Friday, 20 February 2015

Stereotaip Lapok & Kecenderungan Paedophile Farouk dan Farida

Beberapa minggu lepas, seorang wanita yang pernah mengetuai pasukan undang-undang Malaysia sehingga menyebabkan Malaysia kehilangan kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, menzahirkan kecenderungan perspektif pemikiran paedophilenya.

Melihat sahaja cadangan undang-undang hudud yang bakal dilaksanakan di Kelantan, tiada apa yang terlintas di mata fikirnya kecuali melihat semua itu dalam bentuk kecenderungan paedophile. Seluruh hukum itu dirangkumkannya di dalam kerangka paedophile.

Setelah berhari-hari tanpa mendapat sebarang sambutan, hayat hikayat paedophile ini cuba disambung nyawanya kembali.

Kali ini, ianya dibuat melalui penulisan seorang yang menamakan dirinya Farouk Peru. Teransang dengan cadangan  Paedophile Farida, Farouk tidak mengambil masa yang lama menulis sebuah ceritera menyambung hikayat paedophile Farida.

Mengangkat keupayaan intelek rendah sebagai hujah, Farouk membawa beberapa urban legend golongan orientalis mengenai Islam. Beliau melakukannya tanpa langsung berani mencuba untuk berfikir di luar kotak yang telah diprogramkan kepada insan sepertinya untuk melihat isu ini di luar dari skeptik septik kebiasaan.

Hujah Farouk dengan merujuk isu perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan A’isyah r.a. jelas menunjukkan betapa rendahnya keupayaannya untuk memahami sisi perkembangan dan pertumbuhan biologi seorang manusia dan beberapa hadis lain yang menunjukkan dengan jelas bahawa Aisyah r.a., adalah seorang anak gadis yang sudah mencapai pertumbuhan biologi yang sempurna untuk beliau berumahtangga. Saiz ketinggiannya, keupayaan fisiologinya, keupayaan inteleknya dan kematangan beliau berfikir semuanya sudah tersedia di dalam hadis-hadis sahih.

Cuma, apabila Farouk memilih untuk menulis di dalam nada seperti yang dilakukan Farida, maka nada yang sama jugalah tahap penulisan ini untuk menyedarkannya supaya sebelum membuka mulut, silalah buat kajian dan penelitian melalui cara yang betul. Kami membalas sesuai dengan apa yang dilakukan mereka.

Kemudian beliau mengulas seperti seorang sarjana mengenai Islam yang tidak adil kepada mangsa rogol. Merujuk kepada kes rogol yang berlaku di daerah Qatif di Arab Saudi, 1,400 tahun sistem keadilan Islam dalam membela hak wanita, cuba dimasukkannya ke dalam tong sampah.

Cuma, dalam percubaan ini, beliau mendedahkan tingkat sebenar keupayaan inteleknya. Jelas beliau tidak tahu bahawa terdapat terdapat undang-undang yang mengharamkan mana-mana pasangan bukan mahram berada di dalam tempat yang boleh mendedahkan mereka kepada situasi yang tidak diingini.

Mangsa rogol tersebut dihukum bukan kerana masalah beliau dirogol dan membuat pengakuan dirogol, tetapi dihukum kerana melanggar undang-undang dengan mendedahkan dirinya kepada bahaya gangguan dan pencabulan seksual.

Terdapat undang-undang yang ditetapkan supaya setiap wanita yang mematuhinya berada setiap situasi yang selamat. Undang-undang tetap satu undang-undang. Setiap pelanggaran undang-undang, maka jika dapat dibuktikan dilakukan mestilah dijalankan secara adil.

http://www.themalaysianinsider.com/opinion/farouk-a-peru/article/how-sharia-law-inadvertently-helps-paedophilia-and-rape


Penulis tersebut cuba mempotretkan seolah-olah mangsa rogol tersebut dihukum kerana beliau diperkosa. Sedangkan beliau dihukum kerana beliau mendedahkan dirinya kepada bahaya dengan bersama  lelaki bukan mahram, sebelum pemerkosaan dilakukan beberapa pihak lain. Perogol-perogol wanita itu telah dihukum antara 80 hingga 1,000 sebatan dan penjara sehingga 10 tahun.

Kemudian beliau meracau dengan menggunakan stereotaip lapok hujahan orientalis yang sudah diulang-ulang sejak beratus tahun lamanya. Undang-undang Islam dikatakannya berat sebelah kerana lebih memberikan hak kepada lelaki.

Kasihan. Mungkin beliau hanya mendengar tanpa pernah mahu berfikir bila hujah-hujah seperti ini dipaksakan masuk ke dalam mindanya sejak dahulu. Betapa banyaknya ayat-ayat al Quran dan hadis-hadis yang menekan kepada hak dan tanggungjawab yang wajib dan perlu dilaksanakan oleh seorang suami sehinggakan isteri dirumah tidak perlu berbuat apa-apa kecuali menyayangi sang suami yang berpenat lelah sehari semalam untuk keluarga mereka.

Dalam Islam, kewajipan mencari nafkah, menguruskan rumah tangga sehingga kepada melakukan kerja- kerja di rumah adalah menjadi tanggungjawab suami. Justeru itu, apabila seorang suami yang sudah menjalankan kewajipannya dengan penuh tanggungjawab dan berpenat lelah melakukan semua itu tanpa gagal, apakah sang suami boleh diherdik dan ditolak sesuka hati tanpa diberikan sebarang alasan yang munasabah?

Susah juga untuk memahami tingkat fikiran golongan yang cenderung dengan perspektif paedhophile seperti Farouk dan Farida. Segalanya stereotaip belaka. Tiada apa yang baharu.



5 comments:

  1. Farouk n Farida liberalis songsang!!! Cuba buat false flag pasal undang2 syariah! Penguasa agama takkan tengok saja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari2 fikir paedophile gamaknya dua2 ni..

      Delete
  2. hudud itu politik semata mata. pas mahupun umno

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaitan itu politik semata mata. munafik pkr mahupun kapir DAP

      Delete
  3. heran sungguh di Malaysia ini

    isu mcm ini mana ustaz ex mufti yg dah jd mufti balik


    buat la dialog mcm Dr Zakir Naik buat dgn liberalis ni

    kena buat dah ni

    KEMBALIKAN ISA

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.