Sunday, 1 February 2015

Tariq Ramadan, Sikap Berat Sebelah Di Barat & Muslim Moderat

Dalam video yang dipetik di bawah ini, Profesor Universiti Oxford bercakap tentang sikap ‘double standard’ Barat terhadap serangan ke atas Islam yang dikosherkan atas nama kebebasan bersuara, berekspresi dan berkarya. Tetapi tidak apabila Yahudi atau Judaisme dikritik.

Beliau mengambil contoh Sine yang dipecat dalam masa dua minggu sahaja kerana berbuat jenaka berkenaan dengan Yahudi dan Judaisme. Sine dituduh sebagai bersikap anti-semitik dan dihadapkan ke mahkhamah atas tuduhan ‘inciting racial hatred’.

Tariq Ramadan juga berpandangan bahawa Islamofobia patut dikecam sebagai satu bentuk tindakan rasisme tetapi malangnya ia tidak begitu.

Perhatikan juga perbahasan di antara pengacara Al Jazeera dengan Tariq Ramadan berkenaan dengan terminologi ‘moderat’ dan menegaskan apabila ianya digunakan untuk melabel Muslim, terdapat pula Muslim yang dikatakan sebagai ‘moderat’ tetapi suka minum alkohol.

Profesor Oxford tersebut lebih suka terminologi Muslim dipakaikan kepada semua berbanding dengan ‘moderat’.

Bukan berniat untuk mempromosikan Tariq Ramadhan. Tetapi, tentunya Farouk Musa, Saifuddin Abdullah dan tokoh-tokoh ‘moderat’ Malaysia yang lain patut belajar seperkara dua daripada Tariq Ramadan yang jelas telah menolak label ‘moderat’ yang digunakan dengan semberono kini dari tokoh yang selalu menjadi basahan lisan mereka!



Beliau juga banyak menegaskan supaya kita semua tidak menjadi terlalu ‘betul bendul’ dengan menerima membuta-tuli penjelasan yang dibuat secara rasmi bahawa kad pengenalan dua suspek ditingalkan begitu sahaja di kereta yang digunakan oleh mereka berdua.

Beliau membayangkan bagaimana dua orang yang melakukan sesuatu pembunuhan terancang yang sangat sofistikated dan rumit namun bersikap cuai dengan meninggalkan dua kad pengenalan mereka dengan begitu cuai. Ianya tidak boleh diterima akal tegasnya.





4 comments:

  1. Nampak sj mana2 org ngaku muslim moderate, bila check sj latar belakang, diorg ada prsamaan yg sama. semuanya bekerja dgn Amerika.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Produk ciptaan RAND Corps dan yg bersekutu dgn mereka.

      Delete
  2. Hehe, Prof Ramadan pun dah tolak istilah 'moderat' yang banyak dimomokkan geng-geng benci ulama!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dia tuan. Yg selalu menjadi kiblat sumber pemikiran pun dah mula menolak label moderate trsebut. Kasihan pada yg beria2 mahu memasarkan diri mereka sebagai Muslim moderate di sini.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.