Monday, 16 February 2015

Presiden PEMBELA : Usah Layan Provokasi Biadab Dan Tidak Bermaruah Pemimpin DAP

Saya ingin meminta semua pihak yang beriman kepada ALLAH agar berhenti dari melayani sebarang provokasi yang tidak bermaruah dari orang-orang dari orang-orang kafir kalangan pemimpin-pemimpin DAP dan golongan yang bersama dengan mereka, khasnya di dalam isu khutbah Jumaat dan isu aurat Muslimah. 

Tidak lain, tindakan provokasi mereka dapat ditafsirkan seolah mereka sememangnya berniat jahat untuk menceroboh dan mengganggu urusan ibadah dan syariat umat Islam dalam negara ini. 

Mereka tidak beriman kepada syariat ALLAH dan cuba mentafsirkannya mengikut hawa nafsu mereka yang penuh dengan kejahilan. Kita yang beriman menerima semua perintah dan ajaran dari ALLAH tanpa mempertikaikannya dengan "sami'na wa atho'na" (Kami Dengar dan Kami Patuh). Justeru, siapa pemimpin-peminpin kafir DAP ini untuk masuk campur dalam urusan agama kita?? 

Ini adalah satu sikap biadab yang ditunjukkan oleh kepimpinan DAP kepada Agama Negeri dan Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam negeri.

Kebiadaban DAP terhadap prinsip Keluhuran Perlembagaan melalui tindakan masuk campur dalam urusan hal ehwal agama Islam ini juga menunjukkan realiti sikap tidak hormat mereka kepada Yang Di Pertuan Agong yang telah bersumpah untuk menjaga agama Islam pada setiap masa.

Kita tidak perlu melayani mereka kerana syariat ALLAH bukan bahan untuk diperdebatkan! Malah Perlembagaan Persekutuan sendiri mengiktiraf tentang hak ini.

Jika mereka memahami Perlembagaan, tentu sahaja mereka tidak akan bersikap dengan sikap ceroboh dan celupar sedemikian rupa. 

Sikap kita terhadap mereka sentiasa di dalam bentuk sikap yang telah dianjurkan oleh al Qur'an. Bacakan kepada mereka firman ALLAH dari surah al-Kafirun serta tinggalkan mereka samada hendak beriman ataupun sebaliknya.






Mohamed Hafiz Mohamed Nordin
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam

(PEMBELA)



1 comments:

  1. Mmng puak2 dajjal kapiak ni dgn d bntu oleh puak2 barua Liberal mlayu islam dgn sogokan duit hram yhudi akn mmprlkeh agma islam dri smua sudut. Bleh d ktakan stiap waktu akn mrk tnbul ssuatu pnghinan trhdap agama suci ini. Mrk ambik ksmpatn ini bila kita brpch blah sama sndiri yg d ktuai oleh al-juburi dgn bntuan golongn syiah, liberalisme dn pluralisme mka tkanan dmi tknan d buat untk mnghilngkn pngaruh islam dlm ngara kpunyan kita. Mrk lg brani bila krjaan pmpinan skrng sntiasa mnyotong dlm isu sdmikian rupa. Bg kita pohon bntuan Allah shj yg akan mmnangkn kta dlm mmprthankan agamaNya. Wallahuaklam.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.