Wednesday, 4 March 2015

2.6 Juta Orang Kristian Bakal Dinafikan Hak Untuk Meninggalkan Agama Mereka Di Malaysia?

Seorang anak gadis Kristian di Sabah telah memilih untuk meninggalkan agama tersebut. Usianya dikatakan sekitar 16 tahun. Sebagai seorang manusia yang mempunyai akal fikiran yang sempurna, beliau telah membuat banyak perbandingan antara agama yang dianutinya sebelum ini dan Islam yang difahaminya sebagai sebuah agama yang terbaik, praktikal dan tidak tersasar dari jalan Tuhan yang sebenar.

Maka, pada suatu hari, beliau memilih untuk meninggalkan konsep Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus, Tiga Tuhan Dalam Satu Tuhan, Tiga Dalam Satu Adalah Satu yang mengelirukan kepadanya kepada konsep Ketuhanan Yang Esa yang lebih lojik dan mudah difahami serta tidak bertentangan dengan apa yang pernah Moses dan Jesus perkatakan di dalam Bible :

שְׁמַע, יִשְׂרָאֵל:  יְהוָה אֱלֹהֵינוּ, יְהוָה אֶחָד

Shema Yisrael, YHWH Eloheinu YHWH Ehad

Dengarlah wahai Israel, Yahuwa Tuhan Kamu, Dia adalah Ahad (Esa) (Deuteronomy (Kitab Ulangan)  fasal 6 ayat 4)

Setelah menyatakan hasrat untuk membuat pilihan mengikut hak asasinya untuk bertukar agama kepada agama yang benar sebagai seorang manusia, anak gadis tersebut telah dibantu oleh sepasang pasangan guru yang mahu hak asasi manusia anak gadis ini dijalankan.

Maka anak gadis dari Sabah ini pun lantas memeluk Islam. Tiada paksaan dalam beragama di dalam Islam. Adalah haram untuk memaksakan mana-mana manusia untuk memeluk Islam tanpa kerelaannya sendiri. Amat jelas anak gadis ini membuat keputuan untuk memeluk Islam setelah beliau berfikir dan membuat perbandingan terbaik dan sedalam-dalamnya sebelum menyatakan hasrat yang diiktiraf oleh Perkara 18 Universal Declaration of Human Rights 1948. Malangnya, hak asasi manusia yang dijalankan oleh anak gadis ini kemudiannya mengundang kekecewaan bapanya. Kekecewaan bapanya ini pula lantas segera dihidu oleh sekumpulan pemangsa Anti Hak Asasi Manusia.

Universal Declaration of Human Rights 1948 telah menyatakan perkara berikut di dalam Perkara 18 UDHR-1948:

Article 18
Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief, and freedom, either alone or in community with others and in public or private, to manifest his religion or belief in teaching, practice, worship and observance.

Setiap seorang manusia, tanpa mengira apa sahaja peringkat umur mestilah diberikan hak untuk kebebebasan akal fikiran, rasa dan memilih agama yang terbaik untuk dirinya. Itu mengikut UDHR-1948.

UDHR 1948 ini pula ialah sebuah kitab agung yang sentiasa dipuja dan dicolok-colokkan oleh COMANGO dan yang seangkatan dengan fahaman mereka. Maka, jika dicolokkan sehingga mencapai tahap seperti sebuah kitab karangan Zeus yang tidak harus dibantah, maka haruslah mereka bersikap yang sama mematuhi Kitab Dewata ini dalam kes Hak asasi manusia anak gadis mantan Kristian berusia 16 tahun dari Sabah ini.

COMANGO Harus segera memasukkan isu ini ke dalam perkara yang akan dibangkitkan di dalam sesi UPR akan datang. Mereka harus segera menempelak tindakan Kulasegaran dan Darrel yang cuba menghalang anak gadis tersebut mempraktikkan hak asasinya sebagai manusia yang berakal dalam memilih agamanya. Ini kerana tindakan Kulasegaran dan Darrel amat jelas bertentangan dengan Perkara 18 UDHR – 1948 yang diimani mereka. Jika mahukan hak asasi manusia secara total mengikut UDHR 1948, kenapa mesti selektif dalam memilih perkara-perkara yang ingin diperjuangkan? 





PBB juga harus memandang isu ini sebagai satu isu yang amat malang bagi umat Kristian di Malaysia. Kini, 2.6 juta umat Kristian di Malaysia bakal dinafikan hak untuk meninggalkan agama mereka oleh Pakatan Salib yang cuba menindas hak asasi manusia di muka bumi Malaysia kini.

Dengan adanya MP yang bersikap seperti Kullasegaran dan Darrell, patutlah ranking Malaysia di dalam Ranking Hak Asasi manusia amat sukar untuk diperbaiki. 

11 comments:

  1. Apa ni? Apsal dok menghalang hak asasi manusia nak keluar agama Kristian ni?

    Lu cakap pegang itu Human Rights?
    Apsal double standard meh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pegang apa yang menguntungkan mereka dan buang apa yang merugikan mrk. Kiasu big time maa...

      Delete
  2. Bila nak Murtad Loyar bukan Kristian/bukan Islam menyibuk2

    Bila nak Masuk Islam, Loyar2 yg sama juga menyibuk2.

    so kita tahu mereka ini anti agama rasmi. Maka lebih baik lu olang pergi duduk lain negara.

    tapi loyar2 lathifa koyak, Malaik Imtiaz ni boleh dikira bukan Islam juga..(islam pada nama & tudong)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mrk Anti Islam sebagai Agama Negara (bukan Agama Rasmi.. ada beza tu tuan..)

      Mrk juga Anti Hak Asasi Manusia.

      Delete
  3. yg terbaik dalam KES ini HOLD dulu, bila cukup UMUR barulah menukar keIslam cara rasmi.

    Kisah2 sirah zaman dahulu juga ada kes2 memeluk Islam diam2 kerana ingin menjaga hati ibu bapa, undang2 & keselamatan.

    membaca kisah2 sejarah genoside Pol Pot banyak orang Islam memakan babi & tidak solat akibat darurat. Sesiapa yg tidak makan babi akan diambil nama & dibunuh. termasuk nenek berumur 80 an yg memuntahkan semula dihukum ikat dgn kawah sampai mati..

    Apabila tentera Vietnam membebaskan Cambodia dari Pol Pot amalan Islam diteruskan semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yg terbaik tuan.

      Tp disebabkan isu ini sudah menjadi viral, maka ada beberapa cara lain juga diajarkan kepada kita di dalam sirah termasuk kepada perkara2 yang boleh dijalankan kepada golongan ANti Hak Asasi manusia seperti Kulasegaran dan Darrel di atas.

      Delete
  4. 'Dengan adanya MP yang bersikap seperti Kullasegaran dan Darrell, patutlah ranking Malaysia di dalam Ranking Hak Asasi manusia amat sukar untuk diperbaiki.'

    Betul tu Tuan Ben, nampak gayanya disebabkan golongan daripada DAP dan PKR ni, makin tercorot lah, ranking Malaysia.

    Kit Siang takmau suruh buat suruhanjaya ke, siasat Kula, dan Leiking??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tuan.. lebih ramai MP dgn sikap ANti Hak Asasi Manusia seperti Kulasegaran dan Darrel ni, maka jangan tak percaya jika ranking Hak asasi manusia Malaysia bakal jatuh setaraf dengan Zimbabwe dan Republik Demokratik Korea Utara.

      Delete
  5. Kesian kat Cikgu tu last2 kena dipindahkan...memang puak ni kaki buli!

    Penampang MP Darell Leiking, said that the Education department should not absolve the teacher of blame if she had indeed been witness to the “conversion” and infringed on the Federal constitution which places the religion of a minor in his or her guardian’s responsibility. - See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/sabah-parents-laud-controversial-teachers-transfer-to-islamic-school-insist#sthash.ckbFTYxR.dpuf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak harapkan apalagi dari pihak yang memang tidak tahu menghormati hak asasi manusia. Jadi tak hairanlah sikap membuli manusia lain itu terserlah.

      Delete
  6. Hak asai hanya utk bukan org beragama Islam, khususnya org Kristan n Yahudi aje nampaknya? Bagaimanapun sy setuju dgn pendapat seorg pengulas awal yg mengatakan kita masuk Islam dgn senyap2 dulu n tunggu sehingga cukup umur "majority" dari segi undang2. Sementara itu perdalam n amalkanlah segala ajaran Islam yg kita telah pelajari n beri alasan yg menesabah kalau ditanya kenapa menolak kebiasaan amalan mrk seperti makanan haram n lain2 yg bertentangan dgn ajaran2 Islam.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.