Sunday, 15 February 2015

Negara Islam Dengan Perempuan Bogel Di Merata-Rata

Perkara 3 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam adalah Agama Negara.

Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas, sumpah perjawatan Yang Di Pertuan Agong mewajibkan baginda untuk memelihara agama Islam pada setiap saat dan masa.

Prinsip Rukun Negara menyatakan dengan jelas tentang Kedaulatan Undang-Undang serta Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan dipegang oleh semua rakyat negara ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempunyai undang-undang berkaitan papan iklan, bunting, banner dan apa sahaja bentuk iklan yang dipasang mempromosikan perniagaan.

Sebagai contoh DBKL mempunyai Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982 dan Akta 171 - Akta Kerajaan Tempatan 1976 - P.U.(A) 22  Undang-Undang Kacil Establismen Kecantikan Dan Kesihatan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2003.

Persoalannya, kenapa papan iklan dan bunting mencolok mata, tidak senonoh, mengeksploitasi wanita seumpama di bawah ini dibenarkan dipamerkan di hadapan banyak premis di serata Kuala Lumpur?

Iklan ini sedang menjerit sesuatu..Ada Orang Di DBKL Tidak Buat Kerja Mungkin Katanya.
Iklan di bawah ini di pasang dihadapan sebuah kedai di dalam kawasan NuSentral, Kuala Lumpur betul-betul di hadapan kawasan lalu lalang orang-orang awam. Lebih malang lagi, ia berada betul-betul di pusat transit pengangkutan yang digunakan jutaan orang dan pelancong saban tahun.

Pelancong yang datang ke sini majoriti daripadanya mengetahui dan memahami bahawa Malaysia ialah sebuah negara Islam. 

Sudah semestinya, mereka-mereka dari negara-negara Islam yang lain, sebaik sahaja menjejakkan kaki keluar dari ERL, terkejut disambut dengan "perempuan-perempuan" telanjang yang dipamerkan secara terbuka di luar premis tanpa rasa segan silu dan tanpa rasa bersalah.

Kita mempunyai undang-undang yang cukup tetapi mempunyai kesungguhan penguatkuasaan yang sangat-sangat mengecewakan. 

Perlembagaan, Prinsip-Prinsip Rukun Negara dan undang-undang kecil tempatan diludah kapitalis-kapitalis ini dihadapan mata penguatkuasa kita sambil pihak berkuasa mengusap-usap perut yang semakin memboyot kerana kurang aktif bekerja.

Persoalannya sampai bila mahu mahu menggambarkan Malaysia ini sebuah syurga bagi lelaki hidung belang dengan hidangan "eksploitasi perempuan-perempuan yang bertelanjang" di merata-rata?


Cukup-cukuplah dengan perbuatan menutup sebelah mata. Jika premis menjual pakaian dalam sekalipun, sila pamerkan gambar-gambar model tersebut di dalam premis dan bukan di luar bagi tatapan orang ramai yang lalu lalang.

6 comments:

  1. Agaknya kita nak ganti Thailand kut Tuan?

    ReplyDelete
  2. Itulah malaysia..pak menteri & pegawai2 tinggi CAKAP TAK SERUPA BIKIN..buatlah akta dan peraturan apa pun..x boleh ikut punya. Sbb banyak rasuah. Contoh papan tanda buang smpah..denda rm500 konon..d situ lg byk org buang smpah. Bak kata mat sabu..meluat duduk d malaysia..sbb ada undang2 dan peraturan..tp buang masuk longkang

    ReplyDelete
  3. Tak tegas dan menagih undi sebagai punca utama....

    ReplyDelete
  4. ZIONISNU-Sentral baru ni memang PUAKA KURANG AJAQ kat NEGARA ISLAM kita ni! ! NGO/NGO Islam/Melayu tak buat LAPURAN POLIS apasal?!

    Aku juga tengok makin ramai anak-anak muda Islam/Melayu makin lebih BUAS seolah mcm. puak SODOM (termasuk yg. lelaki dgn. rambut PUNK/SUBANG-sebelah cthnya, termasuk kat sekolah; dan anak muda Islam/Melayu yg. jadi PEMBUNUH/PEROMPAK/PENCULIK sampaikan Ibu sendiri diCANGKULkan- tengok saja berita hari ni)!; Mereka disyaki telah dirosakkan aqidah dan akhlak mereka dgn. DADAH-ALKOHOL/PORNOGRAFI/VIDEO GAME LUCAH-GANAS/SEKS BEBAS/HOMO-SODOM dsbnya!

    Maka JAKIM/JAWI/JAIS dsbnya telah GAGAL - lihat saja 'mall' baru di Sentral-LIBERAL-BANGANG tu; sampaikan poster GERGASI model Barat/Zionis-LUCAH/PORNO VicSecret dibiaqkan menjadi hiasan "pintu gerbang" 'mall' baru ini - yg. bukan sj. MENGHINA Islam/umatnya serta NEGARA ISLAM kita ni, malah juga MENGHINA kaum wanita Islam/Timur! Bahkan dibiaqkan konsert-konsert-KAPIRDAJAL-KEPARAT yg. merosakkan aqidah/akhlak jenerasi muda Islam dgn. sewenangnya, termasuk konsert K-POPIA dan kumpulan Heavy Metal Barat/Zionis yg. terbaru; yg.penuh TATU-SYAITAN kat badan depa; mcmmana dibenaqkan masuk ke NEGARA ISLAM kita ni?! Dan anak-anak muda Islam/Melayu TERKINJA-KINJA menunjukkan lambang-tangan-MEMUJA-SYAITAN/IBLIS di konsert tesebut!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
  5. Bila pemimpin atau bakal pemimpin yg diangkat tu moralnya rendah. . . Bila tempat yg dipanggil serambi mekah tu paling ramai AIDS. . . Bila orang yg nak pass periksa boleh hisap pensyarah. . . Bila fitnah, berbohong & mengata orang dah jadi darah daging. . . Kita memang belum layak dipanggil negara Islam.

    ReplyDelete
  6. Percayalah

    dorang takkan buat apa2

    kecuali

    kecuali kita g bakar poster tu

    sapa berani?

    dbkl memang takkan sentuh laaaa

    kecuali

    kecuali bakar je poster tu

    mungkin lepas ni

    dorang pon pikir sket la

    tu pon kalo dorang nk pikir la

    tp dbkl takkan buat apa2

    tgk la

    takkan tergugatnya

    kecuali

    kecuali bakar je poster tu

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.