkini Tony Pua melalui jawapan yang dipetik oleh themalaymail.com menafikan bahawa tweet tersebut menghina Raja-Raja Melayu. Kata beliau dengan angkuh ‘It was 100 percent not referring to Raja-raja Melayu. So he (Khalid) doesn’t have to worry’. Beliau juga menjelaskan bahawa tweet asal tersebut sudah dipadam kerana Ketua Polis Negara “didn’t understand”.

Apa pun jawapan Tony Pua setelah dipanggil Polis Diraja Malaysia kelak, tahukah beliau bahawa sejarah ‘Crown’ yang terdapat pada insignia Polis Diraja Malaysia sebenarnya merujuk kepada peristiwa Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad pada 24hb Julai 1958 yang telah menganugerahkan  “Royal” ‘title to its name’ sebagai mengenang kepada jasa pasukan polis menentang pengganas komunis semasa “Darurat 1948-1960”? 


Kaki dah masuk mulut ke YB Tony Pua? 


16 comments:

  1. Sumbat aja ke dalam cina memang haramjadah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada undang2, harus segera dijalankn dgn penuh adil.

      Delete
    2. Tunggu apa lagi PDRM, - sumbat saja babi DAppigs tu kedalam atas tuduhan menghina raja-raja melayu. Babi tu juga dah menghina Rukun Negara kita.

      Delete
  2. Tony Pua ni kalau kat Thailand dah habis dah tinggal namaje itu pun Puaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kalau kat Thailand dah terapong kat sungai golok dah tak siapa peduli.

      Delete
    2. Di thailand, utk dia wujud sebagi seorg Tony Pua pun x dibenarkn. Dia prlu jadi Pua Chulalongkorn utk hidup sebagai manusia yg punya hak di sana.

      Delete
  3. Seorang yb yg dipilih rakyat, tetapi mempunyai otak dan sifat buruk begini yg sebenar-benarnya 'real bastard'. Under my foot, yb. (yg bodo).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu dihormati org x tahu menghormati pihak lain.

      Delete
  4. Kafir laknatullah di akhirat di sumbat dlm neraka selama-lamanya.....dgn seksaan yg sgt dasyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi dia belum mati, selagi tu kita ambil sikap yg dia masih brpeluang mndapat hidayah. Tapi utk keceluparan ini, dia mesti hadapi tindakan undang2 sepatutnya.

      Delete
  5. Mmng babi puak pndtang ni. Tok nenek dia mrmpat ke tnah mlayu dn rja2 mlayu bg dpa mnumpng kat sini. Bla dh bsak barua ni yg mnikmati sgala pmbngunan ngara mula jd pngkianat. IGP don't ask barua ni apa mksud dia bila dia kta bastard royal. Dia dh tntu spin bkn mksud raja! Charge sja dn bg dia p rehat bsama pngkiant bngsa mlayu dn agama islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok klu boleh letak satu sel dgn pngkhinat Islam dan Melayu tu.

      Delete
  6. 'FO!!' lu..your piglet pangsai, tonnie phua..

    ReplyDelete
  7. Tarik dan tutupbsemua balai d kawasan parliment Beliau...sebelum cintohnya tumounoada kawasan BN menang sebab Meka.kaa PDRM polis BN so jaga kawasan BN aja..Ada berani..

    ReplyDelete
  8. Typical ungrateful chinese immigrants. Cina Cina ni celaka, apa Najib masih bodoh ke ? Korang ingat babi babi celaka macam ni nak hormat Melayu bila berkuasa selepas dibantu Amerika ? YB YB Melayu semua bila dah kene pancung baru sebok nak suruh bersatu kot ? Celaka semua YB YB Melayu penjilat cina cina kapir DAP/MCA/GERAKAN

    ReplyDelete
  9. YB yg mcm ni banyak sekali dari specis DAP , mcm samseng, berkata kesat ialah manusia yg boleh dianggap buruk tahap akal mereka.

    DAP ada Superman, Theresa Cock, Hannah Yeoh, YB Seremban yg boleh dianggap bertahap binatang.

    Gerakan / MCA masih dianggap lebih beradab sopan dan bijak dalam sifat tuturkata.

    Yg boleh dihormati mungkin Yb Tan Seng Giaw, ex Yb plkn

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.