Tuesday, 10 February 2015

Racauan Islamufobik, Anti Islam dan Anti Perlembagaan Majlis Kafir

MCCBCSHT. Susah dan agak mengelirukan untuk menyebutnya. Sama kelirunya dengan golongan yang menjadi ahli kepada Majlis Tersebut. Sebut sahaja Majlis Kafir sebagaimana yang pernah dicadangkan Tuan A. Karim Omar sebelum ini. Memang kafir pun kerana sentiasa bersikap menolak Islam pada setiap masa.

Semalam, warna hipokrasi Majlis ini menjadi terang. Jika sebelum ini, merekalah antara pihak yang sering mendesak supaya dibukakan kefahaman mengenai lain-lain agama untuk semua pihak, semalam mereka mahu semua informasi mengenai Islam melalui kitab al Quran yang mahu dikongsikan kepada golongan bukan Islam dihentikan dan ditolak oleh golongan bukan Islam.

Kita tidak tahu apa juadah yang dimakan atau bahan apa yang diasapkan thurifer dan dihidu mereka sehingga menimbulkan kesan halusinasi kronik. Kroniknya halusinasi mereka sehinggakan sanggup melakukan pembohongan di hari yang terang dan menafsirkan bagai orang hilang akal bahawa terdapat undang-undang di Malaysia yang menghalang maklumat mengenai agama Islam disampaikan kepada golongan bukan Islam di Malaysia.

Laporan berita di dalam screenshot di bawah menyatakan bahawa pihak Majlis Kafir memberi amaran kepada umat Islam supaya tidak meneruskan niat memberikan naskah terjemahan al Quran kepada golongan bukan Islam di Malaysia. Mereka juga menasihatkan kepada golongan bukan Islam supaya menolak pemberian naskah al Quran tersebut.


Halusinasi Islamufobik Majlis tersebut tidak terhenti disitu sahaja. Jurucakap Majlis ini kemudiannya menempelak kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamed. Tun Dr. Mahathir sebelum itu menyatakan program pemberian naskah al Quran percuma itu bertujuan untuk memberi kefahaman kepada golongan itu tentang salah faham mengenai Islam. Lalu jurucakap Majlis Kafir kemudiaannya menempelak kenyataan Tun Dr. Mahathir dengan kenyataan berunsur todi berikut :


Persoalan. Bagaimana, selaku rakyat Malaysia yang bersumpah setia untuk menghormati prinsip Keluhuran Perlembagaan di dalam rukun negara jika mereka sendiri menolak untuk memahami apa itu Islam sedangkan Islam itu adalah agama negara di dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan? Sumber autentik dan berotoriti mengenai Islam, tentu sahaja melalui pemahaman al Quran.

Apakah Majlis Kafir mahu menjadi sebuah majlis ekstremis yang bersifat anti Perlembagaan dan Anti Islam dan tidak mahu menunjukkan rasa hormat kepada maruah Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam negara yang diwajibkan bersumpah untuk memelihara Islam pada setiap masa dengan kenyataan penuh halusinasi tersebut?

Dimanakah lojiknya, sebagai sebuah Majlis yang saban hari bercakap tentang persefahaman antara agama tetapi kemudian dengan ironinya menolak untuk agama negara, iaitu Islam, difahami oleh 30% golongan bukan Islam yang menjadi rakyat kepada negara ini.

Seharusnya, jika mahu persefahaman antara agama dijalankan, cara yang sepatutnya ialah setiap seorang dari setiap warga negara Malaysia mesti sekurang-kurangnya memahami agama Islam terlebih dahulu secara lengkap dan sepenuhnya. Tidak kira sama ada Islam atau bukan Islam, setiap rakyat Malaysia mesti memahami dan kenal Islam secara sepenuhnya sebagai agama Negara. Inilah jalan utama yang harus ditelusuri dalam menjalankan agenda persefahaman antara agama di dalam negara.

Kita tidak mewajibkannya. Tetapi, itulah langkah yang mesti diambil sekiranya ada pihak mahu mengetengahkan idea interfaith dan persefahaman antara agama di Malaysia. Fahami Islam sebagai agama negara terlebih dahulu sebelum berusaha memperkenalkan agama yang disebut dalam Perlembagaan sebagai "dan lain-lain". Jika ini ditolak, maka ada baiknya pihak yang sentiasa perasan diri mereka juara dalam aktiviti interfaith, supaya segera menghentikan todi retorik tersebut.

Apa sebenarnya yang ditakutkan mereka? Majlis Kafir dengan minda tertutup dengan tempurung plumbum yang tidak dapat ditembusi hatta sinar Gamma, 

Berhentilah bersikap hipokrit wahai Majlis Kafir. 

17 comments:

  1. Kalo dorang bg bible free kat public bole plak. Bile org islam bg Quran free tak bole plak. Double standard n hipokrit punye orang la dorang ni. Patutnya buat je satu akta yg mane sesape je persoalkan kedudukan Islam kat Malaysia ni dihukum buang negara terus. Menyemak je la org2 camni kat Malaysia yg aman damai ni. Pencetus provokasi dan pemecah perpaduan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dia mrk tuan Zethro. Hipokrit tahap tertinggi.

      Delete
  2. If we do not want their religion to corrupt our childrens mind same goes to them.Please do not be hypocrite.They have every right not to accept.Theres no compulsion in Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nobody is forcing them to accept the copy of the Quran. I they don't want it, just decline politely without equating Muslims as idiotic killers.

      Yes, there's no compulsion in religion. It goes vise versa. If they feel uncomfortable with the effort, just imagine how we as Muslim feel facing they unstoppable insults and provocations.

      We did mentioned in the article above, that there must be no compulsion in disseminating anything about Islam. But if they insist on any kind of interfaith efforts n programs in Malaysia, the first thing that they must do is to make sure that all rakyat, at least have some adequate knowledge about the religion of the Federation.

      Delete
  3. Mereka inginkan apa agak nya ? Harap ada yang tampil berani memberikan harga keceluparan mereka ! Sebenar nya mereka sudah begitu agresif kerana orang-orang Melayu memegang tampok tidak lagi bijak malah sebahagian melayu memang menjadi pemangkin tegar menyokong tindak tanduk ekstrim mereka.

    Sesungguh nya penghapusan ISA satu yang begitu tidak relevan dalam Malaysia. Jika satu bangsa sahaja hidup dalam negara ini tidak mengapa juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu hari nanti, pasti akan ada pihak yg akan membayar provokasi yg sedang dijual mrk.. Tuan Maae benar bila menyatakan bahawa keceluparan ini dibaja oleh sikap politikus dan pengikut politikus melayu itu sendiri..

      Lihat sj kesan penghapusan ISA.. Siapa sahaja yg mencadangkan dan bersungguh2 mahu menghapuskannya satu ketika dulu, harus mnjadi pihak yg dipertanggungjawabkan bila negara ni hancur nanti..

      Delete
  4. Majis Kafir kata promotes pluralism-apasal anything goes but Islam plak ni?

    Klu macam ni mcam mana nak dakwah? Hanipa Maidin klu dh hilang sakit nanti tolong jawab skit ye?

    ReplyDelete
  5. Puak2 kapiak ni toksah dok kta apa pun. Mmng mrk musuh islam yg nyta. They are pushing us to the wall. So kita dok tnggu apa lg. Mrk ni kaum pndtng. Kta dh bg smua hak kta dkt mrk. Jd kta skrng kna bncng dn fikir apa tndkan hndk kta buat. Kita kna duduk mja bulat mrncng that will silenced them not to mnghina agama kita lg. Wallahuaklam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. depa kerja kuat, satu hati, kita macam kaduk naik junjung... maaf cakap

      Delete
    2. Ya.. Mmg dah sampai ke dinding dah tuan.. Elok klu PDRM dan pihak berkuasa serius dan tangkas tangani semua provokasi biadab ni sebelum semua yg terhimpit ke dinding, memusingkan tubuh mereka dan mula memberi reaksi kepada provokasi tersebut..

      Delete

  6. “It is Muslims who are indulging in killing and condemnation of other religions and religionist. Therefore, the need is for Muslims to be educated on the true teachings of Islam and not the non-Muslims,”

    berapa ramai orang kafir kat malaysia ni kena bunuh atau diugut bunuh setiap hari

    majlis kapir tu boleh bg statistik tak berapa ramai cina kafir dan india kafir kena bunuh setiap hari di malaysia

    hoi kafirun cakap berdasarkan fakta la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majlis Kapir memang kurang jaq menyirap darah kau kelmarin baca kenyataan tu...memang cari nahas puak ni...mintak2 jangan tak mintak?!

      Delete
    2. Depa mana ada fakta tuan. Cakap main ikut sedap mulut. Tidak tahu menghormati sensitiviti umat Islam yg sudah banyak mengorbankan banyak perkara semata2 utk secara bersama memberikan mrk ruang utk hidup aman damai bersama di sini.

      Beri betis hendak paha. Beri peha, mau yang lebih atas dari peha. Bila mahu yang lebih atas dari peha, takut2 yang lebih bawah dari buku lali sempat menerjah ke muka semua mrk.

      Delete
    3. ameen :bawah dari buku lali sempat menerjah ke muka semua mrk.

      ameen ya rabbalalameen

      i like :)

      Delete
  7. Replies
    1. Itu yang sepatyutnya tuan. Bukan hanya mengembalikan, tetapi mesti turut mengISAkan sesiapa sahaja yg tergamak mencadangkan ISA dimansuhkan dahulu.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.