Monday, 23 February 2015

Nazi Alvavi Bebas Hina Islam Dan Lain-Lain Kaum, Apa Tindakan Susulan Penggubal Undang-Undang?

Sekitar November 2014, Bangkit.info menghantar wakil untuk menghadiri sesi soal jawab dan penceritaan ringkas mengenai Akta Hasutan 1948 yang dihadiri oleh Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman dan Tan Sri Zaman Khan. Kedua mereka, merupakan tokoh yang terlibat dengan perkembangan yang berlaku di dalam negara sebelum, semasa dan selepas peristiwa 13 Mei 1969 yang hampir menjadikan Malaysia sebagai medan pertumpahan darah antara kaum.

Pengalaman Tan Sri Aziz Abd Rahman yang terlibat secara langsung dalam jawatankuasa yang membuat pindaan kepada Akta Hasutan 1948 amat menarik sekali untuk dikongsikan.

Justeru itu, sejurus berpeluang mendapat gambaran secara berdepan dengan tokoh-tokoh yang banyak berjasa itu, kami memuatkan catatan yang dibuat oleh pihak kami di majlis tersebut sebagai perkongsian untuk semua dalam penulisan dua bahagian sebelum ini.

Penulisan Bahagian Pertama boleh dibaca pada pautan ini. (KLIK 1)

Penulisan Bahagian Kedua boleh dibaca pada pautan berikut. (KLIK 2)

Penghakiman kes Alvavi, anak muda pro Nazi berperangai lucah, bersifat perkauman dan anti prinsip Rukun Negara agak mengejutkan. Seksyen 298 Kanun Keseksaan dikatakan tidak terpakai kepada perbuatan menghina Islam berikutan Mahkamah terikat dengan penghakiman kes Mamat bin Daud dan Lain-Lain v Kerajaan (1988).

Tiba-Tiba Teringat Hero Kollywood Malaysia, Uthaya Sankar Yang Cuba Jadi Hero Satu Malaya Semasa Isu Perkataan "Pariah' Digunakan Dalam Novel Interlok. Entah Kenapa Dia Diam Bila Rasis Nazi Alvavi Berulang-Ulang Sebut Perkataan Tersebut Dalam Nada Menghina. Tercekik Cucur Peneram Ke?
Segera kami teringat kepada soalan yang dikemukakan kepada Tan Sri Abd Aziz semasa sesi perjumpaan tersebut. Soalannya, kenapa pindaan Akta Hasutan 1948 yang dibuat pada oleh jawatankuasa yang turut dianggotai beliau pada 1970 itu tidak memasukkan penghinaan ke atas agama Islam sebagai sebahagian daripada perbuatan yang dikategorikan sebagai perbuatan dengan kecenderungan menghasut?

Jawapan yang diberikan oleh Tan Sri Aziz ialah, pada waktu itu (1969-1970), semua panel merasakan bahawa undang-undang negara sedia ada, terutamanya Seksyen 295 hingga 298 Kanun Keseksaan sudah cukup untuk melindungi Islam dan mendakwa mana-mana kesalahan provokasi ke atas agama Islam.

Kami juga masih ingat dengan kenyataan yang pernah dibuat oleh Dato' Seri Rais Yatim kepada media bahawa terdapat cukup undang-undang di dalam negara untuk mendakwa mana-mana pesalah yang melakukan penghinaan atau provokasi ke atas agama Islam. Keratan akhbar tersebut boleh dibaca pada pautan di bawah.

Baca 1 : Rais Yatim Kata Cukup, AG Kata Tak Cukup, TPM Kata Kalau Tak Cukup, Cukupkan
Baca 2 : Rais Yatim Bercakap Benar
Tahun berganti tahun, akhirnya, undang-undang yang disangka selama ini boleh mengekang perbuatan menghina Islam, kini terikat dengan penghakiman kes Mamat bin Daud dan Lain-Lain v Kerajaan (1988).

Dalam penghakiman tersebut, Mahkamah Agung pada ketika itu membuat penghakiman dengan menyatakan Seksyen 298A Kanun Keseksaan adalah dianggap sebagai melampaui kuasa (ultra vires) kepada Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana Kanun Keseksaan adalah bertujuan menjaga serta memberi penekanan kepada aspek ketenteraman awam dan bukan sebuah undang-undang melindungi agama.

Oleh kerana Perlembagaan Persekutuan pada Jadual ke Sembilan menyatakan bahawa semua hal berkenaan agama adalah berada di bawah tanggungjawab kuasa Negeri-Negeri dan perkara berkaitan ketenteraman awam adalah di bawah Kerajaan Persekutuan, maka Seksyen 298A tersebut dianggap sebagai melampaui kuasa Perlembagaan Persekutuan.

Penghakiman ini seolah-olah telah menjadikan Seksyen 298A seperti sudah tidak lagi "wujud" dan dapat berfungsi apabila terikat dengan kes penghakiman kes Mamat bin Daud dan Lain-Lain v Kerajaan.

Sesuatu perlu dilakukan oleh penggubal undang-undang dan pihak pendakwaan dalam menghadapi kes-kes yang hampir sama pada masa akan datang supaya apa yang berlaku di dalam kes Alvavi tidak mendedahkan Islam kepada lapang sasar penghinaan dan provokasi terbuka.

Alvavi masih belum terlepas dakwaan di bawah Akta Hasutan 1948. Semoga keputusan penghakiman di bawah Akta Hasutan 1948 ke atasnya akan membawa sehingga ke hukuman penjara. Walaupun dia telah merasa selamat dan melarikan diri dari Malaysia dan berada di Amerika, bukanlah satu masalah bagi mana-mana pihak dengan akal fikiran yang bergerak untuk membuatkannya merasakan dirinya seperti terpenjara di Amerika.

Esok saja kami tuliskan mengenainya.

Sebelum menutup penulisan ini, team gerak kerja Bangkit.info ingin mengajukan soalan berikut kepada sebahagian manusia di bawah MAMPU di PMO:

Bangkit Tanya Apa Khabar?

4 comments:

  1. Lain macam bunyi soklan ending tu En Ben? Ada apa2 ke dgn MAMPU?

    ReplyDelete
  2. cakap la apa pun

    takkan jadi apa2

    KEMBALIKAN ISA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jadi apa pun tetap Kena ckp juga..

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.