Wednesday, 11 February 2015

Tahniah Ketua Polis Negeri : Pencetus Masalah Perkauman Chong Eng Perlu Didakwa


KENYATAAN MEDIA PENGERUSI PEMBELA
Kenyataan demi kenyataan dan provokasi biadab dari sesetengah segmen penduduk berasal daripada generasi yang diberikan kerakyatan Malaysia mendesak pihak Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) memberikan kenyataan ini.

Pertama, pihak PEMBELA ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah di atas kepantasan pihak Polis Di Raja Malaysia mengambil tindakan pantas dengan menahan pencetus masalah perkauman, Chong Eng di atas campur tangan biadabnya dalam urusan agama Islam.

Pihak PEMBELA kesal dengan sikap prejudis dan tindakan provokasi yang sering dilakukan oleh sekumpulan pemimpin-pemimpin DAP yang semakin biadab dengan agama Islam.

Tanpa ilmu dan kefahaman Islam yang sah, apa yang mereka tahu tentang agama suci ciptaan ALLAH ini? Kenapa mereka akhir-akhir ini sangat tidak berpuas hati dengan amalan-amalan Islam termasuklah khutbah Jumaat yang wajib dibaca ke atas umat Islam yang menunaikan solat Jumaat.

Apa yang Chong Eng tahu tentang aurat dan hubungkaitnya dengan penzinaan atau rogol?

Tahun ini masuk tahun yang ke 58 Malaysia merdeka dan kita telah berjaya hidup aman dan harmoni dengan masyarakat yang bukan sahaja berbilang bangsa malah berbilang agama. Apakah Chong Eng dan DAP mempunyai apa-apa perancangan halus hendak menghapuskan keharmonian ini?

Apakah Chong Eng begitu benci dengan agama Islam sehingga langsung tidak pedulikan hati umat Islam yang sakit dan meruap marah dengan kenyataan beliau?

Sebagai warganegara yang menghormati prinsip-prinsip Rukun Negara, pihak kami ingin menasihati Chong Eng supaya berhenti melakukan campur tangan dan berhenti menyakiti hati umat Islam.

Tiada keperluan bagi dirinya untuk masuk campur dalam urusan dan amalan agama umat Islam. Sejak bila Chomg Eng rajin mendengar khutbah. Bayangkan kalau kami umat Islam mula mempertikaikan agama Chong Eng pula dengan lojik akal kami sendiri?

Apa akan jadi pada Chong Eng dan penganut yang sama agama denga Chong Eng? Pasti Chong Eng sendiri akan pergi ke balai polis untuk membuat laporan.

Justeru itu, berhati-hatilah dengan kebebasan bersuara yang dinikmati supaya tidak menyakiti hati dan perasaan sesiapa sahaja terutamanya umat Islam.

Kita hidup tidak lama. Kita berkongsi satu bumi dan satu negara. Tidak pernah selama 58 tahun umat Islam mempertikai agama lain dalam negara ini. Tidak pernah kami hendak mengajar penganut agama lain termasuk Chong Eng bagaimana mereka seharusnya beramal dengan agama mereka.

Tahniah diucapkan kepada PDRM. Dikesempatan ini, kami juga ingin menggesa agar Pihak peguam negara segera mendakwa Chong Eng di bawah seksyen 298 Kanun Keseksaan atas keceluparan mulut beliau.


Di atas semangat rukun negara kami menyeru agar penganut-penganut agama lain dari Islam agar menghormati Islam sebagai agama bagi Persekutuan yang telah berabad lamanya menjadi anutan umat Melayu dalam negara ini. Beliau disaran agar belajar lagi tentang Islam jangan sekadar mendengar khutbah Jumaat dan mengulasnya dengan penuh kejahilan tentang Islam agama yang diwahyukan ALLAH ini.

Bersama Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara,


Ustaz Mohamed Hafiz bin Mohamed Nordin,
Pengerusi,
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

10 comments:

  1. Tahniah kepada PDRM yang semakin efisien dalam memelihara law & order di Malaysia. Harapnya panas sampai ke petang.

    Tahniah juga kepada KPN yang sangat proaktif. Rakyat Malaysia menyokong anda. Terima Kasih KPN dan PDRM.

    Terima Kasih juga kepada petugas2 awam yang banyak bertungkus lumus memelihara keamanan di Putrajaya kelmarin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbanding setahun dahulu, PDRM kini dilihat lebih pantas dan pro aktif dalam menangani isu2 seumpama ini.

      Selepas siasatan, bola dikaki pejabat peguam negara. Kali ini, jgn diberi muka lagi.

      Delete
  2. Kita hrp pnas ni hnga ke ptng. Tp slalunya pnas ni d hujnkn dgn tiba2 cuaca mnjdi redop. Tahniah kpd PDRM boleh la skdr thniah aja!! Panas smsa kapiak LGE prtikai kalimh Allah dn pariah toksami cbr TPM ctuskn 13 Mei - Mna ada TNDAKAN ? Mcm PDRM pun mnyotong sprti pmpinan pmritah aja ! Nmpknya Dapig ni lbih kuat dri pmrintah hngga msyuart agong dpa yg brmsalah pun pihk ROS pun tk brani nk brtndak dgn mmbiar mrk printh dgn kuasa yg hram !! So boleh thniah la skdr tahniah ! Jgn hrap la pnas tu hngga ke ptng. Wallahuaklam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita harapkan pihak berkuasa dan pemerintah, mempunyai kesungguhan utk memastikan semua pihak yg melànggar undang2, tidak kira siapa, dikenakan tindakan yang tegas...

      Terutamanya dap yg semakin hari semakin biadab dgn Islam.

      Delete
  3. Ha ha ha..betul3x

    ReplyDelete
  4. Klu pdrm buat kerja tp kite xpenah nk iktiraf...camne? Takkan kritik je kut kerja kite?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa shj yg melakukan kerja dgn betul, cekap dan amanah, seharusnya kita berterima kasih dan mengucapkan syabas kepada mereka.

      Delete
  5. NYONYA TUA RAMBUT PENUH UBAN MANYAK BODOH.....
    TAK TAHU APA DIA CHAKAP.
    STUPID NYONYA TUA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan Bahasa Kebangsaan pada tahap longkang tersumbat bangkai, beliau diberi peluang oleh negara ini untuk menjadi penggubal undang-undang melalui sistem pilihanraya. Terlalu banyak subsidi kita berikan kepada org sepertinya yg tidak pernah tahu bersyukur.

      Masa utk mengambil semua hak kita kembali sptmana yg dibenarkan dalam Perlembagaan. Cukup2 mmberi muka.

      Delete
    2. Setuju!

      Tangkap Nyonya tua!!!

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.